Alhamdulillah Nuha Safiya Muhammad Shafie sudah menjangkau usia genap 3 tahun pada tanggal 14 Jan 2015. Da besar pajang pun anak ibu. Mulut pun dah macam2. Dah pandai nk demand itu ini skrg. Nak tengok cerita kartoon ikut selera dia je. Asal bukak je TV nak Upin Ipin, tak pun nak Princess Safiya. Ingt ibu ni Ananda Kumar ke..? Klu ibu ni tauke Astro boleh la ibu keluarkan instruction untuk tukar semua channel TV dengan kartoon kegemaran Nuha.
Nuha...Nuha.. Kadang2 buat ibu sangat bahagia, jarang2 sekali buat darah ibu ni menyiraaapppp sampai ke kepala. Tapi apepun ibu sayang sangat anak ibu ni. Anak yang menjadi peneman ibu, anak yg menceriakan hari2 duka ibu, anak yg memberi banyak semangat & inspirasi untuk ibu semakin berjaya dalam hidup.
Doa ibu, semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Nuha. Semoga Allah akan hadir dalam setiap rintihan doa Nuha. Semoga Allah sentiasa memberi jalan penyelesaiaan dalam setiap masalah yang hadir dlm hidup Nuha. Kerana hidup ini banyak pancarobanya, banyak dugaannya anakanda, jika kita tidak kuat melaluinya, kita akan lemah & tersadai di tepian kehidupan. Mohonla pada Allah, pandanglah kelangit dan berdoalah walau di mana sahaja Nuha berada, InsyaAllah Dia akan sentiasa bersamaMu anak-KU dalam senang dan juga di kala kesulitan menghimpit.
This week Nuha duduk baik2 dengan Opah yea, Ibu & abi nak bermusafir untuk beberapa Hari. Maaf kerana xboleh nk bawa Nuha kali ni, banyak benda yg perlu ibu selesaikan dalam masa yg terhad, nnt bulan 3 ibu bawak Nuha jalan2 ok syg. Muhaha ibu sayang Nuha Safiya, Selamat Hari lahir Sayang.... !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan