Ahad, 20 Disember 2015

Savvy Part 1 : Menang Lelongan Kereta

Pembelian yang tidak dirancang, aku pada mulanya hanya berniat untuk membelikan sebuah kereta kecil untuk kegunaan my younger brother. So pilihan terbaik adalah membida kereta lelong. Target kereta pilihan adalah Gen 2 , Myvi or Viva. Entah bagaimana tiba2 saje hati tertarik dengan kereta proton Savvy, seperti cinta pandang pertama, tengok2 lebih kurang terus aku masuk bid. Sekali menang pulak, adusss.... my hubby dah buat muka cuak coz tak sempat nk cek enjin bagai alih2 aku dah masuk bid than menang. Kos repair belum buat kira2 lg. Aku macam biasa, muka confident ala2 semua ok, sekali bile hubby bukak enjin, nah amik ko, banyak gile barang yg xde. Anggaran kos 6k untuk beli computer box, TCU, Map Sensor, beteri & segala mak nenek sensor renault yg bapak mahal. Ting...ting...ting... da nampak duit keluar dalam awan kt atas kepala aku. Bawak betenang dulu. Ape2 kereta ni nk kene buat fullpayment kt Bank dulu. Step by step jgn gelabah. Walaupun aku pun dah cuak jugak tp berlakon ala2 ok jela... Huhuhuhu...


Hubby tgh cek barang2 dalam kereta..

Setelah selesai membuat spotcek barang2 yang xde, maka kami pun beransur pulang. Sepanjang perjalanan adela call supplier sparepart renault. Harga mmg dah agak dah, mengalahkan BMW derr. Seketul sensor RM200++ itu baru satu. Total repair yg diberi oleh sebuah bengkel dalam 8k. Aduuuss... Mahai nak mam.. nii. Last2 kitorang buat decision untuk let it go je kereta savvy tu. So deposit kami RM1550 akan hangus laa. Mmg sebak jugak nk buang camtu je, tp klu camtu rupenya mmg tak kuasa nk perabis fulus sebanyak tu utk kereta savvy tu. Kami masih ade  10 hari untuk berfikir semasak2nya, samada nk amik kete savvy tu or deposit hangus. 


Gear lever pun hilang, camne aku boleh tak perasan 😂😂...

Dalam tempoh tu, semua blog pasal savvy aku bukak & menelaah satu persatu, dari segi harga barang, tempat nk dapatkan brg spare part, bengkel yg tak cekik darah & etc. Mmg Allah dah takdir untuk kereta Savvy tu menjadi sebahagian dr keluarga kami. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk amik kete tu & bt pembayaran penuh kepada bank. 

Adik aku pulak tak nak pakai kete savvy tu, mahal katanya, xde duit nk repair nnt, Dari pakai savvy baik amik motor SYM200 (Motor My hubby). Hmm ape2la, so my hubby ckp dia je nk pakai savvy tu, motor SYM200 tu kasi jela kt sadiq. Bnyk pulak duit nk kluar, nk repair kereta lg, nk repair motor lagi. Sendiri cari pasal, sendiri fikirlaa. 

Allah yg Maha Pengasih selalu membantu hambanya, tiba2 ade seorang pomen yg offer good price utk repair savvy kami tu, kos sekitar 3k shj katanye. Alhamdulillah, akhirnya kami temui jalan keluar. Banyak juga barang2 yg rosak, so kereta tu park dekat bengkel Wan di Seri Kembangan lebih kurang sebulan. 

Bersambung......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan