Ahad, 5 Mei 2013

PilihanRaya "INI KALILAH" Telah Berakhir !



Mamai sebulan ni melayan karenah sepanjang tempoh berkempen. So segalanya telah berakhir walaupun banyak pihak yg masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihanraya yg telah di menangi dgn Majoriti Mudah oleh Parti Barisan Nasional. Aku juga banyak benda xberpuas hati dgn ketelusan SPR sepanjang mengendalikan jentera pilihanraya. Walaubagaimanapun segalanya telah berakhir. Biarlah keadaan & waktu yg akan mengzahirkan kejahatan & ketidak telusan Parti yg mendapat kemenangan dengan cara yg kotor.
 
Aku sekadar menjadi pemerhati untuk semua pihak. Walaubagaimana pun aku adalah rakyat malaysia yg menjadi pengikut setia Parti Islam Semalaysia. Mmg keluarga aku Majoriti-nya adalah PAS, dari zaman tok nenek aku dulu2 lg da. Cume ade la seorang dua yg terlepas entah kemana tu.

Uh mamai kepala aku pagi ni, Xlena tido aku semalam, berdebar-debar menunggu keputusan Rasmi di Tv3suku & seangkatan dengan-nya, lain yg org nk tau lain yg diorang buat. Aku bukan nk dengar diorang sembang entah ape2 tu. Grrrr... angin je smlm.. Last2 layan FB & whatsapp dgn member2, sampai Jam 2 terus terlena dgn harapan PR mendapat mandat... Tp akhirnya bangun tadi pagi semuanya amat mengecewakan. Sesungguhnya Allah ade perancangan yg lebey baik. Aku yakin itu. Kepada semua calon yg kalah bertanding bersabarlah. Ade habuan yg lebey baik utk kamu. InsyaAllah. Walaupun Pilihanraya telah berakhir namun perjuangan untuk memartabatkan Islam mesti di teruskan. Perjuangan kite baru shj bermula. !!
 
Harapan aku sebagai rakyat Malaysia, semoga Barisan yg xberapa nk lurus, sila membuat urus tadbir wang rakyat dengan baik & berhemah. Jgnlah menggunakan harta benda rakyat itu seperti harta Pusaka Tok Nenek ko yea, Klu nk shopping bagai tu, gunalah duit tabung yg dah di simpan sejak dari dlm perut tu. Harta rakyat biarlah rakyat yg nikmati. Harapan aku juga, moga2 harga petrol tidak naik lg, harga barangan asas seperti gula, beras, tepung & sebagainya diturunkan bukan di naikkan. Aku ingin hidup dengan aman, adil & beragama. Moga2 persekitaran di Tanah Selangor yg tercinta ini memberi cahaya Iman untuk anak2ku membesar nnt.  Tahniah PR Selangor kerana menang  bergaya dengan Majoriti 2/3. Sayangi Selangor. Muahahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan