Rabu, 12 Disember 2018

Turkey Trip Part 3 :: Sepetang di Taksim Square, Istiklal Street & Galata Tower


Inilah pintu gerbang ke Archaeology Museum dari Topkapi Palace. Dari sini kita boleh berjalan terus sampai tembus ke Gulhane Park. 

Setelah hampir 3 jam melawat Topkapi kami meneruskan perjalanan untuk ke Taksim Square dengan menaiki Tramvay. Dari Gulhane Park terus ke last station iaitu Kabatas. Dari Sation Kabatas kami amik Funicular untuk ke Taksim. Funicular ni berada di bahagian bawah Kabatas Station. So bile korang keluar dari Tramvay Kabatas sile pandang ke bahagian kiri, ada tangga turun ke bawah dan ada signboard kat bahagian atas tu tulis "Funicular" tak perlu keluar dari station Kabatas yea. Funicular ni hanya menghubungkan Kabatas & Taksim saja. Harga tiket tak sampai 2 TL per ride.   


Peta kawasan di Fatih, Masjid memang bersepah di Turkey, di mana2 saja di seluruh Turkey selang 500m ada Masjid, memang meriah dengan Masjid yang mempunyai menara tinggi. Perkembangan Islam di Turkey semakin baik nampaknya, InsyaAllah Islam di Turkey akan kembali bersinar di bawah Erdogan walaupun telah lama mengalami zaman gelap di bawah pemerintahan Ataturk yang mengamalkan sistem Liberalisasi berabad lamanya. Namun begitu rakyat mereka sangat menyanjung tinggi si Liberal Ataturk ni, setiap tahun diorang akan mengingati hari kematian Ataturk. Bendera akan turun separuh tiang sebagai tanda berkabung. Attatuk meninggal pada 10 November jam lebih kurang 9.30 pagi. 

Ceritanya masa tengah hari tu kami sedang duduk di Emir Cafe Serkeci untuk lunch. Pelik melihat banyak Bendera Turkey dinaikan hanya separuh tiang pada hari tu, jadi hubby meringankan mulut bertanya salah seorang staf cafe yang entertain kitorang, kenapa Bendera Turkey dinaikan separuh tiang, ada ape2 peristiwa sedih ke berlaku ? So dialah yang cerita. Bagi orang Turkey, si Ataturk adalah penyelamat & pejuang yang telah memodenkan Turkey & memberi kemajuan yang gilang gemilang berbanding zaman khalifah. So jika anda berada di Turkey jangan sesekali mengutuk si Liberal Mustafa kamal Ataturk ni yea, marah diorang nanti. 


Public transport diorang memang efisyen, selang beberapa minit dah sampai. Dengan menggunakan Istanbulkart harga tiket hanyalah 2.60TL per ride, tak ikut jarak yea, dekat atau jauh sama je harga tiket. Memang berbaloi2 tapi kalau acap kali turun naik untuk jarak yang dekat memang rugi juga. Mungkin mereka ingin menggalakkan rakyat mereka berjalan kaki saja untuk jarak yang dekat. Cuaca pun nyaman saja setakat jalan 2km tu tak terasa penat pun. 

Ni kisah anakanda Nuha Safiya pula, bila beteri HP si kakak Nuha dah habis maka mulalah dia merungut macam2, kaki nak patahlah, kepala dia da pusingla, dah lenguh nak jalanlah, nak duduk berehat sekejaplah & macam2 lagi, dah serupa bertih jagung xberhenti membebel dia, tapi klu abi kasi HP abi kat dia, terus diam macam tikus mondok duduk dalam beras. klu nak harapkan HPhone ibu memang tinggal harapan ajelah... No..No.. No...  Kerenah budak zaman gadjet.  Bila bawak anak2 kecil travel memang macam2 cerita. 


Karnival barangan tempatan di Taksim Square.



Lebih kurang 30 minit kami tawaf kat karnival tu, macam2 ade, tapi mana boleh nak memborong apa2 lagi coz perjalanan kami masih jauh, esok kami nak Bosnia pula, tak kan nak angkut barang2 dagangan segala, oh tidak. Jadi kami hanya tengok2 & survey harga je dulu nanti dah nak balik bolehlah kami jadikan guide untuk shopping.  

Jam sudah menunjukkan pukul 1 ++ tengah hari. Walaupun cuaca nyaman rasa lapar tetap terasa juga. Oleh kerana tidak tahu untuk makan di mana jadi kami decide untuk minum & try Turkish Delight di Hafiz Mustafa 1864 cawangan di Taksim Square. 



Kek Coklat mangkuk yang pekat & likat, huh sesuai utk penggemar coklat harga 15TL. yg berlipat macam karipap tu Sobiyet harga dia 6TL seketul, yang tu i like, sebelah Sobiyet tu pula adalah mini cream puff harga dia pun 6TL seketul. Duduk kat Tukey ni adalah satu kemestian untuk minum Air Delima. Memang pior delima dia, segelas tu 15TL ye... huwaaa, kat gerai2 baru 8TL. 


Inilah Kunafe, rasanya seperti cheese yang lemak berkrim & rangup harga dia 18TL sepinggan tu. Lebih separuh pinggan tu Nuha saja yang makan, suka sungguh si kakak dengan Kunafe yea. Tekak Turkey betul Kakak ni, semua makanan Turkey kene je dengan dia. 


Itulah antara Turkish delight yang kami order. Alhamdulillah sedap2 belaka,  staf diorang cakap rasa manis dessert tu datangnya dari rasa manis madu bukan gula. Entah betul entah tidak tapi sekali sekala layan manisan pun best juga. Korang mesti cuba jika ke Turkey. 

Dari HM 1864 kami terus menuju ke Istiklal Street. Tak sampai 100m keluar dari  pintu HM 1864 tu kami singgah pula ke kiosk kebab, kami tapau Kebab kambing seketul. Perut Melayu mana cukup takat makan manisan tu kak oiii, kata orang kampung makanan tak jatuh ke perut.. huhuhu lagipun di Turkey ni memang kaya dengan variasi kebab2 yang berbagai rupa & rasa, ini pun harus cuba, kebab dia lain dari yang lain. saiz Kebab pun besar, memang boleh share 2 orang, tapi kami share 3 orang huhuhu. Takpela kalau tak cukup nanti kita beli lagi kat kiosk yang lain pula. Harga kebab kambing standard 15TL segulung. paling murah boleh dapat 12TL tapi kebanyakkan memang dijual dengan harga 15TL. okla puas hati makan, sos mana sos? sila bawak bekal sos sendiri jika tak suka makan kering2 yea. Tapi sedap juga makan kebab tanpa sos, sebab dapat rasa original juicy daging tu.

Galata Tower 

Kami menapak lebih sejam merentasi Istiklal street hingga sampai ke Galata Tower. Kurang 200m sudah kelihatan Galata Tower yang berada di sebelah kiri jalan. Memandangkan orang terlalu ramai hingga bersentuhan bahu sepanjang jalan untuk ke Menara Galata tu, maka kami decide cukup sekadar amik gambar jelah. Malas nak berasak2 dengan baby & stroller bagai semata2 naik naik kat atas tu. Lagipun bimbang juga penyebaran virus seperti mers, manalah tau kan. Bila dah ramai2 orang ni, macam2 virus boleh tersebar, kami pula dengan bawa baby lagi. Langkah penjagaan kesihatan lebih utama, jauh lagi nak berkelana ni.

So kami meneruskan perjalanan turun ke  Station Karakoy. Jalan nak turun tu MasyaAllah curamnya yakmat. Serupa bukit Tonggek di UiTM Shah Alam Sebelah Fakulti FTMSK tu hah. huhuhuu. Sepanjang jalan kiri & kanan tu penuh deretan kedai2 yang menjual makanan, pelbagai jenis juice, barangan perhiasan  & cenderahati buatan Turkey. Harga pun tak mahal sangat, tapi taklah murah. Kiranya harga yang ditawarkan tu kira sesuai untuk kawasan tumpuan pelancong. Kat Grand bazar lagi mahal, jangan tak tahu yea. huhuhu...

Sepanjang menyusur Istiklal Street, tu 2x jugalah kami  singgah beli juice Delima dan juga Chestnut bakar, buat mengunyah sambil jalan2. Gambaran Istiklal street ni macam Petaling street cuma bezanya kedai2 di Istiklal street ni lebih mewah, hujung2 jalan nak sampai ke Galata Tower tu baru nampak kedai2 lama yang jual barang2 xde brand. Atau nak lebih tepat perbandingan-nya seperti anda berada di Paris  sekitar Arc De Triomphe, banyak butik2 mewah & juga cafe2 yang grand untuk orang2 high class melepak. 



Kepada yang plan nak ke Galata Tower terus dari Karakoy station tu, sila fikir banyak kali sikitlah yer. Memanglah nampak dekat  tapi nak mendaki bukit tu boleh longgar kepala lutut oiii. Nasib baik kami berjalan dari atas turun ke bawah,  bolehla senyum sikit, kalau tidak, semput mak ngah nak mendaki bukit tonggek tu hah. Tengok orang dia naik bukit tu relex je, mungkin dah hari2 hadap dah biasalah kot, yang kite ni nak panjat tangga rumah ke tingkat atas pun berkira-kira, lagi nak cerita daki bukit hampir half KM ni.



Budak kuat mengomel, time duduk rumah sibuk nak ajak g jalan2, bila dah bawak g jalan2 macam2 pulak cerita dia. haiii laa anak.


Di mana-mana saja penuh dengan manusia. 


Semua pakat melepas lelah di sini. 




Sampai juga kami di Karakoy Station, haripun dah nak senja. 

Dari  Karakoy Station kami terus ke Sultanahmet untuk pulang ke bilik, seharian dah ukur jalan di Istanbul ni, kene berehat & urut kaki la sat. Bila lama tak jalan jauh tiba2 kene push menapak lebih 5km maka bengkak urat la dia. 

Lagipun malam ni kitorang dah plan nak lepak skali dengan our nephew yang study kt Istanbul. Tapi tulah, nak di jadikan cerita, lepas dah siap solat & mandi, aku bukak buku 555, untuk rekod perbelanjaan kami sepanjang hari, dah menjadi kebiasaan travelling kemana-mana pun, selepas habis jalan2 itulah tugas hakiki yang perlu aku dilakukan. Duit semuanya hubby yang pegang. aku hanya buat check & balance saja, untuk pastikan perbelanjaan mengikut schedule, entah macamne haritu hubby bawak semua duit Turkey & letak dalam purse dia. Selalunya dia akan asing2kan duit tu, tapi tulah kan, dah nak jadi cerita. 

Harini dengan rasminya kami telah menjadi mangsa pick pocket. Dah sampai bilik baru tersedar, memang tak tahu time bile diorang kerjakan dompet my hubby tu, bertimbang rasa jugaklah si malaun ni sebab dompet dia tak amik, duit saja yang dirembatnya. Total damage adalah 1600TL++, baru je semalam aku withdraw 2000TL kat airport, sempat buat beli makanan, minum & museum passed je. Nasib baik duit Euro simpan dalam beg sandang, kalau tak, habis semua disapunya. Hmmm nak cakap lebih2 pun tak guna, bukan 1st time kot travel luar negara ni, tapi itulah dah xde rezeki, itu jelah ayat nak sejukkan hati sendiri. 

Walau apepun aku tetap tak boleh terima bila hubby bawak ke semua duit, lepas tu dompet tu pula dia letak dlm poket jaket yang tidak berzip di bahagian hadapan. Lebih dramatik lagi, jaket tu hubby tak pakai pun, dia sangkut je kat stroller, hmmm memang bagusla sangat kan ? Tak pelah esok kite cetak duit lagi yea (sambil buat muka tak puas hati)

Untuk perbelanjaan hari2 seterusnya nanti terpaksalah kami buat withdrawal lagi. Bajet asal dah banyak lari tu. hmm Mood nak makan malam pun dah ke laut, dari rasa lapar terus tiba2 dah kenyang. So aku suh hubby jela pergi keluar makan, lagipun Nuha & baby dah lena, letih sangat agaknya budak2 ni. Budak2 dua ketul ni masih tak boleh nak sesuaikan perubahan waktu lagi, diorang still follow waktu tidur & bangun ikut waktu di Malaysia. Kul 2 pagi si baby cinonet tu dah bangun terpacak atas katil nak main2. Ibu baru je nak lelap anak oii... Huwaaaa.  

Hah ni nak cerita pasal sup kaki kambing pula, aku tak tahu yang hubby tapaukan untuk kitorang tu adalah sup kaki kambing, bila aku bukak bungkusan tu tengok macam urat + kulit yang berlendir. So aku gagau2la dengan sudu nak pastikan ape benda yang ditapaunyer ni. Lain macam sungguh, Tobat lahum tak lalu aku nak makan. Macam2 bermain dalam fikiran. Allahurobbi, terus terbantut selera aku malam tu. Walaupun tengah lapar masa tu, aku still tak boleh nak makan, last2 aku makan nasi putih je tanpa ape2 lauk. Bila hubby balik baru tahu yang dia tapau tu adalah Sup Kaki Kambing dari Cafe Nur Muhammad iaitu cawangan Al-Ikhwan rangkaian al-arqam Malaysia. Lahaaiii tapi takpela dah hilang selera. Kasi Nuha jelah yang habiskan sup tu. Klu bab makanan ni aku memang details sikit. Tiada istilah nak jaga hati orang or rai-kan sesiapa jika status makanan tu aku syak "tidak memenuhi status halal" paling penting ape kata hati, klu rasa was2 tu eloklah tak payah. 

Masa hubby balik ke bilik untuk hantarkan makanan yang sudah siap di tapau di Cafe Nur Muhammad tu, kitorang 3 beranak dah jauh bermimpi, lepas hantar makan tu, hubby keluar untuk buat report di Balai Polis pelancong untuk kali kedua, sebab lepas marghib sebelum keluar makan dengan our nephew tadi hubby kata officer tu suh datang jam 10 malam sebab officer bertugas takde masa tu katanya. Sekali bile hubby datang balai kul 10 pm, kelibat polis pun takde. Tunggu punye tunggu barulah muncul sorang tapi itupun bukan officer yang bertugas malam tu, jadi dia suruh hubby datang esok pagi pula. hubby cakap, dia dah mula rasa syak semacam. 

Dipendekkan cerita sudahnya kami tak dapat buat report polis pun coz dah nampak permainan diorang camne, macam HaR** betul diorang ni. Kitorang syak memang diorang tak nak amik report jenayah pelancongan seboleh2nya, dan diorang akan drag masa kite sehingga kite balik & dah fed up. Mungkin salah satu cara nak jaga imej negara kot, jika banyak sangat kes jenayah dilaporkan mungkin ranking negara selamat tu agak terjejas. Dah memang xde rezeki nak buat camne, atleast kalau ada report polis tu dapatlah juga kitorang claim dengan insurance. Tapi nampaknya Hmmm gelaapppp...

Walaupun episod duka tu telah meninggalkan rasa sakit hati dengan service keselamatan di Istanbul tapi kami tetap enjoy kat sana. Lepas ni kene hati2 lebih sikitlah. Esok kami dh nak ke Bosnia & Herzegovina pula. Flight 7.30pm. Pagi tu rancangnye untuk visit Dolmahbace palace & Spice Bazar.

okla sambung next entry. masuk tido dulu... 

stay tune !









Isnin, 10 Disember 2018

Turkey Trip Part 2 :: Topkapi Palace Must Visit



Seawal 7.00 pagi kami telah bersiap-siap untuk ke Hagia Sophia, konon-nya untuk menaikkan dron di sekitar Sultanahmet Square, tapi sayangnya kawasan itu adalah kawasan larangan dron. Apabila dron di naikkan lebih 10m ke udara, semua signal hilang & dron statik di situ tidak dapat dikawal. 

Aku agak kecewa sebenarnya, beberapa kali juga aku membuat percubaan untuk fly tapi masih gagal kerana signal interfere, tidak lama kemudian tiba sebuah kereta peronda polis & salah seorang anggota memberi isyarat tangan kepada kami, ini adalah kawasan larangan dron. Pelik juga camne tiba-tiba je polis boleh sampai. Mungkin dia detect dari CCTV sekitar tu agaknya. Dengan perasaan hampa, terpaksalah aku turunkan tanpa sempat shooting video yang ohsem di sekitar Sultanahmet square. 



Selepas bergambar sekeping dua kami kemudian terus kembali ke hotel. Itinerary kami pagi ni adalah ke Topkapi Palace & juga Archaeology Museum kemudian tengahari ke Spice Bazar/Grand Bazar & seterusnya ke Taksim square untuk jalan2 sepanjang Istiklal Street yang famous tu, Jika berkesempatan mungkin singgah sebentar di Galata Tower itupun kalau tak ramai orang. 



Deretan kedai makan & juga desert. Hafiz Muztafa 1864 juga terdapat di situ. Harga dessert mahupun lokum boleh tahan mahal juga di HM 1864 tapi kualiti insyaAllah lebih baik dari kedai2 biasa, kerana semua-nya dibuat sendiri setiap hari. Kata org memang sesuailah dengan harga dia. Kami sempat juga mencuba Turkish delight Hafiz Mustafa yang berada di cawangan Taksim square. InsyaAllah akan diceritakan pada entry akan datang. 

Selain HM 1864 ada beberapa lagi kedai dessert yang best & recommanded antara yang paling terbaik adalah Karakoy Gulluoglu tidak berapa jauh dari station Tramvay Karakoy. Kebetulan masa kitorang lepak di situ, President Turkey Toyyib Erdogan juga datang untuk minum tengah hari mungkin, penuh satu kedai dengan polis pengiring & juga pegawai2 atasan. So memang tidak dinafikan kualiti turkish delight di sini memang terbaik & harganya pula lebih murah berbanding HM 1864. Antara yang aku suka adalah Sobiyet, rasa lemak manis bercampur kacang pistacio membuatkan aku rasa ingin kembali lagi ke Istanbul jika diizinkan Allah. 

Untuk yang mencari kek yang sedap boleh ke Haci Bekir Turkish Delight, aku just singgah tengok2 je, tak beli pun coz dah banyak sangat makan manisan, lagipun harga dia adalah paling mahal dlm banyak2 kedai yang aku sebutkan tu. Di HM 1864 pun ade kek juga & harga macam secret resipi kt sini jer. Rasa pun sedap juga.  

Selain tu, Turkish delight di Zeytunaoglu pun ok juga, harga lebih murah berbanding HM 1864 & kualiti lebih kurang sama, yang penting tidak terlalu manis. Banyak juga kami memborong kt sini untuk buah tangan saudara mara & juga untuk hubby punye officemate. Cookies dia memang terbaik, kat kedai dia je ade jual, klu singgah jangan lupe beli cookies tu, sedap. Cawangan yang kami singgah tu di Serkeci bahagian belakang HM 1864. Dekat area Fatih pun ada juga cawangan dia. Bolehla waze. 


Berjalan balik ke Hotel untuk breakfast setelah kecewa tidak dapat shooting view sekitar sultanahmet. Yang dalam mangkuk hijau putih tu adalah desert kacang, manis likat & pekat rasanya. Penggemar tegar manisan mungkin sangat appreaciate akan texture & rasanya. Untuk kami cukuplah cuba sekali. hihihi


Aneka roti disediakan... 


Banyak roti, buah2n, buah zaitun & juga madu serta manisan, Ada juga ayam masak merah (masak cara turkeyla bukan macam Malaysia punye) Aku just makan roti & bijirin. Alhamdulillah kenyang juga.


Madu sarang tu paling win, i love it. 



Kalau makan camni hari2 insyaAllah sihat. Tapi tahan ke ? hihihii


Adik Faz baik betul sepanjang di Turkey, jarang2 je buat perangai. Budak bertuah sungguh anak ibu ni yea.  

Pintu masuk pertama ke Istana Topkapi. Tulisan kaligrafi tu sungguh indah Subhanallah. Ciri2 senibina Islam jelas tergambar pada pintu pertama masuk ke Istana. 


Ok jom kita singkap sedikit fakta sejarah berkenaan Istana ini :- 

Istana Topkapi menjadi tanda kehebatan pemerintahan & penaklukan Islam ke atas Kota Constantinopel. Ia telah di bina oleh Sultan Muhammad Al Fatih setelah berjaya menakluk Turki. Ia juga merupakan peninggalan terbesar kerajaan Turki Uthmani yang mana Istana ini menjadi kediaman rasmi Sultan Uthmaniyah selama lebih 600 tahun. 



Topkapi disebut dengan "Topkapai" palace. Ia berada di kawasan Sultanahmet atau lebih tepat, di belakang Masjid Ayasofia. Harga tiket untuk masuk ke Sini adalah 60TL. Semua harga tiket lawatan ke tempat2 pelancongan telah naik 100%. Mungkin juga disebabkan faktor kejatuhan Turkish Lira. Tetapi dengan sedikit bayaran untuk memasuki sebuah tugu sejarah yang hebat ini memang tidak terasa ruginya. Kehebatan Besar Sejarah Islam bermula di sini, Untuk menjadi sebuah bangsa yang maju & hebat, Sepatutnya seluruh negara umat Islam mencontohi kehebatan pemerintahan khalifah terdahulu. 



Sepanjang perjalanan memasuki Istana Topkapi, kita akan melalui taman2 yang besar dengan kehijauan pokok yang merendang & juga bunga2 mekar di kiri & kanan jalan. Ia seumpama sebuah taman kayangan yang mengelilingi istana yang hebat ini. Dengan cuaca yang nyaman & pepohonan yang merendang, sungguh terasa indahnya menikmati suasana di Taman Istana Topkapi ini. 


kami duduk bersantai seketika di Taman Istana Topkapi ini. Kadang2 bila berada di sesetengah tempat yang sarat dengan peninggalan sejarah seperti ini, aku cuba membayangkan bagaimana keadaan orang2 yang berada di situ suatu ketika dahulu. Adakah mereka juga duduk bersantai di taman sambil memuji kebesaran Allah atau menelaah kitab2 sambil bersandar di batang pokok yang merendang ? atau putera2 raja itu berlatih pedang & belajar menunggang kuda di perkarangan istana, sementara puteri2 mereka diiringi dayang2 bermain di taman sambil bergelak ketawa ? aku cuba merasakan apa selayaknya menjadi seorang manusia yang disanjung dikalangan manusia. Apa yang berlaku pada setiap langkah sultan2 selama lebih 600 tahun memerintah empayar Islam. Mungkin sultan2 yang terkemudian sedikit alpa & lalai dengan kuasa,  Allahuakram, sesungguhnya dia lebih mengetahui. Akhirnya kemegahan & kegemilangan empayar Islam itu lenyap satu persatu, semuanya kembali  bertemu Sang Pemerintah yang kekal abadi.  

Pohon2 yang berusia ratusan tahun ini masih utuh & menjadi saksi, melihat setiap watak manusia di sekelilingnya selama lebih berabad-abad lamanya. Oh Singkatnya hidup ini...


Bangunan ini menempatkan bilik mesyuarat khalifah bersama pembesar2 negara.  

Istana ini sangat besar serta dipenuhi taman2 disetiap penjuru istana. Suatu ketika dahulu Pusat pentadbiran kerajaan Islam berpusat di sini. Seluruh wilayah Islam akan menghantar laporan kepada Khalifah yang berada di Istana Topkapi ini. Sehinggakan semua barang2 penting seperti Jubah Saiditina Fatimah, Jubah & pedang Nabi Muhammad SAW, Pedang2 para sahabat, Tongkat Nabi Musa & banyak lagi, semuanya di simpan di sini. Subhanallah hebatnya Islam suatu ketika dahulu. Seluruh dunia tunduk di bawah pentadbiran-nya. 

Begitu juga yang berlaku di Cordoba Sepanyol. Sejarah Islam begitu gemilang di sana. Kehebatan yang dapat dilihat dari segala peninggalan artifak & juga surat2 yang pernah dihantar oleh Raja2 kepada khalifah cukup membuktikan rasa hormat mereka kepada pemerintahan wilayah Islam. Tapi hari ini, umat islam seperti buih2 dilaut. Banyak tetapi lemah, kerana rakusnya sifat umat islam itu sendiri, kerana kehidupan mereka hanya bertumpu kepada dunia semata-mata sehinggakan Keindahan & kekuatan islam semakin hilang & lebih sedih lagi, Islam seperti suatu ajaran yang terasing & tidak pernah dikenali, sedangkan sejarah beribu2 tahun telah membuktikan Islam menjadikan manusia lebih bertamadun & hebat dari segala segi.

Panjang pula coretan aku kali ni. Jika ada kesempatan melawat negara2 yang sarat dengan sejarah Islam maka fikir2kanlah & renungkanlah. Moga yang sedikit itu mampu memberi cetusan kepada generasi Ummah yang akan datang. 


Bahagian belakang Istana menghadap Selat Bosphorus. Segala aktiviti perkapalan dapat ditinjau dengan jelas dari bahagian atas Istana ini.

 Bahagian daratan di sebelah Selat Bosphorus sana adalah Turkey sebelah Asia. Manakala Istana Topkapi berada di bahagian Turkey sebelah Eropah.





dibawah Kubah tulah Harem, yang mana ditempatkan semua artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW & juga para sahabat. Tiket untuk masuk ke Harem ni sudah termasuk sekali dalam bayaran 60 TL. Jika dulu mereka buat asing2. Entah kenapa sekarang dah disatukan.  


Ok dah habis kitorang pusing satu istana. Semua dah mula lapar & kepenatan. 


Ketika kami berjalan keluar dari perkarangan Istana Topkapi, kami di sapa oleh seorang remaja perempuan Turki dengan bahasa melayu indonesia. Mulanya aku ingatkan mereka ingin menjual barang tapi setelah berborak rupanya mereka hanya ingin berkenalan dengan orang Melayu. Namanya Rumaisya. cantik orangnya, lebih bertambah cantik apabila dia boleh berbahasa melayu dengan baik sekali.

Kami meneruskan langkah ke Museum Archaeology tapi sayangnya Museum itu tutup haritu, jadi terpaksalah kami divert perjalanan terus ke Taksim Square. Kami dimaklumkan terdapat Karnival barangan local Turki sedang berlangsung di Taksim square. Kami keluar melalui Gulhane Park, sempat lepak di situ sekejap sementara menunggu Tramvay ke Kabatas. 

Cerita di Taksim Square bersambung pada entry akan datang. Babai.... 

Stay tune dude !

Goodnite. :)