Selasa, 28 Mei 2013

Perabut Pertama :: Katil & Tilam

 
Dah hampir 3 bulan progress renovation rumah berlalu, sampai skrg pun xsiap sepenuhnya lg, ade je yg xberkenan di mata aku ni. Isk ape nk jadi pun xtaula. Ape2pun aku harap paling lambat pun kitorang akan pindah ialah penghujung bulan 6. Harap dipermudahkan segala urusan.
 
Sempena nk meraikan rumah baru ni, aku & hubby dah decide utk beli tilam & katil baru yg lebey besar. Actually set tilam kitorang yg sekarang ni x-sampai setahun pun lg, bau kedai pun xhilang lg, adeeh sygnya nk beli katil baru.. Tp Masalahnya katil yg sekarang ni kecik sgt "Queen Size". Semenjak baby dah besar ni, mmg ruang utk tido dgn selesa amatlah terhad, kesian kt my hubby slalu kene tido bawah katil, tak pun menyelit kt memana ruang tepi katil... Hmm anak dara aku yg sorang tu konker semua kawasan, ruang muat2 utk aku sorang je. Adik oh adik "Nak jadi Belanda Mintak Tanah Ye ehehehe"...
 
Sebab tulah kitorang decide beli set katil "King Size".. harapnya Abi xdela tido kt bawah lg pasni.. sian Abi., nnt abi nangis sesorang kt bawah katil tu.. sob..sob..sob... Olo-Olo sian baby besar, meh sini nk cayunk skit.. muahahaha... :)
 
 
Hubby tengah duk pasang katil after dah siap cuci bilik bahagian atas rumah, bawah belum cuci lg..

 
Set tilam ni kitorang beli tahun lepas lg, Beli kt JJ Bukit Raja. Aku pun dah xingat apsal kitorang g melepak kt JJ Bukit Raja Klang masa tu. Saje nk jalan2 ke ape entah... Alih-alih terbeli set tilam ni kt salah satu kedai perabut sebelah kadai buku Popular. My hubby la yg berkenan sgt. Pada mulanya aku xterfikir nk beli pun, coz tilam yg ade skrg ni masih baru. Memandangkan harga yg agak cantik disamping design dia yg moden so aku tanpa sedar telah membeli-nya... yeay seronoknya berbelanja dgn "Plastik Keras" tenyeh aje dah settle.. Pastu bengkak kepala nk bayar bulan2.. huwaaa... ehehehehe...
 
Setakat ni, set katil ni adalah Perabut pertama secara rasmi telah sampai menghuni "Baiti Jannati" ini. Bile nk rasmi pun xtau. Tunggu masuk secara formal dululaa.. skrg ni kite kasi sarung dululaa.. Nnt dah berhabuk, dah xcantik, dah kene sentuh2 dgn semua org, dah hilang dara-nya. hikhikhik... kasi bungkus dulu, sehingga tiba Tuan empunya membuka & merasmikan-nya untuk kali yg pertama & selamanya... :)
 
 
Baju & purdah belum di bukak lg...pemalu sungguh ehehehe..... :)
 
Punyela lama aku xberblog, sampai nk menulis pun dah merapu meraban, xpelaa.. nnt ade masa aku sambung merapu lg...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Untuk Sewaan Di Sri Dahlia Taman Sepakat Indah 2 Kajang

 
Apartment Half Furnish untuk di sewakan di Sri Dahlia, Tmn Sepakat Indah 2 Sungai Chua Kajang.
 
 
Lokasi adalah 1.0km dari SILK Highway
15 minit untuk ke PUTRAJAYA
10 minit ke UNITEN
10 minit utk ke Bdr Baru Bangi
Kejiranan bersih & terkawal 24-Hr security
Access card untuk ke Parking & Lift Lobby.
 
 
Barang-barang yg di sediakan adalah :-
 
1. Wardrobe untuk masterbed.
2. Aircond & wall fan @ masterbed
3. Syiling fan untuk Family Hall & wall fan 2 bilik
4. Water Heater
5. Kitchen Cabinet
6. Washing machine
7. Dining Table
8. Book rack
9. Sofa
10. Tv Cabinet
11. Divan
12. 1pc Access Card & 1 unit Covered Parking
 
Harga yang di tawarkan untuk minimum sewaan 2 tahun adalah RM1200/month. Sewaan Termasuk bayaran bulanan maintenance fee. tetapi TIDAK temasuk Bayaran Bill Air. Sedia untuk sewaan pada 01 Jun 2013
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-335 3616 : Nora
 


PilihanRaya "INI KALILAH" Telah Berakhir !



Mamai sebulan ni melayan karenah sepanjang tempoh berkempen. So segalanya telah berakhir walaupun banyak pihak yg masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihanraya yg telah di menangi dgn Majoriti Mudah oleh Parti Barisan Nasional. Aku juga banyak benda xberpuas hati dgn ketelusan SPR sepanjang mengendalikan jentera pilihanraya. Walaubagaimanapun segalanya telah berakhir. Biarlah keadaan & waktu yg akan mengzahirkan kejahatan & ketidak telusan Parti yg mendapat kemenangan dengan cara yg kotor.
 
Aku sekadar menjadi pemerhati untuk semua pihak. Walaubagaimana pun aku adalah rakyat malaysia yg menjadi pengikut setia Parti Islam Semalaysia. Mmg keluarga aku Majoriti-nya adalah PAS, dari zaman tok nenek aku dulu2 lg da. Cume ade la seorang dua yg terlepas entah kemana tu.

Uh mamai kepala aku pagi ni, Xlena tido aku semalam, berdebar-debar menunggu keputusan Rasmi di Tv3suku & seangkatan dengan-nya, lain yg org nk tau lain yg diorang buat. Aku bukan nk dengar diorang sembang entah ape2 tu. Grrrr... angin je smlm.. Last2 layan FB & whatsapp dgn member2, sampai Jam 2 terus terlena dgn harapan PR mendapat mandat... Tp akhirnya bangun tadi pagi semuanya amat mengecewakan. Sesungguhnya Allah ade perancangan yg lebey baik. Aku yakin itu. Kepada semua calon yg kalah bertanding bersabarlah. Ade habuan yg lebey baik utk kamu. InsyaAllah. Walaupun Pilihanraya telah berakhir namun perjuangan untuk memartabatkan Islam mesti di teruskan. Perjuangan kite baru shj bermula. !!
 
Harapan aku sebagai rakyat Malaysia, semoga Barisan yg xberapa nk lurus, sila membuat urus tadbir wang rakyat dengan baik & berhemah. Jgnlah menggunakan harta benda rakyat itu seperti harta Pusaka Tok Nenek ko yea, Klu nk shopping bagai tu, gunalah duit tabung yg dah di simpan sejak dari dlm perut tu. Harta rakyat biarlah rakyat yg nikmati. Harapan aku juga, moga2 harga petrol tidak naik lg, harga barangan asas seperti gula, beras, tepung & sebagainya diturunkan bukan di naikkan. Aku ingin hidup dengan aman, adil & beragama. Moga2 persekitaran di Tanah Selangor yg tercinta ini memberi cahaya Iman untuk anak2ku membesar nnt.  Tahniah PR Selangor kerana menang  bergaya dengan Majoriti 2/3. Sayangi Selangor. Muahahaha.

Jumaat, 19 April 2013

Projek Memasang Sendiri Railing Tempered Glass di Balcony

"Kerje Gile tu namanye, nk murah sangatla tu, skali indon dah cabut nk kene upah lain plak, dah 2x kerje..." kata my aunty.
 
Alkisahnye bermula apabila aku dengan bangganya telah membuat direct Order from factory untuk tempahan tempered glass balcony. So after dah buat tempahan glass tu, aku dah deal dgn pekerja Indon untuk buat railing di balcony atas. Klu ikut plan mmg dah cun da kerjenya. Tp itula kite hanya merancang Allah yg menentukan segalanya. 
 
Kepada kengkawan yg nk hire pekerje Indon ni, amatlah dinasihatkan untuk slalu monitor kerja diorang. Jgn nk expect diorang ni bagus sgt, walaupun diorang ckp sume benda tau buat, huh haramjadah je sume tu. Klu bak sembang mmg x-kalah. klu tanye suh buat kapal terbang pun tau buat. Tp nnt bile dah suh buat, taula nasib-nye camne.
 
Sambung citer pasal railing kt umah aku ni, lain kite suh dia buat, lain plak yg dibuatnye. Ukuran yg aku kasi adalah 1.5 Inchi tp mamat indon tu buat 1 inchi je. dah 100x aku ckp ngan dia, mesti 1.5 inchi xboleh kurang, lebey besar skit xpe, jgn kurang. Skali lain plak dibuatnye, So mmg jahanam la jawabnye. Terpaksalah aku pecahkan balik sebahagian railing yg dah dibuat. Sabo jelaa, bile aku suh dia buat balik dia xnk buat dah. Mula2 dtg pastu ckp nnt hujung minggu dia dtg betulkan. last2 xdtg-dtg.. Mmg-la duit upah dah bayar, ape lg, sah2 dia cabut je. Huh angin je satu badan. Mangkuk ayun betol.
 
 
 
 
Memandangkan aku mempunyai idea & tahu camne nk buat railing bagi pemasangan tempered glass selebar 12mm tu maka dgn rasminya aku telah melantik my hubby jadi pekerja untuk menyiapkan projek terbangkalai tu. Setelah sume barang di sediakan maka proses pemasangan railing pun bermula. Masak jugaklah nk buat ukuran balik. Yerlaa bukan senang OoOo nk adjust balik kerja-kerja terbengkalai ni. mmg memerlukan kesabaran & ketekunan. Alhamdulillah 80% telah menampakkan hasil yg positif. Hah pandai pun my hubby buat. Ape-ape pun, dlm hidup ni kite perlukan keyakinan & usaha yang disertakan dengan sedikit ilmu. InsyaAllah semuanya akan baik2 belaka.
 
 
 
Pekerja baru yg berdedikasut.. huhuhu

 
Setiap sekaki 3 skrew di tanam. Mmg letih skitla,
mata drill pun dah 2x beli baru...


Inilah hasil kerja pertukangan my hubby. Good job sweetheart. This weekend sambung lagi yea. Xpela buat pelan2 pun yg penting benda tu siap mengikut spesifikasi yg dikehendaki. Moral of the story, ape shj kerja yg dibuat mestilah di buat inspection terbeley dahulu sebelum membuat ape2 pembayaran. Sebab-nya tiada sekor manusia yg blh percaya dlm dunia ni. Semua kaki penipu & pelesap duit je. So hati-hati yea.
 
 




Rabu, 17 April 2013

Selamat Datang Sayang !


Selamat Datang ke Kuala Lumpur SyG ! Kedatangan-mu kusambut dengan hati terbuka & penuh kasih syg...
 
Setelah sekian lama menanti untuk hidup secara normal seperti pasangan suami isteri yg lain, akhirnya harapan & doa itu di makbulkan juga oleh yg maha Esa. Pelbagai usaha telah dilakukan, apepun kite hanya merancang & aku berserah pada Dia yg maha menentukan segala sesuatu.
 
Berita gembira ini diketahui pada 16 April 2013 pada jam 10.30 pagi. Ketika tu aku & hubby ingin keluar bagi menguruskan segala urusan yg masih belum selesai. Hubby cuti pada hari berkenaan & aku juga amik EL. Tiba-tiba hubby dapat call dari pegawai pentadbiran Butterworth bagi memaklumkan tentang Signal Posting ke MPLU KL Base pada 22 April 2013.
 
Mulanya aku ingatkan ape, coz my hubby duk main lari2 dari aku masa bercakap di telefon. Dlm hati tu duk terfikir jugak, apehal la pakcik ni, main lari2 plak, adeehh... Lepas abis call, dia tersengih-sengih.
 
Hubby : Suke la tu ..
Aku : Ape yg sukenya.. Naik pangkat plak ke..?
Hubby : Signal Posting dah kluar.. (Sambil tersengih2)
Aku : (tetiba senyuman terukir, dlm hati dah boleh agak daa...) Posting ke sini ke.. Bile ?
Hubby : 22hb ni sepatutnya, tp xsempat kot, coz abg nk kene siapkan report BOI, Boss suh postpone sampai bulan 5, nk kene buat clearance lg, nk arrange lori untuk barang2 lg. Hmm mmg awal bulan 5 jugak la kot.
Aku : Hmm yerlaa.. (dgn nada sedikit kecewa), xpelaa slow2, yg penting dah pindah sini kan.. yeay.. dapatlah masuk rumah baru sama2 nnt, bestnye ehehe.. Jom kite mulakan hidup baru !
 
Xcited xhengat kan, adeehh mau x happy tahap gaban, Pucuk di cita ulam mendatang. Alkisahnya aku telah berjumpa secara bersemuka dengan Datuk Panglima pada 18 Mac 2013 yg lepas. Walaupun dlm hati aku ni sedikit gugup sebenarnya. Tp aku kuatkan jugak. Ape yg penting aku nk my hubby di pindahkan ke Klang valley. Aku dah penat nk teruskan hidup camni. So dengan semangat yg berkobar-kobar dgn xde buat appointment pun, aku main walk-in je. Nasib-laa.. klu ade rezeki blh jumpe klu xde sekurang2nya aku telah berusaha. Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan aku. sebelum nk masuk ke bahagian pentadbiran BSM tingkat 19 MINDEF, terkumat-kumit doa aku bacekan, segala doa yg pernah arwah ummi ajarkan semua aku bacekan. Yerlaa.. nerbes jugak OoOOo.. mau x nerbes nk jumpe Pihak atasan ni, kecut perut jugak aku. Berperingkat-peringkat jugaklah aku terpaksa lalui, bermula dari jumpe pegawai bawahan, pertengahan & pegawai pemerintah. Last2 jumpe Datuk. Tp jumpe sekejap je, dia suh aku jumpe pegawai kanan dia, coz Datuk cakap dia ade meeting jap lagi, ape2 keputusan yg dibuat oleh pegawai tu dia setuju aje. Lega hati aku mendengar-nya. Alhamdulillah..

 
 
Beberapa minggu sebelum tu, my hubby adela acah2, suh aku g jumpe sendiri pegawai pemerintah kt MINDEF tu. katanye, "klu berani g la jumpe, mintak suh abg tukar sini..." Hmm my hubby mencabar aku yea, so dgn segala tekad yg ade, aku sahut cabaran tu. Alahai setakat nk jumpe pegawai pemerintah apela sngt, nk takut ape, manusia jugak pun. Jawabku spontan.
 
Akhirnya... Nah aku telah buktikan pada Hubby aku mampu lakukan ape shj dgn izin Allah. Dan aku tersangatlah bersyukur dgn segala kurnia yg tidak pernah putus untukku. After seminggu aku pergi MINDEF, satu perbualan telah berlaku di dalam kereta...
 
Aku: Yang, Nak tau x, orang dah pergi jumpe Datuk & pegawai pemerintah kt MINDEF haritu, dah buat surat & citer kt diorang pasal nk mintak abg tukar ke Klang Valley.
Hubby : Dah diorang cakap ape, dia kasi tukar bile..? (Sambil senyum kambing dengan nada menyindir, ala2 usaha yg aku lakukan tu akan sia-sia)
Aku : Diorang cakap puan jgn risau pihak kami akan uruskan pertukaran suami puan dgn secepat mungkin... Tp secepat mungkin tu xtaula bile, harapnye dapatla tukar ke sini, coz Datuk Panglima dah kasi Greenlight, xpelaa kite tunggu & lihat je, Klu dpt, Alhamdulillah klu xdpt ape2 feedback sebelum raya, org pergi lagi skali kt MINDEF tu. Bukannya Jauh sngt pun. (menjawab dengan nada tersenyum tp penuh keyakinan)
Hubby : (My hubby tergelak besar sambil menjawab) xpela, kite tengok jela camne, cakap mmg senang je. X semudah tu dia nk buat penukaran staf.
Aku : Hmm ape2laa..

So xsampai pun lagi sebulan perbualan di atas berlaku, dengan Izin Allah atas usaha & keyakinan yg aku sandarkan, Allah telah tunjukkan kebesaran-NYA. So my hubby hanya mampu tersenyum tanpa sebarang kata. Akhirnya dia akur yg Isteri dia ni adalah seorang wanita yg mampu mengadap ape jua dugaan yg dtg & tidak akan pernah mengalah dalam hidup. Perkataan menyerah tanpa melakukan ape2, bukanlah amalan hidup aku. Aku lebey rela untuk hadapi ape juga rintangan, walau sesukar mana pun ia, berbanding menerima tanpa berbuat ape2... Oh no..no... itu bukan Aku... :)
 
 
 
 
 
Kite hanya merancang, tp Allah-lah yg menetukan segala sesuatu. Oleh itu jgnlah pernah berputus asa untuk berharap kepada-NYA kerana Dialah Allah sebaik-baik tempat untuk kamu sandarkan segala harapan.  Allahuakhbar !
 
 
 
 
 
 

Selasa, 16 April 2013

Jom Pekene Mee Tarik Warisan Asli

 
 
Kepada peminat Mee, silalah berkunjung ke Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi. Lokasi-nye adalah di kawasan baru pusat komersil Sg. Besi. Harga makanan boleh tahan, rasa mee mmg mengancam, mmg sedap & fresh.
 
 
 
Tengok tu, Amoii kecik yg sibuk nk mengoder skali..
amboiii moii sula pandai pakai chopstick aa, manyak pandaii oOoOo ini budak.. hehehe...
 
 
So kepada yg masih tercari-cari lokasi makan anda pada hujung minggu ini silalah ke Sini. Kedai ni di uruskan oleh Cina Muslim, ala-ala kedai Mohd Chan tulaa.. Jgn pulak korang terkejut nnt bile tengok sume muke cina je yg jadi pelayan & tukang masak. Jgn risau kedai ni di jamin Halal.
 
 
 
 
Untuk kedai ni aku kasi 5 bintang. menu yg di cadangkan adalah no. 111 & juga Tea Labau.. Terbaik ! walaubagaimanapun korang cuba la mana yg berkenan di hati, coz nampak macam sedap2 belaka. Aku pun akan kembali lg ke sini untuk mencuba menu yg lain plak.. yummy2 sedaapp-nye.. :)
 
 
 
 
Alamat kedai :-

 

Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
017-8768960 / 0390543209
 
 
 
 

 

Sabtu, 13 April 2013

Perfect Living April 2013

Last week kitorang ke Perfect Living 2013 di PWTC. Banyak jugak perabut moden yg cantik-cantik kt situ. Cume satu je xberapa nk cantik. harga dia. Uh tang tu mmg xcantik langsung. Gile gaban mahal oii.. sebak melihat-nye. Terus terpadam impian untuk memiliki-nya buat mase ni, xpelaa lambat skit pun xpe. Xlari perabut di kejar. ehehehe
 
After duk survey segala bagai barang yg dipamerkan, adelah jugak yg tercapai di tangan aku ni. Dalam duk kire-kire xnk over bajet tu. Skali.. huhuhu terbang jugak dekat 2k kt situ. Adooiii camne ni.. Hmm xpelaa.. pelan-pelan kayuh..
 
Antara barang yang aku sempat grab ialah Tap Dry kitchen kt Booth HCE, pastu sinki bulat, Roller Blind kt booth Bagus, Shower & bidet kt booth Suise Jonhson. Ha'ah itu jelah barangnye.. Ohye lupe aku letak deposit utk dining table jugak... kuikuikui...
 
Mula2 mcm xde dlm plan nk beli lg. Skali saleperson tu kasi harge yg sangat cun berbanding harga di booth2 lain. Lagipun sepanjang survey2 yg aku buat harga tu mmg paling murah. So ape lg, aku dgn sepenuh keyakinan meletakkan deposit utk set dining table 8+1 tu.. huhuhu.. itupun setelah membuat sedikit perbincangan dgn my hubby. Keputusannya kitorang bersetuju mencapai kata sepakat ehehe...
 
 
Marble dining table 8+1 
 
 
 
Nah Ambik Kaw.. harga tu mmg xde dlm bajet pun sebenarnya, even dah discount cantik pun tp still over our bajet. Tp itulah, bile hati dah mula jatuh cinta... adeehh nnt lain bulan la kite pikir hehehe... ayat yg selalu digunakan semenjak dua menjak ni "Pelan-pelan Kayuh-laa". Hahaha ayat nk sedapkan hati sendiri.
 
 
Ini set kerusi yg kitorang piley...
Hubby : Apsal amik set 8 apsal xamik 6..?
Aku : Sebabnya kite kan ade 6 org nnt, 3 lelaki & 3 perempuan.
so ngam2la tu kan.."
Hubby : Hmm.. sambil tersenyum sinis..
Ehehehe amacam jawapan terbaik x..?
 

 
Gambar2 ni di ambil sebab sale person tu advice suh amik, supaya nnt masa nk confirm penghantaran senang tunjuk je gambar set kerusi & table yg telah di persetujui dulu. Klu x nnt ade yg silap tulis ke ape, susah plak katenye.
 
Banyak betul duit kuar sebulan dua ni, Hmm dah nampak da lauk ikan singgang & budu 2, 3 bulan ni..yummy2 sedappnye jugak tu + asam limau skit + cili padi..ya Allah sedaapppnye... ehehehe...
 
Mood xsabar nk pindah rumah. :)