Sabtu, 10 Januari 2015

Jangan Bermain Dengan Api Bimbang Membakar Diri

Perempuan, Wanita, Isteri dan Ibu.... gelaran yg penuh makna untuk seorang makhluk Tuhan yg diciptakan dengan penuh rasa cinta & kasih syg. Tetapi sejauh mana keindahan ciptaan Allah ini dapat dimanfaatkan sebaiknya moga2 terjaga batas2 maruah & kecantikan itu hanya buat yg layak untuk menikmatinya.

Perempuan...... aku juga seorang perempuan, wanita, isteri & ibu. Aku tau bagaimana besarnya cabaran & pergolakkan perasaan untuk menjadi manusia yg dilahirkan sebagai insan yg tinggi martabatnya di sisi Tuhan. Allahuakhbar, Wanita itu perhiasan dunia, jika cantik akhlak & peribadi wanita itu, maka cantik & indahlah kehidupan. Jika buruk & rosaknya peribadi seorang wanita itu, berwaspadalah, kemusnahan & kemurkaan Allah semakin hampir.

Beberapa hari yang lalu aku dikejutkan dengan beberapa mesej dari seorang wanita kepada my hubby. Aku secara peribadi adalah seorang yg sentiasa bersangka baik dalam ape jua keadaan. Aku bukanlah seorang queen control. Aku bukan kisah sgt dengan siapa my hubby nk berwhatsapp. Dah nama kerja, biasalah staf perempuan call & mesej. Asalkan berkaitan kerje, aku tiada halangan. 

Kejadian ini bermula ketika aku, hubby & Nuha duduk bersantai di Dataran Merdeka pada malam Sabtu yang lalu. Kebetulan hari Jumaat tu aku cuti kerana petang tu kami ke Jalan Masjid India kerana ade hal yang perlu diuruskan. After marghib kitorang bersantai di Dataran Merdeka seketika. Dah lama kot tak duduk lepak2 kt situ, dulu2 masa baru kahwin pernahla sekali dua lepak kt Dataran tu, tapi sekarang setahun sekali pun tak kot. 

Bukan main seronok si kecik Nuha berlari entah kemana2. Aku hanya duduk ditangga batu, memerhati dari jauh shj, hanya hubby yg melayan kerenahnya. Sambil duduk2 aku mula godek2 skit HP hubby, saje nk baca mesej2 dia, bukan selalupun aku buat kerja xberfaedah camtu. Tiba-tiba Entah kenapa secara tak disangka2, mataku tertumpu kepada whatsapp dari seorang staf perempuan ni. Satu demi satu aku teliti perbualan itu, hati semakin sakit, dada semakin berombak kencang, Ohh.. Nafas seperti berarus laju di paru-paru. Allahukhbar... air muke tiba2 shj berubah. Hubby & Nuha masih berseronok lari2 di padang Merdeka, tapi  AKU........... perasaan tenang bertukar tiba-tiba, malam yg damai dihiasi lampu2 terasa panas & sesak sekali.

Ketika hubby dtg menghampiri dan menyapa aku seolah2 tiada ape yg berlaku, beberapa patah kate terus terpacul laju dibibirku, mungkin sedikit menyengat di telinga yg mendengar. Tetapi masih tersusun bicara yang berbaur ammarah itu. Hubby mungkin tergamam, tapi tenang shj dia membuat penjelasan satu demi satu, aku hanya mendengar seperti angin lalu, Untuk terima bulat2 tidak sekali. Oh rupenya Setiausaha Pengarah itu sudah bersuami sebenarnya. Suami dia pun seorang Tentera yang berkhidmat di bahagian Tentera Darat. 

Tetapi persoalannya mengapa sibuk berwhatsapp mesra dgn Pakcikku yg bulat ini. Laki dia kemana...?? kenapa harus bertanya khabar setiap hari, kenapa harus terlalu mengambil berat dalam setiap perbualan sepertinya seorang kekasih yg mula merasai oh hangatnya bercinta... Ciisssss... Sakit hati tidak terhingga rasanya.. Jangan bermain dengan Api...!! jangan berani mengundang ammarahku, buruk padahnya ! Aku seorang yg sentiasa menghormati hak org lain Dan aku tidak suka ape2 yang menjadi milik peribadiku diceroboh sembarangan oleh manusia yg tidak aku kenali asal usulnya. Maaf... aku tidak suka diperlakukan begitu !



Hubby mati bicara, mungkin terasa bersalah. Mmg patut rasa bersalah pun. Terus di blocknya staf tersebut dari senarai whtasapp group disitu juga. Tapi itu belum cukup mengubat luka di hati. Luka lama seperti dihiris kembali, bisanya sungguh rasanya. Terfikir juga untuk bersemuka dengan perempuan yang tidak tahu batasan itu. Tetapi apa yg aku risaukan nnt jika emosiku tidak terkawal. Bimbang tanganku tiba2 ringan singgah ke muka-nya tanpa dirancang, xpasal-pasal kecoh satu kementerian nnt.

Lelaki sentiasa bersikap acuh tak acuh. Melihat kepada perbualan yg berlarutan hampir sebulan itu, aku dapat melihat hanya beberapa patah perkataan shj yg direply oleh my hubby. So aku membuat kesimpulan mmg perempuan ni sebenarnya yg gatal dan membuat cubaan menggoda hubby. Tak cukup nafkah batin dari laki agaknya, mungkin sekali sebulan je dapat, itu yg merapu-meraban cari jantan luar mengisi kegersangan. Nak kene beli Sex toys agaknya tu. Klu aku jumpe nnt, mungkin aku akan cadangkan kt dia. Nak dengar jugak ape dia nk jawab. Jgn berani bermain dengan api, U dont know me. Im very unpredictable person. Please dont take it for granted. Walaubagaimanapun aku masih ingat pada yg maha pencipta, cuma kadang2 bile di asak dgn benda2 yg seperti ini, membuatkan aku hilang pertimbangan seketika.


Apepun, sebagai seorang perempuan, langkah berjaga-jaga & berhati2 mmg perlu di siapkan sebaik mungkin, lelaki ni xboleh percaya 100%. kasi 50% tu dah cukup baik. Whatever it is aku mmg xleh nk suit dgn manusia yg berjawatan sebagai setiausaha peribadi ni. Mmg sentiasa membawa masalah dlm hidup aku. Dah 2 kali kot PA pengarah membuat cubaan menggoda Pakcik bulat ni. yang dia pulak suka melayan pompuan2 tu, konon ala2 bersopan-santun gitu. Layanan terbaik AAA gitu, ish geram pulak rasanya, ade aku g ganyang pompuan tu sat g... xpasal2 glamour muka aku kt Kementerian Pertahanan nnt. Astargfirullah hal'azim... 

Moga Allah memberi jalan terbaik untuk setiap tindakan aku, walaupun mood sedikit down beberapa harini, aku tetap kelihatan ceria bile berhadapan dengan hal2 kerja. Ameeen Ya Allah, curahlah kasih sygmu ke atas hatiku ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan