Hari ni badan xberapa sihat, dr semalam lg da rase semacam, selera nk makan pun xde sgt, makan xsampai separuh pun, selebihnya my hubby kene habiskan.. hmm... perut lapar tp masuk je makanan dlm mulut da xleh nk telan.. aarrgghh.. penatnyer camni..
Semalam mimpi pelik jugak, kul 3 pg terkejut, rase smcam je, padahal hubby ade je kt sebelah, tp entahlaa pelik benoor mimpi tu, berpeluh2 seluruh badan, mcm baru lepas buat senaman... aiisshhh mmg xleh nk lelap camni.. a'uzubillahimisnasyaitonirrojiim...
Bangun pagi badan rase letih yg amat, lepas solat subuh lelap balik, sedar2 dah kul 9 lebey.. bangun mandi2 n sarapan pagi.. da tgh hari skit ni badan rase ok skit, pening kepala pun da xde sngt.. rase lapar la plak, rs nk makan macam2.. jgn nnt da beli xleh nk makan sudah.. hmm.. payah tol camni.. barulah terase bertapa nikmatnya dapat makan sebelum ni, makan ape pun sedaapp aje.. Grrrr.... Lunch harini hubby belikan nasi lauk sayur bayam, ayam goreng & daging bakar, sedap jugak tp makan pun xhabis jugak.. ade lebey skit..
Nk tengok TV pun xde cite best sngt petang2 ni, layan Tonton online cite "Dewa Cintaku" jelaa banyak episod minggu lepas tertinggal sambil donlot lagu2 baru.. layanz je laa ape yg ade.. lambat plak terasa harini.. besenya aku rase cepat je mase berlalu..
Layan lagu Aizat..
Dengar lagu ni sangat membuatkan aku rindu pada Umi..
semoga Umi bahagia di sana..
klu Umi boleh dengar..
Aza rindu sngt pada Umi..
Petang ni ke pasar malam, beli Mee kari, nasi goreng, keropok goreng & DURIAN.... yummy sedaaappnye dapat makan duyan udang merah balik pulau.. lemak berkrim disukai ramai.. hmm harapnye ok la, jgn ade ape2 yg xsepatutnye dahla, makan sambil berkire2.. makan 4 ulas je, lepas hawa nk mamam duyan dr last week lg.. Alhamdulillah dapat makan jugak akhirnye... :))
Alhamdulillah...
Dengan izin Allah harini aku da habis baca separuh dari kisah Hidup Nabi Muhammad SAW. Banyak cerita suka duka dan ranjau kehidupan beliau sebagai seorang nabi kekasih Allah. Seorang insan yg begitu tabah dalam menghadapi apa jua dugaan sepanjang beliau menyebarkan dakwah islam yg maha suci. Sesungguhnya, akhlak dan keperibadian beliau begitu hebat.. SubhanAllah..
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana harini aku juga seorang muslim.
“Sesungguhnya ibadatku, solatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam”
Aktiviti petang ni mkn Pizza Hut kt Jitra yummy bestnye.. tetiba datang mood nk makan pizza plak ehehehe.. Mlm ni plan nk tengok citer Transformers, entah ade ke x tiketnye nk kene survey dulu.. ok sambung lg besok.. nk kuar mkn pizza dulu... :))
Seminggu ni perut aku asyik meragam je malam2, kepala pun berpusing2 rasenye, siang2 xnk plak dia buat hal, asal mlm menjelma je mule laa nk sakit situ sini aduuyaaaiii, sakit pinggangla, sakit kepala la, sakit perutla lenguh2 badan la.. lengkap sume skali, melarat sampai ke 2.00 - 3.00 pg. Kesian kt my hubby, siang da penat kerje mlm plak aku asyik sakit je. Terpaksa dia bangun sapu minyak n urut seluruh badan aku, baca kan Al-Quran sampai aku da ok and than baru dia tido. Really thanks to Allah sending him into my life. No word to express anymore, just Love U so much my beloved hubby..
Next 2 week my hubby ke Kota Belut Sabah, dia kene buat pemusnahan Bomb di lapang sasar kat sana. Hmm xbestnye kene tinggal time xberapa sihat ni, katanye seminggu lebey jugak dia kt sana. Mudah2n sume kerje berjalan dgn lancar. Bahaya jugak main2 dengan bomb ni, nyer buat nasib xberapa baik, isk nauzubillah, risau plak rasanya, nk xnk pun kene pergi jugak. Klu boleh ganti ngan org lain nk aje aku suh ganti. Tp itula da bidang tugas dia camtu, ape nk di kata. Sebelum ni time sihat2, xdela kisah sngt dia ade ke xde, skrg ni bile da xsihat sedey la plak rasanye bila dia xde, nnt sume benda mesti aku kene buat sendiri :.( sob3..
Routine harian my hubby seawal kul 6.30 pg, mandi2 solat subuh n than bersiap nk ke opis, sebelum g opis, dia belikan sarapan pagi dulu, maklumla skrg ni pagi2 perut aku mmg nk kene isi, klu x mmg meragam habis, hmm sedapnye bihun goreng kedai makcik depan tu, siap ade telur rebus lg.. yummy.. mmg menyelerakan. Nnt time lunch pun dia bawak balik ns bungkus, so kitorang makan skali, besenya aku makan sikit je time tengahari, perut xberapa selesa nk makan, lepas makan sume, aku makan ubat. hubby masuk opis balik.
So aku buatla ape2 yg patut dlm bilik tu, tengok movie ke, kemas bilik ke, chit chat ke itupun klu line internet ok, klu x termenung ajela, kekadang aku baca buku2 n mengaji Al-Quran. sedar2 da petang, lebey kurang kul 5 or 5.30 hubby da balik, nnt dia akan belikan kuih or goreng pisang penyet.. ehehehe walaupun penyet tp sedapp.. kate org tua2, klu org mengandung xleh makan pisang banyak2 sngt nnt bulu anak lebat, huhuhu xtau la aku betoi ke x nye, aku makan aje, tp kadang2 risau gak kot2 betoi plak kate org tua2 tu.. klu rambut lebat okla comel, tp klu da lebat sume yg ade itu da lain plak citernye, nauzubillah..
Petang2 slalunya aku ajak hubby kuar jalan2 kt jitra, kekadang g makan tomyam kt Restoran Bendang kt kelubi or makan char kuew teow kt Ghani, tp sebelum marghib da kene balik, xelok senja2 masih duk lepak kt luar. lg la keadaan aku skrg yg slalu je sakit2 bile mlm tiba. kekadang aku terfikir jugak, macam ade benda yg xkena plak ngan aku ni, asal malam je sakit2, tetiba dtg sakit kepala n sakit perut, sebelum mlm tu ok je, mcm ade gangguan makhluk halus, hmm mudah2n mintak jauh dari segala hasad dengki manusia yg busuk ati n berniat jahat terhadap aku.
Sejak-sejak aku balik ke Alor Setar ni banyak perkara yg aku semakin jelas, tetiba rase kebahagiaan dlm hati semakin berbunga2, lagipun xsabar nk menunggu kehadiran si dia yg comel dlm hidup kami berdua. Mudah2n dengan kehadiran si comel nnt akan membawa Rahmat & membuka seluas2nye pintu rezeki kami sekeluarga. Ameenn Ya Rabbal 'alamin.
Untuk suami yg tersayang, terima kasih atas segala pengorbanan dan susah payah melayan karenahku selama ini. Terima kasih kerana sentiasa memahami & menerima segala kekurangan diriku sepanjang kita bersama. Doaku semoga dirimu sentiasa mendapat Rahmat & keberkatan dlm hidup, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan & mendapat kebahagiaan dunia & akhirat. Everlasting Love.
CINTA adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang sering dibicarakan namun tanpa kita sedari ianya telah kita zalimi. kita acapkali bicara tentang cinta antara manusia. Media massa sentiasa menyogok kita tentang cerita cinta antara manusia yang terhebat, yang tersedih, yang penuh ranjau, yang teragung,yang abadi dalam abad ini.
Kita hilang arah di manakah batasan cinta ini, kita lupa cinta ini perlu dilandaskan dengan keimanan kita kepada Yang Maha Kuasa, kita leka dengan ulitan kata-kata pencinta yang mana tanpa iman akan dihiasi dengan alunan bicara syaitan. Kita alpa dengan kemanisannya sehingga kita lupa cinta juga punyai haknya yg tersendiri.
Tidak salah untuk bercinta, kerana Allah beri kita perasaan untuk mengasihi dan dikasihi, itu fitrah manusia. Tapi kita perlu ingat syaitan juga diturunkan untuk memesongkan kita tiap saat, tiap ketika. Sebelum cinta teragung yg dibanggakan oleh si pencinta, dipuja-puja saban saat & ketika menemui kehancuran & penyesalan yg xberkesudahan. Ingatlah wahai sang pemilik cinta, Cintailah sekadarnya, tiada cinta yg abadi, melainkan omongan kosong semata-mata, yg akan mengkhayalkan dirimu, agar terus hanyut & lena dlm dakapan cinta berlandaskan nafsu semata. Yg pada akhirnya nanti dirimu akan menangis dan menyesal tiada taranya, setelah tibanya janji Tuhanmu yg maha kuasa.
Harapan ini biarlah cinta kita dengan si dia disuburkan dengan rahmat dan keberkatan Sang Pencipta. Biarlah Cinta yang Hakiki yang memandu hubungan kita agar kelakuan kita, para pencinta di muka bumi ini melambangkan penghambaan kita kepada Allah SWT. Menjauhi perbuatan-perbuatan yang merapatkan jurang kita dengan ZINA membuktikan ketundukan kita pada Yang MAha Melihat.
marilah sahabat-sahabat yang ku kasihi, pandulah cinta kita pada dia kerana Allah, dalam memburu redha dan cinta yang MAHA ESA. Pemilik cinta teragung yg tiada bandingnya dgn cinta manusia yg Fana.
Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku kini jauh dari rahmat tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku... Keampunan
Gelap rasa dunia ini tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini..
Ke lembah kehinaan..
Dalam kegelapan itu terbit cahaya dariMu
Memandu hambaMu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syuga Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayahMu
Hanyalah pada Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan...
Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untuk ku.. Keampunan
Wahai yang Maha Pengasih bantulah hambaMu ini
Yang kian terumbang ambing
Di dalam arus duniawi
Aku berdoa kepadamu
Memohon limpah rahmatMu
Mentari hidupku kan bersinar kembali ..
Wahai diriku..
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulat-Nya, terpikul dengan amanah Ad-Deen yg maha suci ini. Bukan kerana kau berjemaah, Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Wahai diriku..
Seringkah kau mencari jalan, Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, Insafi kekerdilan fitrahmu, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu sendiri. Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, Terlalu banyak kurang & salahmu.
Wahai diriku..
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. Diriku,Pada nawafil & amalan sunat Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, Pada qiamullail di keheningan malam, Bersama bisikan doa & munajatmu, Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, Di situ ada bekalnya...
Wahai diriku..
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie. Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, Ada ketenangan dan kekuatanmu. Ketahuilah wahai diriku, bahawa hanya hati yang hidup sahaja, Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu. Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan qudrat dan iradat-Nya. Pasakkanlah sebuah keyakinan untuk suatu perubahan, moga nnt akhir umurmu kau akan tersenyum pada kebesaran nikmatnya.