Ahad, 15 Disember 2013

Musuh "KETAT"



 

Dah nak masuk 3 bulan my beloved doter duduk kt taska. Dah 3 - 4 kali demam & selsema. Hmm aku pun dah berderet kene unpaid leave wawawawa... Ape nk di kato laie, dah ade anak beginilah gayenya...  
 
Tadi pagi, seperti biasa aku g hantar dia ke Taska Auliya di syeksen 7 Bandar Baru Bangi. Selalunya bile aku hantar dia depan pintu Taska dia terus nk masuk ke dalam after dah muah-muah & salam ngan aku, Tapi kali ni lain plak gaye-nya. Dia tak segembira selalu, bile sampai je depan pintu taska tu terus menjerit & taknak masuk dalam. Eh ape hal plak adik ni, kan selalu seronok je pagi2 tup-tup harini lain macam plak. Aku cuba untuk menenangkan dia tp makin kuat plak dia menjerit sambil kedua-dua tangan menarik baju & tudung aku dengan kuat. Hati aku dah rasa xsedap, sedikit prasangka buruk terus menerjah ke kotak fikiranku. Aduss camne ni.
 
Budak  pengasuh Taska tu cuba nk amik my doter dari pangkuan aku, tp aku tak kasi. Xpela biar aku tenangkan dia dulu. Masuk opis lambat pun nk buat camne. Pada aku my doter is my priority, lainlah klu ade meeting tergempar or VM lab yg nk kene attend time tu, tp this mornink just biasa2 je, xde pe yg urgent tahap gaban. So aku hold-kan diri aku kt Taska tu untuk tenangkan my doter sekejap. Hampir setengah jam lebey tp nampaknya adik tak tenang lg, masih takut2 dan tak nak aku tinggalkan dia kt situ.  
 
Aku cuba perlahan-lahan untuk tinggalkan dia kt taska tu jugak, walaupun berat rase hati aku ni. Sesekali terdetik jugak nk berhenti kerja & jaga anak kt rumah bila tiba hal2 camni. Tapiiii... Hmmm bukan semudah itu ... Sepanjang perjalanan tu fikiran aku asyik duk terfikirkan my doter, rasa sedih bercampur kesian pun ye, kerena tinggalkan dia dalam keadaan masih menangis & mengharapkan aku tak tinggalkan dia kt Taska tu. Tp apekan daya, ibu terpaksa juga pergi syg. Hope adik baik2 ye. nanti ibu cuba uruskan untuk amik adik seawal mungkin yea.
 
Al-kisahnya , ade sorang budak lelaki dalam usia 3 tahun yang selalu buli dia kt Taska. Mengikut cerita budak pengasuh kt Taska tu, My doter selalu bergaduh dengan budak laki tu kerana berebut barang mainan. dalam fikiran aku ni dah terbayang-bayang keadaan tu camne. Memandangkan my doter lg kecik & kurus dari that boy mungkin adik telah di tolak dan jatuh tersembam ke lantai dan Mungkin kejdian tu berlaku berturutan sehingga menyebabkan my doter dah fobia agaknya. Coz si kecik ni mmg cepat serik bile satu2 kejadian tu berlaku secara berturutan pada dia. So bila Nampak je benda yang buat dia fobia tu of coz dia akan menangis semahu-mahunya. Kesian anak ibu.
 
After sampai kt opis, aku pun call my hubby mintak dia balik awal & amik adik kt Taska. Hope my hubby blh keluar awal harini. Aku nk kuar awal pun blh, coz bukan tengah banyak kerja sgt skrg. Tapi macam tak syok la plak. Tak kan selalu sgt nk cabut awal kot. Sekali skala oklaa. aku pun bukan kekadang rasa bersalah jugak buat perangai cabut awal ni, tp bila di fikir-fikirkan balik, dah xde kerja time tu, apa salahnya aku spend time yg terluang tu bersama my doter. Klu ada kerja xde plak aku cabut awal.. InsyaAllah ..hehehe angkat bakul sendiri... :))
 
Tadi my hubby call cakap dia dah amik adik. Alhamdulillah adik dah balik kt rumah ngan hubby. Lega skit rasa hati aku ni. Aaiiisshh budak2 ni, buat aku runsing saje. Apepun as long as xde cedera & Lebam ke ape aku still boleh consider. Tp klu budak laki tu buli depan mata aku, ada aku piat telinga budak laki tu sekali. Kecik-kecik dah pandai nk buli anak dara org yea. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan