Khamis, 3 April 2014

UMRAH :: Done Flight Tiket Ke Madinah !

Beberapa bulan yang lalu perasaan untuk ke Tanah Suci telah datang dengan begitu kuat sekali. Perasaan untuk ke sana sepertinya tidak dapat di tahan-tahan lagi. Alhamdulillah segala puji ke hadrat Allah yang telah memberi kekuatan rohani & jasmani kepada kami sekeluarga untuk menunaikan Umrah pada tahun ini. Setiap apa yang di rancang tidak selalunya berakhir dengan keputusan yg muktamad. Segalanya atas kehendak Allah SWT. Pada mula-nya kami telah sepakat untuk meninggalkan puteri kesayangan intan payung kami kepada My aunty tetapi setelah memikirkan banyak perkara, kami akhirnya dengan sebulat tekad bersetuju membawa Nuha Safiya ke Tanah Suci bersama kami. 




Banyak faktor yang difikirkan. Selain melihat kesihatan Opah yang agak terganggu serta tempahan baju untuk raya yang dah mula menggunung. Maka meninggalkan Nuha, bermakna menambahkan lagi beban kepada Opah. Setelah di timbang-timbang, itulah keputusan terbaik kami. Memang banyak benda yang perlu di fikirkan, faktor keselamatan, keadaan tempat ibadah, keadaan cuaca & kesihatan Nuha. Tapi dengan penuh harapan moga-moga Allah memberi kemudahan untuk urusan kami sekeluarga. Membawa anak kecil untuk umrah ketika bulan Ramadhan adalah sesuatu yang sedikit mencabar kepada kedua ibubapa. Hanya doa & harapan kepada Allah menjadi tempat untuk berharap & bergantung. Moga di permudahkan Oleh-NYA.


Berkenaan dengan urusan Pakej Travel Agent pula, aku terpaksa membuat cancellation untuk booking pakej bersama Andalusia Travel, maka deposit sebanyak RM100 terpaksa di potong kerana membuat pembatalan pakej setelah berdaftar. Tapi tak mengapalah, itu adalah pilihan terbaik buat kami. Kos sekiranya kami menggunakan Pakej Andalusia akan meningkat kepada RM19K++ untuk bilik ber2 & seorang kanak2 tanpa katil untuk  pakej Awal Ramadhan 12H10M dengan penerbangan Saudi Airline. So harga itu terlalu besar untuk kami belanjakan. Masih banyak pilihan lain yg terbentang di depan mata. Jadi Andalusia terpaksa kami delete dari senarai pilihan kali ini.


Setelah membuat sedikit carian berkenaan pakej Umrah Ramadhan maka aku dengan kreatif-nya membuat belian tiket sendiri. Aku hanya mengambil pakej ground sahaja dengan Travel Agent. Dengan itu kos pakej untuk Nuha dapat di kurangkan. Untuk tiket penerbangan, kami memilih Saudi Airline. Penerbangan terus ke Madinah dari KLIA manakala untuk penerbangan balik ialah dari Jeddah Ke KLIA. Oleh itu banyak masa & tenaga dapat di maksimumkan penggunaan-nya. Selalunya Jemaah akan turun di Jeddah dahulu kemudian menaiki bas pula ke Madinah selama 6 - 7 jam. Mmg meletihkan & banyak membuang masa di situ. Ini kerana Airport Jeddah lebih dekat dengan Mekah-Al-Mukarramah iaitu lebih kurang 1 jam lebih perjalanan menaiki teksi dari airport. Berbanding ke Madinah, jarak perjalanan sejauh 350km++ dan memakan masa 5 jam.


Dengan sedikit usaha yang di buat, InsyaAllah kami akan berada di Saudi selama 18D16N. Iaitu 6D5N di Madinah & selebihnya di Kota Suci Mekah. Untuk ground pakej kami menggunakan khidmat UMS Travel sebagai agen kami. Memandangkan harga yang di tawarkan oleh Andalusia untuk pakej ground agak tidak menepati kehendak kami. So setelah beberapa agensi di teliti maka UMS Travel adalah pilih kami. walaubagaimanapun kami berharap & berdoa mudah2n tiada sebarang masalah semasa di sana nanti. Kadang2 kita merancang dengan baik tapi bila tiba di Tanah Haram lain pula jadinya. Apepun aku berserah kepada Allah. segala kemungkinan yang menyakitkan itu perlu di persiapkan terlebih dahulu. 


Persediaan emosi adalah sangat penting memandang ketika itu pula adalah bulan Ramadhan maka dugaan-nya tersangatlah besar. Jauh di sudut hati aku berdoa moga tiada dugaan besar yang terjadi ke atas kami melibatkan agensi semasa di sana nanti. Masalah kelulusan Visa & Quota hari yang di benarkan menjadi topic utama kebimbangan kami. Allahurobbi, moga di permudahkan...


Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Mungkin ada kawan-kawan yang masih mencari travel agensi untuk menunaikan umrah boleh cuba menelefon UMS Travel untuk pertanyaan. Jika ingin pergi menunaikan Umrah sendiri tanpa agent juga boleh hubungi mereka untuk mendapatkan Visa Umrah. 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan