Ok sambung cerita trip kami ke Bandung pada minggu lepas. Date kami berangkat adalah pada 5hb May 2018. Haritu adalah tarikh mengundi awal bagi tentera. So agak kelam kabut juga pagi tu, Walaupun dah planning tapi huru hara jugakla dibuatnya.
Hubby da keluar rumah sekitar jam 6.30am lagi coz tempat mengundi di Setiawangsa KL. Punyalah ramai orang keluar mengundi kalini, even hubby da beratur dari jam 7.30am tapi kul 9am pun belum siap lagi. Aku pulak dengan budak2 kecik 2 orang ni pun macam2 cerita juga. Sorang mandi berejam2 tak siap2, sorang menjerit nak menyusu badan. aduhaii. Aku pulak tak bersiap ape pun lagi. Walaupun luggage semua dh siap packing tapi nak urus budak2 cinonet ni amik masa juga. Memang kena reserve masa skit, nak cepat pun tak jadi cepat.
Sekitar jam 9am baru kami 3 beranak bertolak kluar untuk ke Putrajaya Sentral. Kami menggunakan ERL. Kereta parking di bahagian parking berbumbung Putrajaya Sentral RM6/day. Masa nak masuk parking tu, tiba2 touch&go decline. Baki tak cukup katanya, balance kena ada rm10 baru boleh masuk parking. Ya Allah bertabah sajalah. Aku parking kereta kat luar & tinggalkan anak2 dalam kereta sekejap. Kebetulan ada guard melayu kat situ, jadi aku mintak tolong dia tengok2kan anak2 aku tu, Walaupun dah pesan kat Nuha supaya kunci pintu siap2. ALHAMDULILLAH selamat semuanya walaupun da sedikit terlewat.
Kul 1030am kami sampai di KLIA. Alhamdulillah aku dapat express lane sebab bawak baby. Lega rasanya sebab semua dah check in. Hubby pula sampai 15 minit kemudian. Sebelum masuk tu Kami sempat breakfast dulu di KFC coz semek Nuha da merengek lapar. Itulah antara cabaran bawak anak2 ni. Perut diorang nak kene jaga. Banyak pula requestnya, Nak makan itu ini... haiihhh... sabar sajalah. Mana yang boleh layan tu layanlah.
Sarapan KFC dulu sebelum boarding 😊
Baby Faz 3 bulan ++ da naik flight yea syg 😘
Elok sampai nak boarding, announcement flight delay pula, ada masalah teknikal katanya. Tapi tak lama pun, lebih kurang 30 minit camtu je. Sempatlah menyusu Baby Faz dulu.
Kami antara penumpang yang masuk ke flight paling akhir sebab taknak berserabut dengan penumpang2 yang nak letak beg & cari seat segala bagai. Sepanjang penerbangan baby Faz tido nyenyak. Masa flight nk take off & landing aku menyusu baby, bagi mengelakkan telinga dia berdengung kerana perubahan tekanan udara. Segalanya menjadi mudah & tempoh perjalanan selama 2 jam++ terasa aman.
Lena betul Adik Faz tido yea. Cuaca sepanjang penerbangan pun elok je. Alhamdulillah.
Inflight services. meal + Entertainment. 💚
Dah sampai Bandung. Jom gerak !
Lepak makan kt Solaria Cafe depan airport. Tujuan sebab nak guna Wi-Fi. Coz line Digi belum dapat connection lg masa ni. Beteri fon pulak dah nazak. Hmmm bertabah sajalah. Hopefully sempatlah request Grab sebelum beteri die. Cafe Solaria ni tak sedap & Mahal. Langsung tak recommend.
Kami sampai di Bandung pada jam 2pm. Dari Airport kami kene keluar ke Jalan utama untuk amik "grabcar" sebab diorang tak boleh pickup kat dalam kawasan airport. So kene menapak skitlaa lebih kurang 300m ke pintu gerbang biru. Tambang Grab jauh lebih murah berbanding teksi2 dalam airport tu. Teksi bluebird nak charge Kami 150k untuk ke Hotel di Pasar Baru. Tapi Grab hanya 45k sahaja (RM13.50). Banyakkan beza. So ape lagi kami menapak la skit. Jalan kt Bandung ni memang macet sepanjang masa. Dekat 1 jam juga kami nak sampai Hotel padahal dekat je pun.
Dari jendela bilik kami. Depan tu adalah Bangunan Pasar Baru & Heritage.
Kami makan KFC lagi untuk menu dinner. Walaupun Ada Restaurant Ampera e.g. masakan Sunda area situ tapi keadaan dalam kedai tu aku kurang selesa nak makan. Even dah masuk & duduk dah pun, pastu cakap kat hubby kita makan KFC je laa. hihihi... sorry... aku agak cerewet bab penyediaan makanan & keadaan kedai.
Susana pagi. Semua sedap berselimut lagi. Aku dah tak lena nak tido. Mood nak turun meronda dah membuak2. Ronda waktu pagi2 ni best.
Yeah saya dah bangun ! 😘
Dua beradik yang masih berselimut.
Sarapan di Pasar Baru Square Hotel ni Alhamdulillah. Banyak juga pilihan makanan. Jagung kt Bandung ni sedap betul. Fresh sungguh. Bile gigit tu sampai merecik air jagung. Rangup sungguh. rindu nak makan jagung Bandung lagi.
Abang Macho depan pintu bilik kami 817..
huhu
Saya dah siap2 nak kluar ni.
Bilik kami luas & selesa.
Kami stay 1 malam jek kat sini.
Semek Nuha yang macam2. Mengalahkan baby perangai dia ni. Tengah jalan2 sibuk nak kencingla nak berakla. Kat bilik suruh kencing tak nak. Baru keluar jalan2 sekejap je, adalah nnt kejutan dia. hmm...
Dah nak check Out. Pagi tadi sempat pusing2 Pasar Baru sampai kul 3pm. Beli baju kemeja Abi & juga kain lace untuk ibu & juga Nuha. Itu je yg kami shopping di Pasar Baru. Tak ade ape yang menarik sangat.
Destinasi kami seterusnya adalah ke Peviljeon Hotel di Jalan Riau. Kami menggunakan Grab dengan tambang hanya 13k IDR, lebih kurang RM4 saja.
okla sambung Next entry,
nak g masak dulu... 😘
Adios ... 🤗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan