Berita yang membuatkan seluruh hari-hari indah-ku bertukar KELAM ! Ya Allah, 2014 tahun yang begitu tough untuk aku. Kalau sebelum ni jam 8.30 pagi baru turun hantar adik ke Taska, lepas tu bertolak ke office dengan hati yang tenang & relex sekali. Oh aku pasti merindui detik-detik indah & mendamaikan itu.
Pagi tadi my Senior Project Manager inform kt aku yang aku & dia akan di transferkan ke Company lain iaitu ke Tradewinds Corporation Berhad di Menara Shell KL Sentral. Waktu kerja bermula jam 9am - 6pm. So lepas ni dah xboleh nak masuk office suka-suka hati lagik katanya. Adoiiii Tengah seronok2 dengan work life kt sini alih-alih kene transfer. Oh My.....
Bermula 1 April 2014 semua document & personal details aku dah di transferkan ke sana. So sad nak tinggalkan office lama aku ni. Nnt dah xleh nk bergaduh mesra dengan En.Anuar dah. Dah xleh nk dengar ayat2 lazer yang membina dari dia lagi dah. Yang paling penting dah tak boleh nak leisure masuk office kul 10.30am lagi dah. Wawawawa.... Xsyok-nyaaaa.
Sian my cayunk ibu, dah xboleh nak sarapan dgn ibu lagik pasni. Subuh2 dah nk kene hantar ke taska. Harap adik ok & tak meragam. :,( Time Lunch pun dah xboleh nk dating dengan pakcik hubby tiap2 hari macam selalu coz dah jauh da. Nak pergi kerja pun Jam tak hingat... Adoiii... mmg nk kene format balik semua data baru dalam otak aku pasni. Sambil2 menulis coretan ni, hati aku tersangatlah sedey.
Apepun mungkin ini permulaan baru yang mencabar dalam perkejaan aku. Rasanya mmg nk kene naik komuter la pasni, Hari2 nk menempuh jam mmg xlaratla. Klau naik komuter pun jauh jugak nk kene menapak, lebih half KM jugak tu. Tapi Kalau naik kete mmg xnampak chances untuk aku sampai before 9am everyday... dah lama xnaik komuter, mungkin aku nk kene belajar susah plak (Think +Ve) Walaupun nnt pergerakan aku sedikit terbatas tapi mungkin banyak manfaatnya. Pertama minyak kete & tol dah xperlu nk spend dah, lagi satu aku boleh bersenam setiap pagi dengan berjalan kaki. Kalau sakit kaki nnt, ada jugak alasan nk pergi refleksology ke ape. Hmm apepun. Nak ke Xnak, mmg aku kene buat jugak. Klu xblh perform mcmne nk kerja. Antara 2 pilihan je yang aku ade sekarang. Berhenti kerja duduk rumah, sambil cari kerja dari rumah Atau yang ke2 aku terpaksa lakukan semua rutin harian sebagai org yang bekerja tanpa banyak alasan.
Mungkin Next week or next 2 week kitorang dah nk kene move kot. Malas-nya nak kemas2 barang lagi. aduyaaiiiii.... Selamat memulakan alam kerja yang meletihkan ! Hopefully aku Berjaya melakukan anjakan yang baru dalam mengurus tadbir masa & rumahtangga. Ya Allah permudahkanlah :.(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan