Alhamdulillah 20 Ramadhan telah dilalui. Mungkin ada banyak cacat dan celanya. Hanya Doa yang mampu dipanjatkan moga segala amalan dibulan Barakah yang dilimpahi berbillion Rahmat ini di pandang Allah SWT.
Cerita yang ingin di kongsikan harini ialah dengan menginfakkan Harta yang dikurniakan Allah dapat membuka pintu2 rezeki. Samada kawan2 muslimin dan muslimat di luar sana percaya atau tidak, PERCAYALAH. .. kerana itulah hukum Allah. Sunnatullah yang telah digezetkan di dalam Alquran yg mulia.
Bila Sahaja Ramadhan tiba arwah umi akan mengajak aku ke Pondok Hj. Abdul Hadi Awang di Marang Terengganu untuk menunaikan zakat Emas dan mewakafkan beberape meter persegi tanah untuk tujuan pengajian islam dan pembesaran Masjid HJ. Hadi. Mulanya aku hanya menganggap itu adalah perkasa biasa. Ape yg peliknya, sekadar membayar zakat dan membeli beberape meter tanah untuk diwakafkan. Bukan banyak sgt pun. Paling banyak habislah RM700 camtu. Tahun demi tahun, begitulah rutin tahunan arwah.
Kalau nak dibandingkan pendapatan bulan yang di terima adalah terlalu sedikit. Tapi aku sering bertanya. Dari mana umi dapat duit untuk simpan dlm Tabung Haji. Duit simpanan arwah Bukan sedikit klu nak di nisbahkan dengan gaji yang di perolehi. Tiap2 bulan duit poket untuk arwah nenek Wajib diberikan RM100. Duit simpanan umi di Lembaga Tabung Haji ada sebanyak RM120,000. Gaji Seorang kakitangan kerajaan biasa berapalah sangat. Tp itulah kenyataan. Sepanjang hidup, arwah umi sempat menunaikan 2x Rukun Islam ke5 dan menjalankan 4x Ibadah Umrah. SubhanAllah yang Maha Mengurniakan Rezeki.
Apabila usiaku semakin meningkat kini, aku mulai menganalisis segala maklumat yg telah aku timba sejak zaman kanak2 bersama arwah umi. SubhanAllah yang menjaga Seluruh petala Alam, aku dengan sepenuh hati meyakini bahawa Pintu Rezeki itu akan terbuka antaranya ialah Lahirnya Zuriat, Berkahwin, Menunaikan Zakat & Bersedekah/menginfakkan Harta ke jalan Allah. Sesungguhnya tidak akan miskin sesorang hamba apabila mereka membelanjakan Hartanya ke jalan Allah.
Beberapa hari yg lepas, aku baru shj berniat untuk memberi sedikit sumbangan kepada tabung Aman Palestine. Baru shj memasang niat, belum lagi aku laksanakan tetapi Allah telah memberikan aku rezeki tanpa aku sedari. Sejumlah wang dalam nilaian USD telah terkumpul di account sejak beberapa minggu yg lepas, demi Allah aku benar2 kagum dengan setiap Kejadian yg telah berlaku. Klu para sahabat membaca kisah2 yg pernah aku ceritakan sebelum ini. Pasti ramai yg tidak percaya. Tetapi percayalah wahai sahabat2ku. Ringankanlah tangan2mu untuk membantu makhluk Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan sebaik2 balasan.
Salam Jumaat & Salam Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan