Masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :)) Hari Raya Tahun ni 2013 kami sekeluarga bersama dengan ipar-duai merayakan Aidilfitri di Tasik kenyir. Pada Petang hari Raya ke-2 kitorang da naik boat. Suasana tasik kenyir mmg best. Mmg sesuai untuk bercuti beramai-ramai. Kos boat untuk 3D2N berjumlah RM3000 di tanggung oleh my abg ipar yg baik hati. Ehehehe Alhamdulillah
Keluarga Besar My Hubby... Adik beradik seramai 12 org, yang dtg ni cume 8 beradik. Lagi 4 keluarga xboleh dtg, ada hal yg xdpt di elakkan.. :)
Malam pertama bermalam di Air Terjun Lasir. Sampai pun dah lewat petang, tp masih sempat main air terjun sejam. Pastu dah gelap. Boat yg sebelah sana tu adalah boat lama, harga pun murah skit. Klu yg plan nk pergi kurang dr 15 org better amik boat kecik je laa, cuma ruang boat agak sempit skitlaa. Kitorang sekeluarga seramai 36 org. Hah tudia.. itu belum cukup semua lg tu... Suasana Di Tasik Kenyir mmg meriah. Aku ingatkan takde org dtg, skali ramai yg amat cek oiii... sume dtg nk beraya kt tasik rupanye.. huhuhu..
Aktiviti malam pertama ialah BBQ ikan Talapia. Yummy sedaaapp. Sebanyak 50 ekor Talapia telah di bakar. Aku yg sebelum ni xleh nk makan ikan sungai pun tibai 2,3 ekor ikan Talapia. hehehe.. Xde rasa pasir or rase selut plak ikan ni. maybe ikan Kolam kot.. :)
Bergambar atas boat buat kenangan, tengok tu, priring astro pun ade...
Anak sedara yg encem & sungguh baik budi-bahasa, bertuah sungguh sapa yang dapat dia ni...
Boat Kenyir yang kitorang carter ni agak baru & cantik berbanding dengan boat2 lama. Mmg selesa menggunakan perkhidmatan boat Kenyir ni. Nak contact no ke.?? nnt last citer aku share. Antara aktiviti sepanjang di Tasik Kenyir ialah melawat ke Santuary Kelah, Melawat Taman Herba & mandi-manda air terjun. Eehehe Best sangat. air terjun yg sgt segar & sejuk. pergghhh mmg terbaik. Aku antara kaki terjun ke tasik. Bila boat park aje, aku mesti da xsabar nk terjun main air.. hehehe.. si kecik pun sama, walau da menggigil tulang2 sendi, masih lagi nk main air tu. adeehh.. So hubby pula bertindak sebagai pemerhati & penyelamat. maklumlah ramai anak sedara yg masih hingusan. pendek citer percutian ke Tasik kenyir mmg terbaik.
Si kecik & abi, seronokla ye, Abi melayan je perangai dia, klu dgn ibu, mmg xde can-la nk perangai macam2, bukan ibu x-syg, tp ibu banyak kerje nk kene buat, So Abi-la yg kene layan adik, Dah besar2 nnt jgn lupa untuk syg Ibu & Abi yea... Best kan klu ade Ayah + Abi + Bapak + Abah yg suka melayan kerenah anak2, Like Heaven... kan ..? Aku pun teringat pada yg Beloved Abi. really miss Him... Semoga Allah memberi kesihatan yg baik & keberkatan hidup dunia & akhirat kepada-nya.
Budak kecik yg xde perasaan geli, Relex je dia tangkap ikan2 itu, huh bukan ikan kecik mak oii, besar-besar lengan sekor-sekor, budak2 sebaya dia sume menjerit takut... Tp si kecik ni maintain cool je dia... aiisshh adik-adik...
No Telefon pengusaha Boat Tasik Kenyir. Klu org xramai & pandai nego boleh dapat murah lagi aku rasa.
Inilah cerita raya aku untuk tahun ni, agak seronok berbanding tahun lepas. walaupun agak kepenatan tp mmg terbaik. Petang Ahad tu semua bertolak balik ke Negeri masing2, Isnin da mula kerja.. wawawa... apasal rasa sekejap sgt cuti ni... nk bercuti lg... !!!