Khamis, 30 Mei 2013

Renovation Progress :: Safety Door Vs Aluminium Glass Door

Pintu ape yang sesuai untuk penggunaan di bahagian dapur agaknye ye...?? Lama jugak aku nk decide untuk beli pintu kt dapur ni. Mula-mula ingat nk pakai pintu kayu jenis merbau atau nyatuh, pastu hubby mcm xberapa setuju, katenya nnt lama2 pintu reput kene air, maklumlah pintu kt bahagian dapur rumah aku tu xde awning kt bahagian blakang. Klu hujan biasa2 pun mmg dah basah lencun la jawabnya. So fikir punye fikir. Akhirnya aku bersetuju untuk pasang pintu besi kt belakang tu. Harga pun xdela mahal sgt. Cume tambah sikit je. So kire berbaloi la kot. 
 
 
 
Apek tengah pasang pintu. Sekejap je dia pasang. Hmm nampak mcm senang je apek ni pasang..
 
Selain dari faktor keselamatan yg menjadi perkara utama, pintu besi jugak sgt tahan lama, Xdela nk reput-reput klu kene hujan. Cume berkarat tu adela kot. Tp mengikut kata pengeluar pintu besi ni. Diorang cakap warranty 1 tahun utk berkarat & lock problem. Slalunye mmg xde komen pasal karat katenye. Lainla klu kite tersimbah acid mmg rosak la. Pintu besi tu dah disapu dgn cat tahan karat (antirust) tp klu cat tu terhakis berkarat jugakla kot. So nk kene selalu monitor keadaan la nampaknya. Untuk 3 - 4 tahun penggunaan harapnya xde masalah karat yg timbul. klu dah masuk 6 - 8 tahun tu xde hal laa nk berkarat, nk buat camne, dah sifat besi mmg berkarat klu terdedah kepada air & udara. Nk kene tukar baru plak la tu.. hikhikhikhik.. Lagi satu pintu besi ni jugak di lengkapi dengan kunci keselamatan, ade berapa entah lock-nye lupe dah. Lagi satu dengan menggunakan pintu besi di bahagian dapur, maka kite xperlulah pasang grill lagi. Dah jimat kos grill pintu kt situ.
 

Apek tengah tebuk lubang untuk safety lock... Kerja yg sgt kemas. I like-la u punye kerja apek.. Mmg betulla kata kebanyakan org, upah cina buat kerje mmg puas ati.. berbanding pakai Indon..  :)
 
 
Ok. Masalah pintu ape yg nk digunakan utk pintu belakang dah selesai. Untuk pintu tengah dapur plak nk pakai pintu ape..? Ruang pemisahan antara dapur basah & juga dapur kering. Ade kawan2 cadangkan aku xpayah pakai pintu. Biarkan kosong gitu je. Hmm klu nk senang mmg camtu jela, tp dalam kepala aku ni duk fikir, klu xde pintu dapur basah mesti bau masakan akan masuk dlm rumah. Mcam kt rumah aku yg skrg ni. Setiap kali menumis mmg habis serumah lekat bau. Itu yg xsyok tu, aku ni plak mmg kaki menumis je... maka berbau lauk la semua baju & kerusi. after duk buat kira2 maka satu persetujuan antara aku & my beloved Hubby terlah di capai, akhirnya kitorang setuju untuk membuat tempahan Aluminum Glass Door Powder Coated warna Putih. Hehehe.. suke sgt pintu tu. Comel...
 
 
 
Inilah dia pintu aluminium glass kt dapur aku, plastic hitam tu adalah untuk cover semasa kerja binaan. Nnt dah siap semua baru buke baju dia tu.. ehehehe.. badan siapakah itu..? Itulah my Hubby yg comel.. tgh buat inspection ape entah, caiyuk2.. gambate kudasai...  :)
 
Dah settle 2 bijik pintu, lagi 2 pintu bilik x settle lg. Kt bahagian bawah ade 2 buah bilik, satu bilik maid & satu lg bilik tetamu. Nama-kan aje bilik maid, walaupun xde maid lg setakat ni. Klu bukan bilik maid pun, aku akan buat sebagai bilik kerja & bilik mainan utk anak2. Hehehe.. xkisahla bilik untuk ape pun, yang penting kene sediakan pintu dulu. :)


Selasa, 28 Mei 2013

Perabut Pertama :: Katil & Tilam

 
Dah hampir 3 bulan progress renovation rumah berlalu, sampai skrg pun xsiap sepenuhnya lg, ade je yg xberkenan di mata aku ni. Isk ape nk jadi pun xtaula. Ape2pun aku harap paling lambat pun kitorang akan pindah ialah penghujung bulan 6. Harap dipermudahkan segala urusan.
 
Sempena nk meraikan rumah baru ni, aku & hubby dah decide utk beli tilam & katil baru yg lebey besar. Actually set tilam kitorang yg sekarang ni x-sampai setahun pun lg, bau kedai pun xhilang lg, adeeh sygnya nk beli katil baru.. Tp Masalahnya katil yg sekarang ni kecik sgt "Queen Size". Semenjak baby dah besar ni, mmg ruang utk tido dgn selesa amatlah terhad, kesian kt my hubby slalu kene tido bawah katil, tak pun menyelit kt memana ruang tepi katil... Hmm anak dara aku yg sorang tu konker semua kawasan, ruang muat2 utk aku sorang je. Adik oh adik "Nak jadi Belanda Mintak Tanah Ye ehehehe"...
 
Sebab tulah kitorang decide beli set katil "King Size".. harapnya Abi xdela tido kt bawah lg pasni.. sian Abi., nnt abi nangis sesorang kt bawah katil tu.. sob..sob..sob... Olo-Olo sian baby besar, meh sini nk cayunk skit.. muahahaha... :)
 
 
Hubby tengah duk pasang katil after dah siap cuci bilik bahagian atas rumah, bawah belum cuci lg..

 
Set tilam ni kitorang beli tahun lepas lg, Beli kt JJ Bukit Raja. Aku pun dah xingat apsal kitorang g melepak kt JJ Bukit Raja Klang masa tu. Saje nk jalan2 ke ape entah... Alih-alih terbeli set tilam ni kt salah satu kedai perabut sebelah kadai buku Popular. My hubby la yg berkenan sgt. Pada mulanya aku xterfikir nk beli pun, coz tilam yg ade skrg ni masih baru. Memandangkan harga yg agak cantik disamping design dia yg moden so aku tanpa sedar telah membeli-nya... yeay seronoknya berbelanja dgn "Plastik Keras" tenyeh aje dah settle.. Pastu bengkak kepala nk bayar bulan2.. huwaaa... ehehehehe...
 
Setakat ni, set katil ni adalah Perabut pertama secara rasmi telah sampai menghuni "Baiti Jannati" ini. Bile nk rasmi pun xtau. Tunggu masuk secara formal dululaa.. skrg ni kite kasi sarung dululaa.. Nnt dah berhabuk, dah xcantik, dah kene sentuh2 dgn semua org, dah hilang dara-nya. hikhikhik... kasi bungkus dulu, sehingga tiba Tuan empunya membuka & merasmikan-nya untuk kali yg pertama & selamanya... :)
 
 
Baju & purdah belum di bukak lg...pemalu sungguh ehehehe..... :)
 
Punyela lama aku xberblog, sampai nk menulis pun dah merapu meraban, xpelaa.. nnt ade masa aku sambung merapu lg...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Untuk Sewaan Di Sri Dahlia Taman Sepakat Indah 2 Kajang

 
Apartment Half Furnish untuk di sewakan di Sri Dahlia, Tmn Sepakat Indah 2 Sungai Chua Kajang.
 
 
Lokasi adalah 1.0km dari SILK Highway
15 minit untuk ke PUTRAJAYA
10 minit ke UNITEN
10 minit utk ke Bdr Baru Bangi
Kejiranan bersih & terkawal 24-Hr security
Access card untuk ke Parking & Lift Lobby.
 
 
Barang-barang yg di sediakan adalah :-
 
1. Wardrobe untuk masterbed.
2. Aircond & wall fan @ masterbed
3. Syiling fan untuk Family Hall & wall fan 2 bilik
4. Water Heater
5. Kitchen Cabinet
6. Washing machine
7. Dining Table
8. Book rack
9. Sofa
10. Tv Cabinet
11. Divan
12. 1pc Access Card & 1 unit Covered Parking
 
Harga yang di tawarkan untuk minimum sewaan 2 tahun adalah RM1200/month. Sewaan Termasuk bayaran bulanan maintenance fee. tetapi TIDAK temasuk Bayaran Bill Air. Sedia untuk sewaan pada 01 Jun 2013
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-335 3616 : Nora
 


PilihanRaya "INI KALILAH" Telah Berakhir !



Mamai sebulan ni melayan karenah sepanjang tempoh berkempen. So segalanya telah berakhir walaupun banyak pihak yg masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihanraya yg telah di menangi dgn Majoriti Mudah oleh Parti Barisan Nasional. Aku juga banyak benda xberpuas hati dgn ketelusan SPR sepanjang mengendalikan jentera pilihanraya. Walaubagaimanapun segalanya telah berakhir. Biarlah keadaan & waktu yg akan mengzahirkan kejahatan & ketidak telusan Parti yg mendapat kemenangan dengan cara yg kotor.
 
Aku sekadar menjadi pemerhati untuk semua pihak. Walaubagaimana pun aku adalah rakyat malaysia yg menjadi pengikut setia Parti Islam Semalaysia. Mmg keluarga aku Majoriti-nya adalah PAS, dari zaman tok nenek aku dulu2 lg da. Cume ade la seorang dua yg terlepas entah kemana tu.

Uh mamai kepala aku pagi ni, Xlena tido aku semalam, berdebar-debar menunggu keputusan Rasmi di Tv3suku & seangkatan dengan-nya, lain yg org nk tau lain yg diorang buat. Aku bukan nk dengar diorang sembang entah ape2 tu. Grrrr... angin je smlm.. Last2 layan FB & whatsapp dgn member2, sampai Jam 2 terus terlena dgn harapan PR mendapat mandat... Tp akhirnya bangun tadi pagi semuanya amat mengecewakan. Sesungguhnya Allah ade perancangan yg lebey baik. Aku yakin itu. Kepada semua calon yg kalah bertanding bersabarlah. Ade habuan yg lebey baik utk kamu. InsyaAllah. Walaupun Pilihanraya telah berakhir namun perjuangan untuk memartabatkan Islam mesti di teruskan. Perjuangan kite baru shj bermula. !!
 
Harapan aku sebagai rakyat Malaysia, semoga Barisan yg xberapa nk lurus, sila membuat urus tadbir wang rakyat dengan baik & berhemah. Jgnlah menggunakan harta benda rakyat itu seperti harta Pusaka Tok Nenek ko yea, Klu nk shopping bagai tu, gunalah duit tabung yg dah di simpan sejak dari dlm perut tu. Harta rakyat biarlah rakyat yg nikmati. Harapan aku juga, moga2 harga petrol tidak naik lg, harga barangan asas seperti gula, beras, tepung & sebagainya diturunkan bukan di naikkan. Aku ingin hidup dengan aman, adil & beragama. Moga2 persekitaran di Tanah Selangor yg tercinta ini memberi cahaya Iman untuk anak2ku membesar nnt.  Tahniah PR Selangor kerana menang  bergaya dengan Majoriti 2/3. Sayangi Selangor. Muahahaha.