Ahad, 3 Mac 2013

Menguruskan Jenazah Bayi Yg Mati Dalam Kandungan @ Keguguran

As salam kepada semua pembaca setia blog. Maaf di pinta kerana telah beberapa minggu tidak meng'update' blog. Sejak 2, 3 minggu ni banyak sangat benda yg aku nk kene uruskan, fikirkan & siapkan. semua benda datang sekali harung. 24 jam yg ada pun xmenyempat aku uruskan dengan betol. Klu boleh tambah waktu sampai 30 jam sehari pun ok. Hmm.. dunia oh dunia. Sampai mati pun xkan pernah habis masalah yg hendak difikirkan. Astarfirullahalazim...!!
 
Okla hari ni aku nk berkongsi maklumat agama berkenaan bagaimana untuk menguruskan jenazah bayi yg mati di dalam kandungan ataupun juga bayi yg mati keguguran. Adakah ia wajib di uruskan seperti mana jenazah org islam dewasa atau tidak.
 
Ok, beberapa perkara haruslah di ambil perhatian. 3 perkara wajib yg harus di lihat bagi memastikan jenazah itu wajib di sempurnakan seperti jenazah umat islam yg lain atau sebaliknya.
 
Perkara Pertama
Sekiranya bayi yg mati di dalam kandungan itu mempunyai wajah/bentuk/anggota/susuk badan seperti manusia, maka ia wajib di sempurnakan seperti jenazah dewasa.
 
Perkara kedua
Apabila bayi yg keluar dari rahim ibu tersebut tidak mempunyai bentuk ataupun susuk tubuh seperti manusia tetapi bersuara (kedengaran suara tangisan ketika keluar sebaik shj di lahirkan)tetapi bayi itu kemudian-nya senyap (Mati) maka ia wajib juga di uruskan seperti jenazah biasa.  
 
Perkara Ketiga
Apabila bayi yg keluar itu tidak mempunyai bentuk sperti manusia & juga tidak bersuara tetapi bergerak sebaik shj di lahirkan. Maka ia juga wajib di sempurnakan seperti jenazah dewasa.
 
Ketiga-tiga tanda di atas merupakan tanda bahawa sesuatu jasad mahupun sesuatu kejadian/makhluk itu hidup. Maka ianya wajib di sembahyangkan, di kafankan & di kebumikan seperti jenazah umat islam yg lain-nya.
 
Namun begitu bagi kaum ibu yg mengalami keguguran yg tidak mempunyai ketiga-tiga syarat wajib di atas maka ia tidaklah perlu di sempurnakan seperti jenazah dewasa. Memadailah dengan membersihkan-nya, membungkusnya dengan elok & kemudian di tanam di tempat yg sepatutnya. Wallahualam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan