Isnin, 4 Mac 2013

My Home Renovation Hillpark 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin & rezeki yg telah di berikan kepada kami sekeluarga pada tahun 2013 ini. Dengan berbesar hati kitorang telah dapat segugus kunci Rumah Baru di Hillpark Home Phase 2 Bandar Teknologi Kajang pada 22 February 2013.
 
Masa kitorang g ammik kunci ni aku sepatutnye kene admit ward kt KPJ Ampang Puteri. Tp excited punye pasal sempat lg aku lari sekejap jumpe Mr. Eng untuk collect kunci .. huhuhu.. Nasib baik my hubby ade. Itu yg terlebey semangat tu. Masa tu my Hubby amik cuti coz aku xberapa sihat. Alang2 dia dah ade better pergi amik terus, nnt susah plak klu hubby xde. Mood sgt seronok... huhuhu...
 
Masa duk dlm ward kitorang dah plan nk buat plaster ceiling dulu pastu baru pasang tinted & than pasang gril pastu pasang lampu segala. Selamat skit camtu kan..? Kitorang rancang ajela, Sembang2 kosong mase duk kt Ward tu...
 
After discharge pada 24 Februari 2013 aku, adik & hubby terus ke Rumah Baru kitorang di Hillpark. Hubby dah xsabar nk pasang aircond & cuci Rumah skali. Semangat bukan main dia.. ehehe.. jarang tengok gelagat my hubby yg excited camtu, slalu aku je yg terlebey excited. Ni dah terbalik hehehe.. ape2 aku sgt happy. Niat nk jual Rumah Hillpark tu nampaknye terpaksa di tangguh-kan. Tunggulah dulu. Kitorang lepak la sampai 10 tahun kt Hillpark ni. Pastu baru pk nk jual, itupun klu masih hidup laa.. Hmm kite hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya.
 
Ok di sini aku nk share beberapa nama kedai & kontek no. yg mungkin boleh membantu kawan2 InsyaAllah, berdasarkan survey yg aku sendiri lakukan bersama my hubby mereka ini adalah antara pembekal & juga kedai terbaik yg kitorang dapat. Apepun kitorang xdela jamin 100% terbaik. Cume bolehlaa.. harga cantik, barang berqualiti & hasil kerja yg memuaskan. Slalu kontraktor kt luar sana main cekik darah je letak harga. Harapnya kawan2 yg nk masuk rumah baru tu xdela kene kencing ngan diorang nnt. Hehehe... :)
 
*
 
*
 
*
 
Pemasangan Gril Rumah 
 
Untuk gril rumah aku amik dengan sorang brother malay, nama dia Pauzi. Setelah melihat hasil kerja yg telah siap di pasang di rumah client dia yg terdahulu maka aku dengan senang hati telah membuat tempahan gril dgn dia. Harga yg di berikan tidaklah paling murah dlm banyak2 Quotation yg aku dapat tp adalah antara harga terbaik dengan kuality & service terbaik. Bengkel dia kt Jalan reko je pun, jalan nk masuk ke Nadayu 92.
Pauzi : 012-228 3000 
 
 
@
 
@
 
@
 
Tinted Cermin Rumah
 
memandangkan rumah aku adalah rumah yg berada pada barisan paling hadapan, tidak mengadap rumah lain, Maka cahaya matahari yg singgah ke bahagian hadapan rumah pada waktu petang agak banyak. So kitorang decide untuk pasang tinted. Lg satu cermin nampak lagi cantik & yg paling penting org luar xboleh nampak dalam rumah pada waktu siang. Tp org dari dlm boleh view org kt luar. So amacam best x. ehehe... Langsir pun tahan-la lama skit. Untuk tinted ni kitorang amik dgn Chinese Guy yg nama-nye Simon. Kedai dia kt Puchong. Harga yg di tawarkan adalah paling terbaik. Siap ade Waranty lg 5yr jika color pudar or terkopek. Banyak jenis tinted ade, dari 1 layer sampai 7 layer. Harga pun berlayer-layer jugakla. Aku amik yg 3 layer je. Xnkla membazir amik yg tebal2, cukupla tu 3 layer untuk rumah kitorang tu.
Tinted Simon Puchong 012-294 1103
 
$
 
$
 
$
 
Pemasangan Alarm & CCTV
 
Bagi menjaga keselamatan rumah & juga keluarga kitorang sepakat untuk memasang 2 Gadget ni. Khidmat pemasangan ni kitorang pakai Viva  Cerah Security Cheras. Untuk Alarm system aku pakai PARADOX SP6000.  Harga belum tau katanya. Nnt diorang dtg site & ukur. Hmm ape2la, asalkan service baik & harga pun xde tinggi sgt oklaa.  Chin K.Y : 019-321 3230

 
%
 
%
 
%
 
Kitchen Kabinet
 
Untuk pemasangan kabinet dapur aku pakai khidmat dari Incube Kitchen. Person incharge untuk aku tu nama Ricky, kitorang decide amik dgn diorang ni masa Fair Renovation di KLCC. Mamat chinese ni oklaa. Sgt Friendly. So far aku suke berurusan dgn dia, xbanyak songeh lg setakat ni. Yang datang amik measurement last week nama dia Leon. So far mamat ni pun ok. Nice guy.
 Leon : 017-940 7320 
 
 
Ok inilah beberapa senarai yg aku berurusan setakat ini. Jika korang berminat bolehla contact diorang. InsyaAllah nnt jika ade suplier or contractor rumah yg best2 aku akan update lg. Siri My HRHP2 - Plaster Syiling akan bersambung pada Episod yg akan dtg. Tata.. Titi.. Tutu..









Ahad, 3 Mac 2013

Menguruskan Jenazah Bayi Yg Mati Dalam Kandungan @ Keguguran

As salam kepada semua pembaca setia blog. Maaf di pinta kerana telah beberapa minggu tidak meng'update' blog. Sejak 2, 3 minggu ni banyak sangat benda yg aku nk kene uruskan, fikirkan & siapkan. semua benda datang sekali harung. 24 jam yg ada pun xmenyempat aku uruskan dengan betol. Klu boleh tambah waktu sampai 30 jam sehari pun ok. Hmm.. dunia oh dunia. Sampai mati pun xkan pernah habis masalah yg hendak difikirkan. Astarfirullahalazim...!!
 
Okla hari ni aku nk berkongsi maklumat agama berkenaan bagaimana untuk menguruskan jenazah bayi yg mati di dalam kandungan ataupun juga bayi yg mati keguguran. Adakah ia wajib di uruskan seperti mana jenazah org islam dewasa atau tidak.
 
Ok, beberapa perkara haruslah di ambil perhatian. 3 perkara wajib yg harus di lihat bagi memastikan jenazah itu wajib di sempurnakan seperti jenazah umat islam yg lain atau sebaliknya.
 
Perkara Pertama
Sekiranya bayi yg mati di dalam kandungan itu mempunyai wajah/bentuk/anggota/susuk badan seperti manusia, maka ia wajib di sempurnakan seperti jenazah dewasa.
 
Perkara kedua
Apabila bayi yg keluar dari rahim ibu tersebut tidak mempunyai bentuk ataupun susuk tubuh seperti manusia tetapi bersuara (kedengaran suara tangisan ketika keluar sebaik shj di lahirkan)tetapi bayi itu kemudian-nya senyap (Mati) maka ia wajib juga di uruskan seperti jenazah biasa.  
 
Perkara Ketiga
Apabila bayi yg keluar itu tidak mempunyai bentuk sperti manusia & juga tidak bersuara tetapi bergerak sebaik shj di lahirkan. Maka ia juga wajib di sempurnakan seperti jenazah dewasa.
 
Ketiga-tiga tanda di atas merupakan tanda bahawa sesuatu jasad mahupun sesuatu kejadian/makhluk itu hidup. Maka ianya wajib di sembahyangkan, di kafankan & di kebumikan seperti jenazah umat islam yg lain-nya.
 
Namun begitu bagi kaum ibu yg mengalami keguguran yg tidak mempunyai ketiga-tiga syarat wajib di atas maka ia tidaklah perlu di sempurnakan seperti jenazah dewasa. Memadailah dengan membersihkan-nya, membungkusnya dengan elok & kemudian di tanam di tempat yg sepatutnya. Wallahualam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 







Khamis, 14 Februari 2013

Bangi Semakin Membangun !

Tahun demi tahun Bandar Baru Bangi semakin ceria. Banyak pembangunan besar yg sedang di rancang & telah sedia terancang. Hanya menunggu masa sahaja untuk siap. Seperti projek Andaman JV dgn PKNS iaitu Sentral@CDB Bangi, lagi Projek Bangi Gateway, Ostia Bangi,  etc.
 
Mmg xsalah aku membuat pilihan untuk menetap di sekitar BB Bangi. Keadaan persekitaran yang aman, Suasana kampung yg masih terjaga, Pasar malam yg best & tempat makan yg bersepah2. Klu dulu aku xpernah suke pun nk jalan2 ke Bangi ni. Paling kuat pun aku ke Bandar Kajang layan sate Kajang Hj Samuri. Itu jela tempat yg aku tau. Lain2 tempat mmg gelap. Pernah aku tersesat 2 jam duk berpusing cari jalan balik ke Bandaraya Shah Alam. Mmg angin je, separuh tangki habis minyak. Believe it or Not Believe It !!
 
Tp skrg aku antara warga kajang yg semakin minat dengan BB Bangi. Semakin teruja untuk melihat & terus menilai kemajuan hartanah di Bandar Islamik ni. Klu dulu pihak majlis membuat sekatan untuk tidak membenarkan panggung wayang di Jalankan di Bangi tp sekarang Majlis dah kasi kelonggaran. So after this boleh la nk layan Movie kt Bangi Gateway .. ehehe..
 
Petang ni aku ade kerje kt PTG Hulu Langat. After lunch bergerak ke Bangi. Boleh balik awal skit Muahahaha... tp xde pe yg seronok jugak dapat balik awal pun, my hubby xbalik malam ni. Coz dia kene kerje Halfday besok.. Cume klu aku balik awal hari ni, bolehla terus g beli Tulang kt Pasar Borong Sri Kembangan tu, Lauk basah pun dah xde sangat dlm fridge tu. Ingat besok nk buat Sup Tulang Lembu  Booo..Booo... yummy2.. sedapnye.. ! Laparla plak tengah2 hari ni. Jom Lunch... :))
 
 
Salam Jumaat
 
 
 



Usia Bertambah Lagi !

 
 
Hidup bukan menongkat langit.. itulah hakikat sebuah kehidupan di dunia yg sementara ni. Dah Berpuluh tahun aku lalui kehidupan ni rupenya. sedar xsedar usia ku akan bertambah lagi. Adusss... semakin berusia sudah. Tapi hati masih muda. Banyak benda yg belum mencapai target. Hidup seperti baru saje nk bermula. Dari habis blajar sedekad yg lalu sepertinya hidup seadanya. Walau kekadang terasa hidup ini sangat memenatkan. Sabar & terus melangkah satu per satu. Hari2 yg sibuk dengan keduniaan. Bilakah masa terluang untuk Tuhan..? Hanya beberapa minit kewajiban yg utama. Selebihnya adalah antara aku & dunia.
 
Hidup semakin berakhir, badan semakin tua namun jiwa semakin muda. SubhanAllah..!!

Rabu, 6 Februari 2013

Checklist Barang Untuk Rumah Baru

Setelah beberapa hari aku duk buat checlist utk barang-barang keperluan rumah baru. Akhirnya Inilah hasilnya. Sejauh mana keperluan ini perlu ke tidak pada org lain. Im not so sure. Aku pun just main senarai aje. Mana yg agak2  dah ade tu xpayahla nk beli. Jimat duit. huhuhu...
 
Mungkin ramai yg belum buat checklist nk masuk rumah baru kan..? so mehla jengok2 sini, aku dah tolong Hang Pa senaraikan. Mudah2n dapat membantu HangPa.. klu xbanyak, sikit pun jadilah..
 
 
INITIAL PAYMENT
  • Kos amik kunci 
  • Cukai pintu 
  • Maintenace service 
  • Security Guard
  • Api / Air
  • Kos Permit Kerje Kecil MPKj
(Estimate duit permulaan adalah RM1300)
 
 
EXTERIOR
  • Grill  - $2000
  • Lampu Pagar / Car Porch - Done
  • Landscap - Rumput Hiasan - $250
  • Kipas Car Porch - Done
  • Getah Paip - Done
  • House Number Plaque - Done
  • Auto gate (Heavy Duty) - $2100
  • Gate (Powder Coated 12ft)- $3900
  • Alarm - Done
  • CCTV - Done
  • Ampaian / Hanger - Done
  • House Tinted - Done
  • Outdoor Water Filter - Done

INTERIOR
Living Hall / Dining / Kitchen
  • Plaster Ceiling + Wiring whole house - Done
  • Downlight / T5 - Done
  • Wallpaper @ Living Hall - $750
  • Syiling Fan 8 unit - Done
  • Plug / Switch - Done
  • Sofa set - $2500
  • TV Cabinet - $2500
  • Carpet - $700
  • Langsir (day and night) - Done
  • Railing langsir - $300
  • Cermin besar - $1000
  • Coffee table  - $400
  • Dining table - $4000
  • Kitchen cabinet (Wet) -$4500
  • Fridge Hitachi Side By Side  - $4800
  • Hob & hood - Done
  • Water Heater - $500
  • Dishes Rack - $100
  • Bakul Sampah - $50
  • Sinki untuk Kitchen Kabinet - Done
  • Sink Tap- Done 
  • Dulux or Nippon Paint - Done

Master Bed / Bedroom
  • Master Bedroom Set - Done 
  • Lampu Meja - Done
  • Side Table - $300
  • Wardrobe - Done
  • Towel hanger - Done
  • Bakul sampah - Done
  • Langsir (day + night) - Done
  • Air cond - Done
  • Kipas - Done

Toilet
  • Toileteries rack
  • Mirror
  • Tower hanger
  • Slipper toilet
(Estimate dlm $500  da blh dpt sume kot)

Laundry
  • Washing machine
  • Laundry basket
  • Bathmat
(Pakai brg sedia ade pun ok lg ni...)

Services
  • Upah Psg Unify - $350
  • Lory Sewa 3 tan - $400
  • Upah Painting - Done
  • Change All Existing Key after Renovation - $1000

Kenduri
  • House Warming - $1500

Yang ni wajib buat ni, bukan sebab nk menunjuk rumah baru ye, tp nk dapat berkat, dah dapat rezeki masuk umah baru ape salahnye kite buat makan2 pada sanak saudara & rakan2. Mudah2n Allah murahkan rezeki. Nk buat kenduri ni xperlu-la nk tunggu rumah cantik, klu agak2 dah bersedia nk masuk rumah tu. Buatlah kenduri doa selamat skit. Mudah2n Jin2 yg duk bertapa dlm rumah tu berpindah ke tempat lain.

Aku ni mcm yeye je nk beli barang itu ini, padahal mood nk pindah umah tu xdela sangat. Tp yg tambah memamaikan kepala aku ni, bile sume org duk bertanya aku "Bile nk masuk Rumah baru ..?" Jumpe je sanak saudara terdekat, soklan tu la yg pertama skali diorang duk menanya. Walhal aku ni dah aman sejahtera duk kt rumah aku skrg ni. Mmg tidak dinafikanlah rumah yg rumah aku skrg ni sendat dgn barang2. Barang ape yg banyak sangat tu der ..? Entahlaa aku pun x pasti, macam2 barang ade, pinggan mangkuk berkoyan-koyan, baju zaman anak dara aku berkotak2, buku2 masa kt U pun berbundle-bundle... wawawa...

Apepun, klu aku decide xjual rumah tu mmg aku nk kene pindah jugak Coz aku mmg xberminat nk sewakan. Klu aku xduduk, aku akan biarkan je rumah tu kosong, tp xke membazir, klu free oklaa. Hmm nampaknye No choice, By Hook or By Crook mmg nk kene pindah jugak. Cuma waktu je belum decide, yg pasti bukan-la dan2 ni nak pindah...nk kene cari mood dulu.. hehehe 
 
 
Selamat Berpindah Ke Rumah Baru ye kawan2...  
 
 
 
 

 

Selasa, 5 Februari 2013

Bile Nak Masuk Rumah Baru


Bila di senaraikan beberapa items yg wajib untuk dibeli tetiba rase berbulu je kepala ni..aduaii manyak duit mau pakaiii oOoOo.. huhuhu... mmg mamai nk senaraikan satu-satu..

Antara barang wajib ade bile dah dapat kunci adalah grill. Mangga untuk lock pagar dan grill, penyapu, pipe, mop lantai utk cuci rumah. Yang paling penting skali nk kene bayar duit kt developer sebelum dpt kunci bajet dlm 800MYR. Grill dlm 1800 ke 2k. Tinted cermin rumah rumah dlm 900. Cincai2 da makan dekat 4k. Hah tu dia. Itu belum masuk part plaster syiling punye upah n wiring balik sume. Paling koman habis 5k jugak untuk pemasangan Plaster syiling nampaknye. Pastu nk install kitchen kabinet ayam brand punye, busuk2 pun dlm 4k tu. aircond sebijik utk masterbed dalam 1k. Huh tu dia... Klu bajet 15k, itu je boleh buat. Lain2 keperluan tu tunggu dulu... ;)


Bior botol ekau ni Jang... Mana nk upah pasang CCTV, Set Sofa, fridge, dining table n etc... mana-mana...!!! wawawa.... habis jatuh bankrupt nampaknye. Mmg betul2 kene cekik pasni, Adussss.... xsenang duduk camni, lg nk kene repaint after da ketuk2 dinding. Upah cat plak dlm 1k agaknye. Nk murah cat sendirik jela labu.... Hmm.. mls nk pk dulu abaikn kejap. Nnt da tiba waktunye pandai2la survive camne nnt. Ohye terlupa satu perkara penting.. kos nk angkat brg2 dr umah lame ke sini dlm 600 jugak tu. alahaiiiii labu....

Xnk pk......xnk pk..... Nk tido dulu laaa... nnnt sambung lain hari la plak... huhuhu gudnite.

My Baby Terlingkupkan My Laptop !

 
Aduh..duh..duh... sakitnye dlm hati. xsampai beberapa minit aku tinggalkan laptop kt kerusi tetiba kedengaran .. Bunk..!!!  huh dah terlingkop kt lantai, terus gelap. Bukak2 langsung x idup da. Hmmm da putus nyawa laptop aku.
 
 
Gambar Hiasan.. huhuhu..
 
 
Sabo ajelaa.. dan..dan tu aku terus menjerit... Nuha Safiya !  senyap berteleku budak kecik tu atas kerusi. Diam membisu dia, duduk sambil menundukkan kepala tanda bersalah. Tau plak dia buat gaya org bersalah yg kene marah. Geli hati jugak sebenarnya aku.

Selama ni aku mmg xpernah meninggikan suara kt dia. Dia baling handphone aku banyak kali pun aku senyap je. Paling kuat pun aku amik & sorok-kan kt tempat lain. Kadang2 dia main on/off decoder Unifi time aku tgh kusyuk tengok cerita pun aku xmarah jugak. Aku just alihkan je decoder tu ke atas. Dia sepahkan periuk belanga kt dapur pun aku biarkan aje. Dah habis dia sepahkan aku kemas balik. Dalam kepala aku dah set, buadak2 tengah nk membesar. Biarkanlah dia nk buat apepun. Sel saraf otak dia tengah nk berkembang. Aku masa kecik2 dulupun macam tu jugak. So aku biarkan aje...
 
Tpiiiiiiiiiiiii..... kali ni mmg aku betul2 angin. adeehh dah rosak Laptop ibu, dahla ibu banyak benda nk buat pakai laptop. Hmm.. kesian pulak tengok dia buat muke sedey.. cian tecit ibu yea.. itulaa buat lg mcmtu, xpasal2 kene angin ngan ibu. 
 
So nampaknya aku nk kene buat saving utk beli laptop baru la plak pasni. Aduyaaiii Adik Oh Adik...