Selasa, 24 Disember 2013

My Home :: Wet Kitchen

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kitchen cabinet dapur basah kt rumah kitorang. InsyaAllah awal bulan January 2014 ni installer dari KS Work akan datang pasang kt umah kitorang. Kalau ikutkan jadual asal diorang dah boleh datang pasang Pada 26hb Disember 2013 tetapi aku ada mintak diorang buat sedikit adjustment & penambahan pada design. So date pemasangan terpaksa di tunda beberapa hari. Last2 aku suh dtg awal tahun je la. Coz end of this month kitorang sekeluarga ada event yg tak dapat di elakkan. Tak sabar nak tengok Outcome camne. ehehe
 
 

Hood pun aku mintak diorang tutup skali, Tp bukan tutup permenant tau. Klu tutup pakai box camtu je nnt susah plak klu tersumbat ke ape. Aku mintak diorang buat pintu jugak utk hood aku tu. ehehehe..
 
 
 
Warna pilihan adalah Hitam & juga Hijau pucuk pisang. Aku kan penyokong Hijau yg Tegar... hikhikhikhik.. :)
 
Material yg kitorang pakai adalah Playwood. memandangkan ini adalah dapur basah, maka penggunaan kawasan ini banyak terdedah kepada air & kelembapan maka aku decide untuk menggunakan Playwood bukan Milamine. Dari segi harga adalah sikit perbezaan. Tapi untuk jangka panjang aku rasa beza seribu dua tu adalah berbaloi. Sebelum ni aku pernah ada kitchen cabinet yang di perbuat daripada Milamine. Bila terlalu banyak terdedah kepada air & Kelembapan kualiti chipboard agak merosot. Lagi plak dapur rumah lama aku tu ada leaking kt bahagian bawah sinki so ape lagi, habis sekeping chipboard berlubang. Tp kt bahagian playwood tak plak rosak.
 
Dari pengalaman tula aku decide nk guna playwood untuk semua bahagian dapur basah aku ni. Untuk lapisan luar plak aku pilih Fomica sebagai penambah seri. InsyaAllah nnt dah siap aku akan upload real picture kt sini. :))