Khamis, 10 Januari 2013

Berhenti Kerja !!??

Aduyaii ape telah terjadi dgn mood aku this 2 week. Mungkin dah lama sangat aku bercuti & stay with my hubby. So tetiba rase mcm xnak kerje je. Rasa mcm nk jadi fulltime Housewife la plak. Hmm banyak benda akan jadi sia2 camni, Ya Allah. Berilah jalan terbaik utkku.
 
My hubby sejak dua menjak ni asyik mengomel suh aku berenti kerje. Habis semua benda di umpil-nya, hmm bile aku bukak mulut je suh dia mintak tukar, dan-dan plak dia suh aku berenti kerja. Mcm2 ayat manis yg ditaburnya. Adeeh.. entahlaa aku da mamai. Dah xlarat nk pk. kepala aku ni bukanlah besar kapal nk pk sume benda dlm satu masa. Mmg klu ikutkan hati nk aje aku duk rumah jaga anak2 & hidup bersama my hubby seperti pasangan suami isteri yg lain. Isteri mana yg suke hidup berjauhan cam aku ni. Tahun 2013 ni dah nak masuk 5 tahun kitorang xtinggal sebumbung. Cume weekend couple. Ya Allah... aku berserah segala urusan hidupku kepadaMU. Kerana engkau adalah panduan terbaik untukku.
 
Banyak benda yg aku risaukan sebenarnya. Jalan singkat utk berhenti kerja bukan semudah yg di bayangkan. Banyak jugak benda yg harus di fikirkan. Aku seperti takut untuk keluar dari Zon Kewangan Selesa aku ni. Atau aku mmg xpercaya pada nikmat Allah..??? Ohh tidak... aku percaya setiap perkara yg berlaku itu pasti ade hikmahnya. Apepun untuk membuat keputusan berhenti kerja bukan dlm jangka waktu terdekat ni. Mungkin aku akan usahakan sesuatu yg baru untuk menambah income keluarga sekalipun aku tidak bekerja. Cume skrg aku perlu mulakan dahulu. Jika pendapatan Biz aku stabil InsyaAllah aku akan memikirkan keputusan untuk berhenti kerja.
 
Aku sentiasa ingin bersama-mu walau dlm ape jua keadaan. Namun biarlah aku yg menanggung sedikit kesulitan demi membina sebuah Mahligai Cinta yg gemilang. Aku sentiasa syg kamu Dunia & Akhirat-ku.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan