Isnin, 28 Disember 2015

R E S I G N A T I O N

Alhamdulillah,

Seperti yang selalu aku minta dalam setiap doaku, aku ingin bebas melakukan ape shj, aku ingin meluangkan masa bersama anak kesayanganku, aku ingin menjadi seorang ibu yg serba mampu melakukan ape shj dengan lambakan masa semaksima mungkin bersama anak2 & keluarga.



Pada 1 Januari 2016 aku dengan rasminya telah meninggalkan Dunia Korporat yg banyak menuntut masa & perhatianku. Maafkan aku semua, jika keputusan yg diambil seolah2 tidak menyokong perkembangan syarikat, tetapi aku mempunyai cita2 yg lebih besar dari membangunkan sebuah syarikat. Aku ingin melihat anak2ku membesar bersamaku, bangun pagi melihat ibu masih di sisi, menyediakan sarapan pagi & tengahari. Aku ingin membebaskan diriku dari dicengkam tugasan harian sebagai seorang pekerja. Pagi2 bergegas ketempat kerja, kadang2 tidak sempat menyediakan ape2 sarapan untuk suami & juga anak2. Telah terlalu lama aku habiskan usia untuk khidmat kepada dunia sedangkan tanggungjawab mendidik anak2 hanya seperti melepas batuk di tangga.



Sudah hampir 7 tahun aku bersama kumpulan Albukhary. Cukuplah bagiku menimba segala ilmu, memahami selok belok perniagaan besar. Mendalami hati seorang bilionaire yg begitu tulus & mulia, sering bertolak ansur & menghormati insan yg lebih berusia sekalipun Dia adalah seorang pemilik harta yg ternama. Mungkin kerana sikap murni & keluhuran budi-nya mengangkat darjat sebagai Hamba pilihan Allah untuk dicurahkan segala rezeki yg melimpah ruah. Hati yg bersih dari segala prasangka, meskipun banyak yg membuat durjana, sungguh mulia sifat seorang hamba. Mudah2n Allah setiasa merahmatimu, mencurahkan rezeki yg banyak kepadamu untuk membangunkan syiar agama & bangsa seluruhnya.



Walaupun berat rasanya untuk meninggalkan segala kerja2 kebajikan & pembangunan, tetapi mungkin itulah yg terbaik untuk diri seorang wanita yg lemah ini. Dek kerana desakan kerja, kadang2 anak menjadi mangsa, ibu yg pulang keletihan setelah seharian ditempat kerja sememangnya tiada masa untuk melayan kerenah anak yg mula menginjak usia. Duniaku hanya utk anak & keluarga. Aku tidak punya cita2 untuk membina karier seringgi gunung. Apa yg ada di dalam jiwa, aku ingin melihat anak2ku berjaya menjadi seorang Hamba & juga manusia yg berjaya. Seorang khalifah yg bersemangat waja menjunjung agama. Seorang kanak2 kecil yg petah mengalunkan bait2 AlQuran. Yaa... itulah cita2ku. Dan kerana itu, aku tinggalkan dunia yg penuh glamour & menyeronokkan itu demi sebuah niat yg suci, mudah2n Allah merahmati.



2016 akan bermulanya sebuah episod baru, mengharungi segala cabaran sebagai seorang ibu yg menjana pendapatan hanya dari rumah. Banyak org yg menghalang niat suci ini. Pelbagai andaian dibuat, ada yg bimbang segala komitmen bulanan tidak mampu ditanggung akibat desakan ekonomi yg semakin menjerut. Tetapi aku percaya, Rezeki Allah itu luas, Allah itu maha melihat, maha mendengar, Dia tahu ape yg terbaik untuk hambanya. Demi seluruh Alam yg berada  di dalam genggamanNYA, yakinlah dengan sepenuh hati, jika kamu membantu agama Allah, Allah akan permudahkan segala urusanmu, jika kamu menjaga amanah Allah, Allah akan menjaga dirimu. Bersangka baiklah dengan NYA. kerana Dialah Raja bagi segala Raja.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan