Isnin, 10 Februari 2014

Taska Kasih Emas Bangi

 
 
 
Inilah tempat anakanda Nuha di tinggalkan setiap hari bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. Ape yang boleh aku gambarkan tentang Taska ni, bersih, pekerja yang baik & bertanggungjawab. Owner taska pun baik jugak. Klu ada kekurangan yang di tegur oleh ibu-bapa dia tidak lokek untuk meminta maaf. Sikap merendah diri & bertanggungjawab membuatkan ramai Pak Arab menghantar anak-anak mereka ke sini.

Entah sampai bila aku nk hantar Nuha kt sini pun xtaula. Terkadang ade jugak terfikir untuk mencari tempat yang lebih dekat dengan rumah. So xderlah jauh sangat aku nk kene tawaf untuk hantar Nuha pagi2. Perjalanan dari rumah Hillpark 2 ke Taska Kasih Emas ni mengambil masa 30 minit. Klu sangkut kt tengah jalan, bertambah-tambah lglaa. Tp entahlah, berat hati plak nk pindah adik ke tempat lain, coz Nuha dah macam happy duk kt situ.
 
Dulu Taska ni nama dia Taska Auliya, tapi sekarang owner dah bertukar, so nama Taska pun dah bertukar kepada Taska Kasih Emas. Pekerja still maintain yang lama lagi. Cuma owner sahaja yg bertukar. Mungkin owner lama dah jualkan perniagaan dia agaknya. So owner sekarang nama dia Kak Ida. Sangat mesra & mudah di bawa berbincang.
 
Lokasi Taska ni di dalam apartment Sri Ixora Taman Sepakat Indah 2. Kepada yang masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk menghantar bayi & anak2 boleh cuba-cuba intai Taska ni. Harga untuk Bayi sampai 3yr fee di kenakan adalah RM350. Yuran Tahunan RM170.
 
No HP kak Ida : 0162761232 owner baru Taska Kasih Emas. Just tolong promote untuk ibu-ibu yang tengah pening duk mencari tempat untuk menghantar bayi mereka. Buat kerja amal skit. Benda yang baik kita share je la. Moga2 Allah merahmati.  :)
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan