Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin & rezeki yg telah di berikan kepada kami sekeluarga pada tahun 2013 ini. Dengan berbesar hati kitorang telah dapat segugus kunci Rumah Baru di Hillpark Home Phase 2 Bandar Teknologi Kajang pada 22 February 2013.
Masa kitorang g ammik kunci ni aku sepatutnye kene admit ward kt KPJ Ampang Puteri. Tp excited punye pasal sempat lg aku lari sekejap jumpe Mr. Eng untuk collect kunci .. huhuhu.. Nasib baik my hubby ade. Itu yg terlebey semangat tu. Masa tu my Hubby amik cuti coz aku xberapa sihat. Alang2 dia dah ade better pergi amik terus, nnt susah plak klu hubby xde. Mood sgt seronok... huhuhu...
Masa duk dlm ward kitorang dah plan nk buat plaster ceiling dulu pastu baru pasang tinted & than pasang gril pastu pasang lampu segala. Selamat skit camtu kan..? Kitorang rancang ajela, Sembang2 kosong mase duk kt Ward tu...
After discharge pada 24 Februari 2013 aku, adik & hubby terus ke Rumah Baru kitorang di Hillpark. Hubby dah xsabar nk pasang aircond & cuci Rumah skali. Semangat bukan main dia.. ehehe.. jarang tengok gelagat my hubby yg excited camtu, slalu aku je yg terlebey excited. Ni dah terbalik hehehe.. ape2 aku sgt happy. Niat nk jual Rumah Hillpark tu nampaknye terpaksa di tangguh-kan. Tunggulah dulu. Kitorang lepak la sampai 10 tahun kt Hillpark ni. Pastu baru pk nk jual, itupun klu masih hidup laa.. Hmm kite hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya.
Ok di sini aku nk share beberapa nama kedai & kontek no. yg mungkin boleh membantu kawan2 InsyaAllah, berdasarkan survey yg aku sendiri lakukan bersama my hubby mereka ini adalah antara pembekal & juga kedai terbaik yg kitorang dapat. Apepun kitorang xdela jamin 100% terbaik. Cume bolehlaa.. harga cantik, barang berqualiti & hasil kerja yg memuaskan. Slalu kontraktor kt luar sana main cekik darah je letak harga. Harapnya kawan2 yg nk masuk rumah baru tu xdela kene kencing ngan diorang nnt. Hehehe... :)
*
*
*
Pemasangan Gril Rumah
Untuk gril rumah aku amik dengan sorang brother malay, nama dia Pauzi. Setelah melihat hasil kerja yg telah siap di pasang di rumah client dia yg terdahulu maka aku dengan senang hati telah membuat tempahan gril dgn dia. Harga yg di berikan tidaklah paling murah dlm banyak2 Quotation yg aku dapat tp adalah antara harga terbaik dengan kuality & service terbaik. Bengkel dia kt Jalan reko je pun, jalan nk masuk ke Nadayu 92.
Pauzi : 012-228 3000
@
@
@
Tinted Cermin Rumah
memandangkan rumah aku adalah rumah yg berada pada barisan paling hadapan, tidak mengadap rumah lain, Maka cahaya matahari yg singgah ke bahagian hadapan rumah pada waktu petang agak banyak. So kitorang decide untuk pasang tinted. Lg satu cermin nampak lagi cantik & yg paling penting org luar xboleh nampak dalam rumah pada waktu siang. Tp org dari dlm boleh view org kt luar. So amacam best x. ehehe... Langsir pun tahan-la lama skit. Untuk tinted ni kitorang amik dgn Chinese Guy yg nama-nye Simon. Kedai dia kt Puchong. Harga yg di tawarkan adalah paling terbaik. Siap ade Waranty lg 5yr jika color pudar or terkopek. Banyak jenis tinted ade, dari 1 layer sampai 7 layer. Harga pun berlayer-layer jugakla. Aku amik yg 3 layer je. Xnkla membazir amik yg tebal2, cukupla tu 3 layer untuk rumah kitorang tu.
Tinted Simon Puchong 012-294 1103
$
$
$
Pemasangan Alarm & CCTV
Bagi menjaga keselamatan rumah & juga keluarga kitorang sepakat untuk memasang 2 Gadget ni. Khidmat pemasangan ni kitorang pakai Viva Cerah Security Cheras. Untuk Alarm system aku pakai PARADOX SP6000. Harga belum tau katanya. Nnt diorang dtg site & ukur. Hmm ape2la, asalkan service baik & harga pun xde tinggi sgt oklaa. Chin K.Y : 019-321 3230
%
%
%
Kitchen Kabinet
Untuk pemasangan kabinet dapur aku pakai khidmat dari Incube Kitchen. Person incharge untuk aku tu nama Ricky, kitorang decide amik dgn diorang ni masa Fair Renovation di KLCC. Mamat chinese ni oklaa. Sgt Friendly. So far aku suke berurusan dgn dia, xbanyak songeh lg setakat ni. Yang datang amik measurement last week nama dia Leon. So far mamat ni pun ok. Nice guy.
Leon : 017-940 7320
Ok inilah beberapa senarai yg aku berurusan setakat ini. Jika korang berminat bolehla contact diorang. InsyaAllah nnt jika ade suplier or contractor rumah yg best2 aku akan update lg. Siri My HRHP2 - Plaster Syiling akan bersambung pada Episod yg akan dtg. Tata.. Titi.. Tutu..