Ke lelongan kereta kali ni aku bersama my younger brother "Sadiq". Tujuan hanya untuk tengok2 kereta & ajar budak tu camne nk beli kereta lelong. Mmg blh buat duit sebenarnya klu rajin & ade sedikit capital at least 15k. Oklaa aku nk cerita sikit sejarah aku mula menceburkan diri dalam bidang lelongan kereta ni. Aku mula membuat bidaan pertama pada awal tahun 2004, masa tu aku masih menuntut di UiTM Shah Alam. Aku bersama seorang rakan pada mulanya hanya sekadar ingin mendapatkan feel tengok org bid kereta lelong. So kami pun pergi berdua je kt salah satu autioneer kereta yg dekat sungai sekamat Kajang. Sambil duk tengok org bid tu dalam hati rasa macam nk join jugak bid. Coz harga kereta mmg murah. Aku kan kepala bisness, asal tengok peluang yg bagus je terus nampak duit berkepok2 akan masuk poket. Walhal banyak benda lain lg yg perlu difikirkan. Dipendekkan cerita aku dengan tidak sengaja telah membuat bidaan untuk kereta kancil EX850 2001, harga sekitar 7k tp aku menang bidaan pd harga RM11,800. Kereta kancil tu telah ditukar enjin-nya kepada Enjin Daihatsu L2, siap dengan meter bagai. Mmgla ada kerosakan biasa spt tayar yg sudah rosak, masalah komponen enjin yg perlu diganti & sebagainya.
Walaubagaimanapun aku selalu bernasib baik kerana dlm keadaan yg serba tidak tahu tiba2 ada seorang "Abg" yg juga pembida kereta lelong disitu memberi sedikit panduan & tunjuk ajar kepadaku. Alhamdulillah dengan bantuan & maklumat yg diberikan kereta lelong pertama aku tu telah selamat dipakai selama 2 tahun lebih sepanjang pengajian di UiTM Shah Alam & telah dijual dengan harga RM16k pada tahun 2007. Selepas tu ade beberapa siri lelongan kereta lg berlaku. Hampir 8 buah kereta lelong telah berjaya aku beli & uruskan. Kereta kancil EX660 yg aku beli pada tahun 2006 telah aku gunakan sebagai kereta sewa kepada student2 UiTM masa tu. Sebulan pendapatan daripada hasil sewaan blh mencecah hampir RM2000. Alhamdulillah rezeki Allah itu di mana2 shj. Kereta tu pun aku jual pada tahun 2010 dengan harga RM9500.
Dalam banyak episod suka & bahagia tu, ada juga kisah2 duka yg mengiringi perjalanan pengurusan kereta lelong ni. Bila sesekali terkenangkan kisah2 itu fikiranku terpaut pada wajah2 insan mulia yg tidak pernah jemu mendidik & menyelesaikan segala masalahku sepanjang hidupnya. Aku dan arwah Umi serta Abi beberapa kali berulang alik ke JPJ Kota Bharu bagi membuat geran kereta & proses tukar nama. Juga beberapa kali ke JPJ Johor Bharu kerana geran kereta di sana. Seorang kawan yg baik & sudi membantu juga adalah tunjang utama kejayaan ku pada masa itu. Semua kepayahan itu telah aku lalui, membuatkan jiwa & mindaku telah lali menghadapi suka duka sebuah kehidupan. Bukan senang untuk senang, dan bukan susah utk susah.
Hidup perlukan seorang teman yg bersedia untuk menghadapi suka duka bersama, bukan hanya berdiri kaku & memandang sepi tanpa ape2 penyelesaian. Hidup akan terasa indahnya bila kekuatan mental itu dikongsi bersama. Kadang2 hanya dengan memberi beberapa maklumat & idea, walaupun idea yg diberikan itu tidaklah sebernas mana, tetapi sudah cukup untuk memberi pintu kepada kekusutan sesuatu masalah. Rasa Kebersamaan dan saling mendokong itu amatlah penting bagi mencapai sesuatu hasrat & impian. Mudah2n dihadirkan disisiku insan hebat & mulia seperti mereka yang pernah hadir dalam hidupku suatu masa dahulu. Ameen. Salam Maulidur Rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan