Entry ini sudah tersadai di bahagian draf hampir 3 tahun. Bile aku review balik rupenya aku terlupa masukkan date untuk publish. Punyala lama duk bertapa ... hihihihi ...
Last week KS Work Kitchen dah datang untuk membuat pemasangan Kitchen Cabinet untuk aku punye wet kitchen. Pemasangan KC yang jenis playwood ni mengambil masa 2-3 hari untuk siap. Ini kerana proses pemasangan & penampalan di buat di rumah client. So diorang akan membawa debu kayu kt umah korang. bersedialah untuk jadi kilang papan sepanjang tempoh pemasangan tu yea.
Walaubagaimanapun perkara paling utama adalah kualiti cabinet seharusnya lebih kukuh & tahan lama berbanding cabinet jenis Milamine. Jom layan gambar
dululah.
dululah.
Ruang hob & hood sebelum pasang pekakas...
Ruang dapur sebelum di pasang cabinet. Luas lantai berskala kecik 12ft x9ft shj. So boleh nk bergossip bagaila kt dapur basah aku ni, setakat nk lepak 3 org tu okla. Klu lebih dari tu mmg sesak jugakla nk buat kerje... ehehehe
Tu dia lorry sudah sampai depan rumah, Hampir 5 minggu tunggu turn untuk datang pasang, sekat sebulan jugaklah duk tengok lakaran 3D design yang di beri oleh pihak KS Work. Lakaran 3D DI SINI
Inilah dia warna pintu yg di pilih, walaubagaimanapun ada sedikit kesilapan pada jenis material yg di pilih. Aku pilih Glossy Black, skali diorang bawak yg jenis matt. So terpaksa buat pintu baru. So aritu diorang just pasang rangka cabinet shj. InsyaAllah this coming Friday datang pasang pintu & touch up mana2 yang xberapa nk kemas.
Masa ini hubby masih duk sibuk mengemas dapur. See my beloved yg sangat rajin setiap kali perabut baru nk masuk rumah. Of coz dia akan sibuk nk meng"vacum" & mengelap situ sini. hehehe.. so ringanlah skit kerja aku. Tetapi harus di ingat, time nk masuk yang baru shj. Time lain sendiri bikinla. Klu aku dah penat or rasa macam xlarat nk kemas kene 10x mintak dia tolong kemas baru Nampak hasilnya.. hehehe.. kadang2la.. tapi selalunya rajin aje ( kang terbaca entry ni ada plak merajuk sebulan) :)
Semua barang loading kt Carporch. nasib baikla carporch panjang, klu tak dah sesak nk buat kerja. Coz time tu ada 2 kontraktor yg dtg buat pemasangan barang kt rumah. Nak tau ape..?? nnt kita story di lain entry plak. hikhikhik macam poyo la plak.. adoiillaa... :))
Antara barang2 yg diorang kene siapkan di rumah aku, mana box yg besar2 diorang dah siap2 pasang formica tu. Cube tengok dekat2. Itulah yg dipanggil playwood. bukan playwood sekeping yang nipis tu. Dalam tu pun adalah kayu. Tiada rongga or lubang. Solid playwood.
Antara hasil yg Berjaya di rakam. tp belum siap sepenuhnya tu. saje je aku menyibuk untuk snap gambar. da sedikit terhad ruang dapur aku. Tp sangat seronok coz lepas ni dah boleh kemas dapur dan membuat susun atur barangan dgn kemas & teratur. ehehehe..
Uncle tengah buat measurement. kire terror gakla uncle ni buat kerja. cume yang tak berapa nk terror ialah "Lancai" yang datang buat measurement tu. Hmm lain kita ckp lain dia p ukur. Banyak ukuran yg di buat xberapa nk tepat. Nasib baik uncle ni dpt cover. So dah jadi banyak kerje skitla. Uncle tu pun turut membebel pasal ukuran yg xtepat. So dia terpaksa potong & buat baru kt situ lagi skali.
Kt bahagian tepi ni aku buat T-section. kat bahagian bawah tu sebenarnya ada lg satu cabinet kecik. Yang besar tu duk kt bahagian dapur atas, bukan duk kt situ. bahagian bawah tu aku tinggalkan kosong untuk letak rak pinggan mangkuk. Sebelah tepi sana dah xboleh nk isi ape dah coz kt situ da bahagian untuk pintu. Apepun dengan sedikit arrangement kt bahagian atas ni membuatkan semua barang2 keperluan dapur aku dpt di sisi dengan baik. Alhamdulillah puas hati jugaklah.
InsyaAllah Nnt klu ada duit lebih boleh sambung projek dry kitchen plak. Nak buat skali harung mmg xterkejarlaa, so aku lebih suke ambil sikap tunggu & lihat, sebab hidup ni bukan sekadar nk siapkan rumah je. Banyak lg keperluan lain yg perlu di ambil kire. Peruntukkan untuk lepak & Jalan-jalan cari makan pun nk kene ada jugak. Itu belum masuk peruntukan meneroka keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Ehehehe klu nk di senaraikan mmg xtersenarai. So kite jalan slow2, macam siput pun xpe, yang penting "better late, than never" Eh tersasul omputih plak .. hehehe...
Ok itu shj perkongsian untuk kali ini.. Ok papai.. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan