Sabtu, 22 Oktober 2016

Allah Berikan Dia Untuk-Ku

Makna kehidupan ini begitu luas. Kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri, bukan juga hanya semata-mata untuk anak & isteri kita, mahupun adik beradik kita. Tetapi kita dihidupkan untuk menjadi agent Tuhan. Menyampai & menyebarkan kebaikan kepada semua insan. Fahamilah erti ke-Angongan & Rahmat Tuhan. Ia akan turun melalui diri manusia yang mulia. Carilah bantuan Allah pada hamba2-nya yang pemurah. Kerana pada diri mereka itu diturunkan 1001 Rahmat.  

Cik atau juga dipanggil Opah oleh Nuha Safiya. Dia adalah satu-satunya adik perempuan kepada arwah ibu-ku. Allah gantikan dia untuk-ku. Dia-lah tempat aku meminta pendapat tentang kehidupan-ku. Dia selalu membuatkan hari2 suram-ku menjadi sedikit terang. Dia selalu risau tentang diri-ku. Aku juga sayang kepadanya seperti aku sayangkan arwah ibu-ku. 


 Setiap masa, Cik sentiasa ingat kepada-ku, kalau dia kemana-mana adalah menjadi satu kewajipan untuk dia membeli sesuatu kepada-ku. Indahnya aturan Tuhan. Sesungguhnya DIA bisa menghadir-kan kasih sayang sesiapa saja untuk diri-mu. Kerana kasih sayang-NYA tidak pernah habis walau seisi alam. Allahhurobbi.. !!

Ketika arwah umi melalui hari-hari terakhir kehidupan di dunia. Arwah selalu berpesan supaya aku berbuat baik kepada saudara-mara  dan juga ipar duai. Pesan arwah lagi, Jika Abi berkahwin lain, jangan lupa menghormati ibu tiri seperti ibu sendiri. Pesanan itu aku semat di dada-ku. Tetapi tidak semudah itu untuk dilakukan. Kerana setiap manusia itu punyai sikap & perangai yang kadang-kala menjengkelkan hati. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Memang sakit melalui hari2 tanpa kasih seorang ibu. Kerana aku adalah anak ummi, anak perempuan yang sangat rapat dengan-nya. Kalau dia menangis, aku juga menangis. Kalau ummi gembira, aku juga gembira. Dimana ada umi di situ ada aku. Dia teman yang paling jujur untukku. Bagaimana dapat aku gambarkan bila dia pergi buat selama-lamanya dari hidup-ku. 

Dunia-ku Gelaapppp segelap-gelapnya .... itu sahaja yang dapat aku kata-kan. Walau ketika itu aku ada suami, aku masih punyai abi. Tetapi kegembiraan aku terus padam & hilang. Hari pertama aku melalui hidup tanpa arwah umi, aku tidak bercakap dengan sesiapa pun, tidak dengan abi, tidak juga dengan suami-ku. Aku hanya menangis dan terus menangis. Siang & malam sama sahaja bagiku. Aku ambil semua baju2 arwah umi, aku peluk & aku cium. Aku mencari segala bau arwah yang masih ada. 

Cik juga ada ketika itu, dia menasihati aku supaya tidak terus menerus bersikap demikian, aku hanya mendengar saja, marah sungguh dia kepada-ku ketika itu kerana bersikap demikian. Tetapi mereka tidak faham. Mereka tidak tau bertapa aku tidak dapat hidup ketika itu. Seminggu juga aku begitu. Suami-ku mungkin sedikit memahami. Tidak banyak kata-kata yang di lontarkan, hanya sepatah dua menasihatiku supaya tabah & menerima takdir.

Bulan demi bulan terus berlalu, emosi-ku sedikit baik tetapi perasaan & fikiran-ku tidak menentu. Aku tidak lagi seperti dulu lagi. Aku lebih banyak diam & memendam rasa. Bukan mudah untukku mengatur langkah demi langkah, mencari kembali rentak kehidupan-ku seperti dulu. Sungguh tidak mudah. Sehinggakan arwah Abi bertahun-tahun tidak menegur-ku. Katanya aku pentingkan diri sendiri. Abi juga tidak memahami-ku. Apabila arwah Abi berkahwin beberapa bulan setelah arwah ummi pergi, sebenarnya naluri-ku terluka lagi, ia menjadi semakin parah. Tapi aku hanya diam tanpa berkata apa2. Aku tahu arwah Abi juga terluka dengan sikap-ku yang dingin kepadanya & ibu tiri. Maafkan saya abi. Saya masih mencari kekuatan diri untuk menerima segala ketentuan. 

Kasih sayang & rasa kebergantungan kepada arwah umi sangat besar. Kehilangan-nya membuatkan aku hilang pedoman untuk seketika. Satu persatu Allah aturkan untuk-ku. Dia ingin aku menjadi kuat. Dia ingin kata-kan kepada-ku... "Bergantung haraplah dengan-KU, bukan dengan makhluk ciptaan-KU..." Kekuatan itu mulai hadir sedikit demi sedikit, tetapi jiwa-ku masih rapuh. Emosi-ku mudah tercalar, hanya dengan sepatah kata, boleh membuatkan hati-ku terguris. Aku sedikit beremosi. Kadang2 aku sendiri tidak faham apa yang sedang aku fikirkan. 

9 tahun aku melalui detik itu. Allah memberiku waktu untuk aku memperbetul segala sikap & prilaku-ku. Dalam diam DIA mendidik-ku dengan hikmah & kasih sayang. DIA hantarkan seorang insan yang kupanggil "Cik" untuk terus menemani hari-hariku. Dia persis ibu-ku. Dia banyak memberi semangat baru untuk diri-ku. Dia banyak mengisi ruang2 kosong dalam jiwa-ku. Dia selalu mendoakan aku. Bila aku ingin menghadiri apa2 temuduga, akan aku khabarkan kepada-nya minta di doakan mudah2n dipermudahkan urusan. 
 


Alhamdulillah aku semakin rapat dengan-nya. Hari2 yang aku lalui semakin indah. Dari hati yang kosong & kontang kini telah menjadi taman yang subur kembali. Tetapi masih ada ruang yang belum terisi. Belum ada insan yang dapat mengisi kekosongan ruang itu. Kerana itulah ruang kasih sayang yang pernah ditabur & dibaja oleh seorang ibu. 

Apepun aku sangat bersyukur, kerana DIA mempermudahkan jalan kehidupan-ku. Memberikan apa sahaja yang aku minta daripadaNYA. Apa yang tidak aku minta, juga diberikan olehnya. DIA memenuhi segala keperluan-ku setiap masa. Alhamdulillah... Allah itu ada, Dia Maha Mendengar !

Terima kasih semua insan yang pernah membahagiakan hari2-ku. Terima kasih juga kepada manusia yang sentiasa berniat jahat & dengki kepada-ku. Engkau seperti rumput2 kering yang mewarnai taman hidup-ku juga seperti Ulat beluncas yang memakan daun2 hijau dipepohonan kebun2 kehidupan-ku. Teruslah berada di situ kerana aku tidak apa2. Allah sentiasa menjadi penjaga untuk-ku. Moga suatu masa engkau kembali sedar, bahawa perbuatan-mu itu hanya sia-sia belaka. Kerana kebun & taman-ku terlalu luas untuk kau musnahkan !


Salam hujung minggu...


Terima kasih untuk semua....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan