Isnin, 8 Februari 2016

Review :: The Light Hotel Seberang Jaya Pulau Pinang

The Light Hotel ni antara Hotel baru di Seberang Jaya, suasana pun best cuma kolam dia agak kecik. (kecik sangat) 

Suasana persekitaran hotel yang kondusif & bersebelahan dengan Sunway Carnival Shoping Mall membuatkan hotel ini sering kali menjadi tempat penginapan kami sekeluarga. Ia amat memudahkan kami untuk membeli belah & mendapatkan makanan hanya dengan melintas jalan utama di hadapan hotel. 



Selain daripada persekitaran yg bagus, Sarapan pagi di sini juga begitu menarik perhatian. Banyak pilihan makanan yang menyelerakan sehinggakan si kecik Nuha setiap kali ingin makan, pasti dia mengajak aku untuk lepak di Restaurant Hotel, Demanding betul budak kecik ni.



Swimming pool agak kecil untuk golongan dewasa, tetapi sekali sekala untuk merelexkan diri & berendam bolehla juga terjun ke pool yg agak serdahana besar itu. Gym juga turut di sediakan. Hotel ini seperti memenuhi kehendak 5* Hotel. Tetapi tidaklah begitu sempurna, bak kata orang, lebih baik ada juga dari tidak ada. Hotel ini adalah pilihan yg agak sempurna untuk aktiviti perniagaan & juga sebarang mesyuarat syarikat. Kedudukan yang dekat untuk ke Pulau Pinang juga menjadikan hotel ini adalah pilihan tepat bagi sesiapa ingin menginap di Seberang Jaya. 




Selalunya kami akan makan malam Char Kuew Teow di sekitar Sungai Dua Butterworth (sign board Telur Basuh) atau pun ke Lebuh Camble pulau pinang untuk menikmati nasi kandar Hameediyah, hmm mmg sedap nasi kandar di sini, harus cuba jika anda ke pulau pinang. Selain itu kami juga sering ke Restaurant Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet Kubang Seman kerana di sini banyak pilihan makanan yang agak sedap walaubagaimanapun ianya agak jauh dari The Light Hotel.

Sepanjang 2 bulan ini (Januari & Februari 2016) Kami telah menginap sebanyak 4 kali di sini atas tujuan kerja & urusan perniagaan. Dengan harga yg agak berpatutan & keadaan hotel yg menarik serta dapat memberikan sedikit kelapangan minda The Light Hotel adalah pilihan kami untuk persinggahan sementara di Penang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan