Selasa, 5 Julai 2011

Wahai Diriku, Ingatlah !!



Wahai diriku..
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulat-Nya, terpikul dengan amanah Ad-Deen yg maha suci ini. Bukan kerana kau berjemaah, Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Wahai diriku..
Seringkah kau mencari jalan, Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, Insafi kekerdilan fitrahmu, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu sendiri. Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, Terlalu banyak kurang & salahmu.

Wahai diriku..
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. Diriku,Pada nawafil & amalan sunat Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, Pada qiamullail di keheningan malam, Bersama bisikan doa & munajatmu, Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, Di situ ada bekalnya...

Wahai diriku..
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie. Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, Ada ketenangan dan kekuatanmu. Ketahuilah wahai diriku, bahawa hanya hati yang hidup sahaja, Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu. Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan qudrat dan iradat-Nya. Pasakkanlah sebuah keyakinan untuk suatu perubahan, moga nnt akhir umurmu kau akan tersenyum pada kebesaran nikmatnya.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan