Menyambut raya bukanlah sesuatu yang menarik untuk aku. Bagi aku Ramadhan adalah bulan yang sentiasa di tunggu2 berbanding menunggu syawal. Walaubagaimanapun Ramadhan Pasti berlalu dan Syawal akan menjelang.
Baju raya pun aku blum beli. Just belikan baju raya utk Nuha je. My hubby pun Dah beli baju raya cume baju melayu je blum beli. Tapi untuk aku sehelai pun xbeli lg. Bukan kerana my hubby x belikan, tp kerana aku yg xnk beli lg. Coz mood nak raya macam x berape nk ade. Cuti untuk raya pun aku blum apply. Hmm mungkin keseronokan utk balik kampung hanya kerana My Doter. Klu harapkan aku, aku lagi seronok Beraya di Langkawi je. Tp mana blh camtukan. Hari raya mesti lah balik kampung jumpe umi & abi. Walaupun ummi Dah xde tp my abi masih ade. Aku tau dia selalu menunggu kepulangan aku. Walaupun dia xpernah berkata apa2. Tapi dari riak di wajahnya jelas kelihatan sebuah perasaan gembira melihat anak Perempuan tunggal yg di kasihi telah pulang.
Untuk Abi pun aku Dah belikan baju raya. Hopefully Abi happy. Klu masa aku blum kawen dulu, setiap kali balik ke kampung untuk cuti semester, aku Pasti akan belikan abi sehelai TShirt crocodile. Peruntukkan duit belanja sebanyak Rm150 Pasti aku asingkan utk Abi. Tapi jarang aku belikan baju untuk arwah Umi. Bukan kerana aku Xsyg umi tapi kerana aku tahu klu corak yg aku pilih nnt mesti xkene dgn citarasa umi. Sebab tu aku jarang beli baju utk umi. Walaupun begitu untuk arwah Umi aku selalu belikan barang dapur.
My Late umi adalah Seorang yg sgt berjimat cermat. Klu sodek Dah patah sekalipun still dia boleh pakai sampai bertahun2. Nak harapkan dia buang mmg tak lah. Dari kecik aku duk perhatikan, umi mmg xpernah membazir. Selagi boleh guna dia akan guna. Semua barang2 dia mmg tahan lama. Coz arwah Umi adalah Seorang yg sgt cermat dalam menjaga barang. Sikap umi dan abi mmg jauh bezanya, mungkin latar belakang keluarga yang agak susah membuatkan umi sgt menghargai setiap barang yang dimilikinya. Pernah kt umah aku tu pisau yg ada semua Dah tercabut pemegang, tapi umi masih pakai yang dah tercabut pemegang tu. Klu aku cakap nak buang mesti dia bising. Katanya pisau tu elok lg, masih tajam dan sedap pakai. Punyalah "beralus" kata org terengganu ehehehe.. Last2 aku belikan 1 set pisau (6pcs) untuk umi. Siap dengan tempat letak skali. Umi... umi... banyak duit di gunakan untuk anak2. Untuk diri dia sendiri selalu dilupakn. Kekadang2 aku menangis sendiri setiap kali teringatkan arwah Umi. Seorang hamba dan ibu yang sangat mulia dan rendah hati.
Sedikit sebanyak Sikap arwah umi turut ada dalam jiwa aku. Walaupun kekadang aku ni xdela berjimat sangat, tapi aku selalu belikan barang2 untuk org lain dulu. Untuk diri sendiri selalu aku lupe nk beli. Seronok dapat gembirakan anak dan ahli keluarga. Rasa kepuasan tu berbeza berbanding belikan hanya untuk diri sendiri. Lagi seronok Jika melihat mereka pakai pakaian yg kite beli. My family always come 1st.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan