Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Ramadhan yang telah berlalu mengajar kita menjadi manusia yang tahu erti bersyukur & berterima kasih.
1 Syawal tahun 2017 ini sama sahaja seperti tahun2 yang lalu. Kami menunaikan solat hari raya di Masjid Presint 15 Putrajaya berdekatan rumah kami. Pagi yang sungguh indah dan sangat menggamit sebuah perasaan rindu kepada kedua umi&abi. Aku duduk dibarisan paling belakang di tepi dinding sambil bertakbir hari raya bersama imam.
Ini adalah solat hari raya yg pertama aku lakukan sejak arwah umi tiada. Boleh dikatakan setiap kali menjelang 1 Syawal aku didatangi "uzur syar'ie". Suasana bersolat hari raya bersama arwah umi di Masjid Kg Pulau Serai kembali singgah di memoriku saat itu, hati terasa begitu sebak sekali. Tiba2 aku di sapa oleh seorang jemaah yang ingin duduk di sebelah saf-ku. "Selamat Hari Raya" katanya kepada-ku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan senyuman. Sebaik saja aku menatap wajahnya, alangkah terkejutnya aku apabila raut wajah wanita itu saling tidak tumpah seperti raut wajah arwah umi yang sangat aku rindui. Bertapa besarnya kurniaan Allah swt, Dia tahu hambanya ini dalam kesedihan merindukan seseorang di hari lebaran yang mulia dan dia datangkan seseorang yang mengubat sebuah kerinduan itu. Allahumustaan ...
Kami berbual ringkas, kemudian melaksanakan solat hari raya di saf yang sama. Sepanjang solat hati-ku begitu tersentuh dengan sebuah anugerah yang kelihatan biasa tetapi begitu bermakna buat diri-ku. Airmataku tidak henti2 mengalir deras dipipi sepanjang solat hingga membasahi telekung. Sungguh tidak mampu lg aku menahan-nya. Seusai solat aku bergegas keluar ke tempat wuduk untuk membasuh muka. Ya Allah Ya Rahman engkau terlalu baik kepada-ku sedangkan hamba-mu ini terkadang alpa daripada segala larangan & perintah-mu. Maha Suci Allah yang cinta & kasih-NYA kepada seorang hamba melebihi kasih & cinta-nya seorang ibu terhadap anaknya.
Hari raya yang biasa2 saja pada mulanya bertukar menjadi sedikit ceria & penuh erti. Aku menceritakan kisah di Masjid tadi kepada hubby. Dia hanya mampu tersenyum & kelihatan memahami perasaan-ku. Kami pulang ke rumah sebentar kemudian terus ke rumah Opah di Semenyih. Alhamdulillah banyak rezeki di rumah Opah. Berbagai juadah yang dihidangkan Opah pada pagi itu. Nasi Lontong kegemaran-ku juga disediakan Opah. Terasa bahagia-nya bila ada insan yang sudi menyediakan juadah kegemaran seperti arwah umi selalu hidangkan di pagi raya. Maaf untuk Opah kerana tidak dapat membantu untuk menyiapkan juadah di malam raya. Banyak kekangan hal2 peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pengakuan & permohonan maaf itu penting agar setiap jiwa merasa diri di hargai. Jika kita mahukan orang lain menghargai kita, terlebih dahulu kita harus menghargai orang lain. Hampir tengah hari juga kami berada di rumah Opah, kemudian kami bergerak ke rumah makcik hubby di Petaling Jaya.
Menjelang petang kami berangkat pulang ke rumah Hillpark. Badan terasa letih, cukuplah setakat itu dulu acara ziarah kami di hari raya. Aku perlukan rehat yg cukup agar kesihatan terjaga. Alhamdulillah selesailah sambutan hari raya kami pada tahun 2017. Esok berpagi pagi kami hendak bertolak ke Kuala Terengganu pula. Asalnya tiada rencana untuk pulang ke Terengganu oleh hubby. Kekangan kewangan hubby tidak begitu mengizinkan, tetapi memandangkan hari Raya ke 2 itu adalah hari kelahiran hubby maka aku dengan hati terbuka telah menempah bilik & menaja seluruh perbelanjaan untuk pulang ke kampung. Tidak mengapalah, aku memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1500 untuk pulang ke kampung. Itu adalh duit tabungan yang aku simpan untuk membeli HP baru untuk hubby sebenarnya, tetapi aku menduga dia lebih gembira jika dapat bertemu sanak saudara-nya dikampung pada hari lebaran yang mulia itu.
Itu adalah hadiah istimewa untuk hubby, wish he will appreciate it. Untuk aku tiada apa yang menarik untuk pulang ke kampung tika waktu puncak begini. Dengan jalan yang penuh sesak & kedai makan pun turut tutup semuanya selama seminggu. Lain org lain cara pemikiran-nya. Pada aku tak semestinya hari raya baru sibuk hendak bersua muka & meminta maaf segala, sedangkan hari2 lain saling mengumpat & memburuk-kan sesama sendiri. Apakah makna hari raya yang disambut ??? Fikir2kan & selamat beramal. Kenyataan ini tidak ada kene mengena dengan sesiapa, hanyalah sebuah kenyataan general yang ditujukan kepada semua.
Selama di Terengganu kami menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Rumah pertama yang kami singgah adalah Rumah Mak Su di Dungun. Singgah makan nasi dagang. Tqvm Mak su kerana dengan berbesar hati membuatkan nasi kegemaran-ku seawal pagi. aku sangat menghargai-nya. Semoga Allah membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang berganda di akhirat kelak. Walaupun tiada lg arwah umi&abi di kampung tetapi aku masih punyai makcik2 yang selalu menganggap aku sebagai anak mereka. Walaupun hanya jarang2 aku singgah bertemu mereka tetapi mereka tetap seperti dulu tika arwah umi & abi masih ada. Hubungan itu masih seperti dulu, malah terasa semakin erat, jika dulu tiada pula yang bertanya "Balik tak raya ni ? Nak makan apa raya ni?" "Kalau balik raya, datang tidur di sini pun xpe" Tapi aku selalunya menyambut pelawaan sesiapa saja dengan ucapan terima kasih. Kerana aku lebih senang tidur di Hotel berbanding di rumah saudara mara. Entahlah aku masih terasa janggal. Maafkan aku jika sikap itu membuatkan ada sesetengah yang kurang senang. Setiap manusia punyai kelebihan & kekurangan, Dan aku adalah manusia yang punyai 1001 kekurangan itu.
Aku tidak perlukan penghargaan sesiapapun kerana itu aku hanya bersifat seperti seadanya diri aku kepada sesiapa sahaja. Jika dia orang yang lebih tua, maka aku hormati dia seadanya dengan layanan & tutur kata yang baik. Kalau dia adik2 maka aku melayani mereka selayak-nya untuk digauli. Aku tidak pandai berpura-pura, jauh sekali untuk berdrama. Jika aku tidak selesa, maka jelas sekali kelihatan ketidak selesaan itu pada wajah & tingkah laku-ku. Aku selalu menjadi diri-ku seadanya, kerana aku tiada sebarang kecenderungan & kehendak terhadap sesiapapun. Mungkin ada yang merasakan aku ini hanya mahu mengikut kehendak sendiri tanpa pedulikan orang lain, mungkin itu sangkaan mereka, Tapi itu hanyalah sangkaan mereka, banyak benda yang mereka tidak tahu. Tapi perlu ke untuk aku peduli kepada semua sangkaan itu ? Maaf sangkaan kamu mahupun tindakan kamu itu tidak sedikit pun terkesan dalam hidupku. Dan dengan sangkaan kamu itu juga tidak sedikitpun menambah nilai ataupun mengurangkan kualiti hidupku. Kedengaran sedikit angkuh di situ. Tapi itulah realiti, kerana mereka2 itu langsung tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Biarlah mereka, aku tidak apa2.
Tidak banyak rumah yang aku lawati ketika pulang ke kampung haritu. Kekangan kesihatan yang membuatkan segala aktiviti menjadi terbatas. Cukuplah mana yang sempat untuk di ziarahi. Dari kejauhan ini aku mendoakan semua saudara mara yang jauh mahupun dekat aku doakan moga dikurniakan kesihatan yang baik & diberikan rahmat serta di ampuni segala dosa.
Taqobbalallah huminna wamingkum
Salam Eidul fitri maaf zahir & batin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan