.....Gold.... Gold..... Gold....
Aku telah dilanda kegilaan Emas. Sebuah perasaan yang tidak terbendung. Adakah ini yang aku cari dalam hidup. Adakah Logam ini akan mengubah 200% kehidupan aku harini..? Sesuatu yang tidak dapat untuk aku katakan. Setiap masa dan ketika jiwa dan ragaku cenderung ke arahnya. Allahurobbi... Jgnlah Engkau jadikan perhiasan dunia ini menjauhkan aku dariMU. Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai Ladang Akhiratku.
Tanpa dirancang tiada angin tiada ribut, aku membuat keputusan untuk membeli tiket penerbangan ke Dubai UAE beberapa hari yg lepas. Keterujaan untuk menyaksikan City Of Gold semakin membuak2. Aku xmampu lagi untuk mengatakan TIDAK. Aku harus pergi, untuk menebarkan sayap lebih jauh dalam perniagaan Precious Metal ini. Aku harus berani & tabah untuk menerokai semua perkara mengenainya dengan sendiri. Beberapa lakaran telah dibentuk, dengan sedikit ilmu di dada menjadi bekalan & penunjuk jalan. Walaupun terjun ke laut tanpa peralatan, sekurang-kurangnya haruslah tahu berenang. Moga2 risiko yg bakal menerjah dapat diurus tadbir dengan baik. Persediaan Mental juga harus kuat, banyak benda yang akan dilalui. kata org Tua, Besar periuknya, besar pula keraknya.
Bile bercerita mengenai emas, seperti yg pernah aku coretkan dalam bingkisan yg lepas, aku mula berkecimpung dalam dunia emas jongkong ni hanya dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. Sebelum ni aku hanya aktif membeli barang kemas yang dilelong di Bank rakyat. Itu shj yg aku buat untuk menambahkan jumlah Gram simpanan aku. Tetapi Alhamdulillah, Bile Allah ingin memberi sesuatu kepada hambanya, akan didatangkan dalam pelbagai cara dan bentuk tanpa di sangka-sangka. Aku mengakui kekuasaan Allah dengan sepenuh jiwa & ragaku, aku dapat rasakan Allah sentiasa hadir dalam setiap waktu2 sukar-ku. DIA juga sentiasa mendengar setiap bicara & rintihan hatiku. Allahurobbi....
Lusa Aku dan hubby akan ke Dubai beberapa hari. Nuha terpaksa aku tinggalkan bersama Opah di Putrajaya. Walaupun berat sebenarnya hati untuk meninggalkan anakanda cinta hati. Selama ini kemana-mana shj aku pergi, aku sentiasa membawa Nuha. Tapi kali ni, banyak faktor yg menghalang. Aku cuba meminimumkan kos perjalanan, penginapan & masa supaya aku dapat memaksimumkan keuntungan sebaiknya. Dengan hanya berbekalkan modal beberapa puluh K dan juga sedikit panduan serta bantuan seorang rakan di sana mudah2n semua perkara dapat di atasi dengan sempurna. Hidup mesti berani dan percaya kepada diri sendiri. Akhir sekali bertawakkal kepada Allah. Selebihnya biarlah Allah menyusunnya. kite hanya merangka usaha dan Allah jualah sebaik-baik pengurus.
Ilmu harus diterokai, setiap perkara tidak akan datang bergolek kepada kita. untuk berjaya kita harus tekun & memasang tekad yg padu. Matlamat jangka pendek yg harus dicapai sekarang adalah memperolehi pasif income 2x pendapatan kasar bulananKU. Ini kerana aku secara sukarela telah bersetuju untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sambil mengusahakan perniagaan Emas secara serius. Aku rasa, aku lebih tenang & seronok dapat sentisa menjaga anak2. Dapat membawa mereka kemana sahaja. Tak perlu lagi di hantar ke Taska. Mudah2n Allah memberkati segala impian murni-KU ini Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan