Pada 7 Ramadhan yg lalu, aku & keluarga kecilku telah pulang ke kampung semalaman. Ia bertujuan untuk melawat saudara-mara yang sedang sakit & kurang sihat di kampung halaman. Persinggahan pertama kami ialah di Kuantan. Ke rumah Mak sepupu-ku yg sedang membilang hari untuk bertemu Ilahi. Dia mengidap cancer usus tahap 4. Keadaan-nya sungguh mengharukan aku. Setahun lebih juga aku tidak bertemu dengannya. Keadaan dirinya adalah sangat bezanya ketika kali terakhir aku bertemu dengan-nya pada April tahun lalu ketika dia datang melihat arwah abi. Ketika itu dia masih sihat & berisi. Tetapi kali ini dia kelihatan sangat kurus, hampir sahaja aku teringatkan arwah umi sekilas aku memandang wajahnya. Arwah umi adalah sepupu dengan cik ngah. Sepupu sebelah arwah nenek.
Walaupun dalam keadaan sakit sedemikian dia masih kelihatan ceria. Walaupun pandangan mata-nya sudah sedikit rabun tetapi pendengaran-nya masih jelas. Apabila dia tahu tentang kedatangan-ku ketika itu bukan main gembira nampaknya. Beberapa kali di ulang tentang aku kepada suami-nya. Suami-nya itulah adalah suami yg ke-3, jadi aku kurang kenal dengan-nya. Aku hanya rapat dengan Arwah ustaz Daud, iaitu suami pertama cik ngah yg telah bertemu ilahi kerana penyakit barah juga.
Ketika aku tiba di rumahnya, dia sedang duduk di kerusi dengan kain sembayang. Mudah katanya, bila masuk waktu solat terus boleh solat. Kemesraan-nya tetap sama seperti dulu, cume kadang2 ternampak dia sedikit keletihan menahan sakit. Sebelum mengidap cancer dia sering berulang alik ke istana pahang kerana menjadi guru al-quran kepada kerabat pahang. Tetapi sejak 6 bulan yg lalu dia sudah tidak ke istana lg katanya. Walaupun banyak jemputan dari pihak istana menjemputnya datang tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan. Walaupun usia sudah menjangkau 71 tahun tetapi ingatannya sangat kuat.
Petang itu kami banyak berbual mengenai susur galor keluarga sebelah nenek (Fatimah bt Ibrahim). Arwah nenek hanya ada 2 beradik sahaja iaitu arwah Cikgu Othman yang mengasaskan Sekolah Kebangsaan Pulai Serai, aku memanggilnya Tok Teh. Manakala Cik ngah adalah anak ke 3 dari pasangan Tok Teh dengan istiri-nya yg pertama, setelah kematian isterinya, arwah Tok Teh telah mengahwini arwah che cik iaitu kakak kepada arwah abi. Agak rumit untuk di fahami di situ. Keluarga kami mmg begitu, semuanya berkahwin dengan ahli keluarga. Jarang2 sahaja yg dijodohkan dengan org luar yg tidak diketahui asal usulnya.
Menurut cik ngah, arwah tok nyang-ku iaitu (Halijah) ibu kepada arwah nenek & Tok Teh adalah cuit kepada Panglima Ahmad yang berasal daripada Bugis. Dulu arwah nenek mmg selalu bercerita yang dia adalah keturunan pahlawan. Arwah nenek berasal dari Rompin Pahang. Nenek berkahwin dengan arwah tok ki (Che Said bin Abdullah) iaitu anak kepada lebai abdullah yang tinggal di Sungai Rengas Kuala Terengganu. Menurut salah seorang pak cik saudara-ku yg suka meneliti susur galor keturunan keluarga kami, Lebai Abdullah ini adalah dari keturunan arab. Moyang kepada Lebai Abdullah adalah pedagang arab yang datang berdagang ke Tanah Melayu di perairan Terengganu. Dulu semasa aku kecil, aku pernah mendengar cerita mengenai tanah di sekitar masjidil haram yang telah di ambil alih org kerajaan arab Saudi. Ramai ahli keluarga yg terlibat turut mendapat sedikit pampasan dari tanah berkenaan.
Semasa aku tinggal di Sungai Rengas dulu, Rumah arwah atok adalah paling besar & tinggi tiang-nya di kampung Sungai Rengas itu. Rumah yg sarat dengan ukiran kayu cengal itu mmg kelihatan mewah & indah sekali. Rumah itu adalah rumah arwah Tok nyang-ku yg di wasiatkan kepada tok ki iaitu (Ahmad bin Abdullah) namun setelah arwah tok ki meninggal rumah itu di waris-kan kepada arwah cik ngah Teh, walaubagaimana pun arwah cik ngah Teh sudah menjual rumah berkenaan & tapak rumah tersebut di jadikan wakaf tanah perkuburan islam Kg. Sungai Rengas. Aku sempat tinggal di rumah itu sehingga remaja. Masa kecilku banyak di habiskan bersama tok ki di Sungai Rengas. Org Kampung Sg. Rengas kebanyakkan-nya mmg mengenali aku dengan panggilan Azah cucu kepada ayah cik mad. Aku masih boleh membayangan rumah agam itu, ia seperti istana lama melayu. Tiang rumah
yg tinggi lebih kurang 15 kaki & atap rumah-nya juga tinggi lebih kurang 18 ke
20 kaki. Sebahagian daripada Dinding di bahagian atas di ukir dengan seni ukiran bunga & daun yg
berlubang, jika sesiapa pernah ke Muzium Negeri Terengganu, maka begitulah kurang lebih ukiran & bentuk atap rumah arwah moyang-ku. Tapi sayang kerana sejarah itu telah hilang.
Org kampung sangat menghormati keluarga kami. Kerana kampung itu di buka oleh moyang-ku Lebai Abdullah. Dia banyak mengajar hal ehwal agama di masjid. Menurut arwah nenek (ibu kepada arwah umi) Keluarga Lebai Abdullah ini sangat tersohor namanya. Tersohor dengan harta & juga kewara'kan. Arwah umi & abi adalah sepupu. Keluarga besar kami kebanyakkan-nya berkahwin sesama saudara. Ia bertujuan untuk mengekalkan keturunan & juga harta pusaka nenek moyang.
Aku mmg sejak dulu sangat suka mendengar cerita tentang susur galor keturunan-ku. Kerana dari situ aku tau siapa diriku. Aku ingin skali membuat kajian secara lebih teliti tentang-nya. Aku harus menemui semula org2 lama yg masih ade di kampung untuk aku mendapat cerita yg lebih terperinci. InsyaAllah, mudah2n di berikan masa & kesempatan untuk aku menggali sejarah susur galor keluarga Lebai Abdullah & juga Panglima Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan