Jumaat, 15 Julai 2016

Bazar Ramadhan :: Sedap & Berpatutan Vs Cekik Darah !

Bila tiba bulan Ramadhan maka cerita tentang Bazar Ramadhan sering menjadi topik hangat. Walaupun kami sekeluarga bukanlah suka sangat membeli di Bazar Ramadhan. Kalau singgah ke Bazar tu selalunya beli kuih muih je. Aku akan pastikan hanya gerai yang tertentu saja yang akan aku singgah beli kuih. Sebab jika penjual yang dah lama menjual, kualiti kuih yg dijual adalah sedap dan memenuhi citarasa berbanding dengan penjual yang baru beberapa hari belajar nak buat kuih semata-mata untuk jualan di Bazar Ramadhan. Alamatnya ke tong sampah la kuih yang di beli itu.

Memandangkan Ramadhan kami pada tahun ini amat berbeza. Kerana selama 30 hari berpuasa tu, kami sekeluarga bermusafir ke banyak destinasi seluruh negara kerana mengikut My Hubby outstation. Antara Bazar Ramadhan yang kami singgah sepanjang Ramadhan 2016 adalah Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi Selangor, Bazar Ramadhan Putrajaya, Bazar Ramadhan Stadium Alor Setar Kedah, Bazar Ramadhan Dungun Terengganu, Bazar Ramadhan Tanjung Kuala Terengganu. 

Untuk Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi & Putrajaya kebanyakkan kualiti makanan masih di tahap yg ok dengan harga yang agak reasonable. Kuih Talam dan Tepung Pelita adalah kuih pilihan sepanjang bulan puasa. Di Bazar Bangi Alhamdulillah sedap2 belaka kuihnya. Air Cendol Kelapa Sawit juga sangat sedap. Memang berbaloi untuk dibeli. Jika ke Putrajaya pula Bazar di sekitar tapak pasar malam itu tersangatlah besar. Aku hanya beli Tepung Pelita & kadang2 beli Roti John Putrajaya. Alhamdulillah sedap & harga adalah  berpatutan. Untuk lauk pauk tak masuk senarai, sebab aku masak sendiri kt rumah.  

Di Kedah pula kami sempat singgah di Bazar Stadium Alor Setar. Bazar ni memang menjadi tempat feberet kami laki bini ketika menetap di Jitra beberapa tahun sudah. Tapi itu dulula, masa tu harga memang sangat murah & kualiti makanan mostly sedap2 belaka, walaupun pernah sekali terkena TauFooFa basi, konon-nya buy1 Free1, skali Haram J punye pakcik, TauFooFa basi.

Kedatangan semula kami ke Bazar stadium baru-baru ni adalah sangat mengecewakan. Harga agak mahal & kualiti makanan tidak seberapa. Nasi Daging (2 keping daging di hiris nipis sebesar 2 jari) Harga RM7.00 dah la jual mahal rasa pula tidak sedap. Walaupun kami makan ketika tengah lapar (Berbuka puasa) still tak boleh nak terima rasa macam tu. Walaubagaimanapun Kuih muih yang kami beli Alhamdulillah semuanya sedap dengan harga yg berpatutan. 

Bazar Ramadhan Bandar Dungun Terengganu. Ni kampung aku ni. Masa kecik2 dulu bazar nilah tiap-tiap hari duk pulun beli kuih & segala macam. Kebetulan kami pulang ke kampung pada awal Ramadhan yg lalu, maka aku teringin nk singgah membeli juadah berbuka kami di bazar Bandar Dungun ni sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sedang2 elok kami sampai di Dungun jam dah kul 5 ptg. Maka kami pun singgah sekejap. Harga Makanan ya Robbi, mengalahkan Bazar sebelah KLCC aku rasa. Nasi putih kosong RM2 sebungkus. Bukan beras Faiza Basmathi pun. Sekali tengok pun dah tau beras murah. Pusing punya pusing kami beli jugak nasi minyak lauk daging dengan harga RM6.50/bungkus walaupun nampak macam kurang menyelerakan tapi malas nak fikir, belila dulu untuk berbuka. 

Kemudian kami beli ketupat palas rebus 5 ketul RM3 & ayam bakar tempayan 1/2 ekor RM12. Dengan harga yang agak mahal standard makan kt Restaurant aku mengharapkan kualiti makanan elok & sedap. Tetapi sayang 1000x sayang. Sedang elok azan berkumandang, aku bukak ketupat palas nk makan , Ya Allah ketupat dah berlendir (A.K.A basi) bukan sebijik semua 5 bijik berbau hangit & berlendir. Nasi Minyak pun sama, entah ape rasa, Diorang ni pernah rasa ke tidak makanan jualan mereka, atau deria rasa mereka mengalami gangguan ?? 

Aku hanya makan beberapa suap je, selebihnya masuk tong sampah. Ayam bakar pun sama, tak tau rasa ape. Dalam hati rasa sangat terkilan. Org kampung sendiri, teruk betul akhlaknya. Menjual makanan yang sudah basi ! kalau sedekah makanan yang dah basi pun berdosa. Inikan pula menjual. Pakcik yang menjual ketupat palas tu aku harap Allah berilah sedikit pengajaran kepada dia, mungkin ramai dah yang menjadi mangsa ketupat basi dia. 

Bazar paling last kami singgah adalah Bazar Tanjung Kuala Terengganu iaitu pada hari ke 29 Ramadhan. Nasi putih 0 (2 bungkus) + sesudu sambal + Telur masin sebijik RM7.00 Perrgghh terkujat aku dengar harga. Mulanya aku nak amik ikan kembung bakar, sekali aku tengok lalat berkejaran kt ikan bakar dalam tray tu, bukan sekor dua lalat singgah kt ikan tu , dah berkampung aku rasa lalat2 tu kt situ. Terus cancle niat nak makan ikan bakar, naik loya pun ada, tapi nasi sudah siap dibungkus bersama sambal. Mahu tidak mahu aku amiklah juga nasi & telur masin sebijik. MasyaAllah cekik darah betul harga jualan. Yang membuatkan aku rasa sedih, si penjual tu semua dah tua-tua belaka. Tak ada semangat untuk buat kebajikan langsung di bulan Ramadhan yang mulia ni, Kesiaaaann, dah tua pun masih gelap hati. 

Aku sempat sound budak yg bungkus lauk kt gerai tu, "Harga makanan kt Tranung ni mengalahkan harga Kuala Lumpur, mahal melampau harga" dah sound tu terus aku belah. Kemudian aku ke gerai yang lain pula nak beli ayam goreng, dengan harapan lebih baik dari kedai tadik, 1 ketul ayam  RM4/ketul, kecik comel jek saiz potongan ayam. Ayam KFC lagi berbaloi beli rasanya. Hmm sabau je la kata org Melaka. Sebab dah malas nk pusing, maka aku beli jugak ayam tu 2 ketul niat sedekah ajelah. Aku dah malas nk beli ape2 lagi dah. Dah tepu otak nk layan orang yang berniaga tak ikut cara Islam ni.

InsyaAllah kalau ada peluang meraikan Ramadhan lagi di Terengganu, aku tak kan singgah lagi 2 bazar Ramadhan ni. BOIKOT terus. Makan kt Hotel or makan KFC lagik berbaloi2. 

Kepada penjual Bazar Ramadhan yang membaca coretan ikhlas aku ni, nanti ada pula yang kata, ala baru RM7 atau baru RM3 itu pun berkira. Ingin aku tegaskan, ini bukan masalah berkira atau belajar kira-kira. Tapi masalah kamu penjual Bazar yang bertindak tidak jujur dalam menjalankan urusniaga. Kalau kene cara & kualiti makanan yang di jual aku rasa RM70 pun beratur orang nk beli di gerai kamu. Tetapi sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan secara membabi buta tanpa menjaga kualiti makanan & kebersihan amatlah mengecewakan. 

Jom lepas ni pakat BOIKOT mana-mana penjual yang tidak jujur ni. Jangan kasi muka pada manusia khianat & penipu. Sesungguhnya peringatan di dunia adalah lebih baik, berbanding Azab di akhirat nanti. Bawak insaflah para peniaga Bazar sekalian. 


Sekian & selamat malam...



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan