Rabu, 2 April 2014

Lunch @ Seoul Garden Setapak

Lokasi Restaurant ni di dalam Festival City Mall. Kebetulan Hubby dapat cilok awal skit, so dapatlah kitorang berdua-duaan makan. Walaupun agak aman makan berdua berbanding ber-3 tapi perasaan makan dengan si kecik lg syok. Sambil duk makan2 tu tetiba teringat pulak dekat si kecik Nuha. Kalau dia ade mmg sama naik sibuk dia dengan kite. lagi2 kalau part nk masuk-kan makanan dalam hot plate tu. Confirm itu jela kerja dia. ehehehehe...
 
 
 
 
Dah lama plan nak g makan kt Seoul Garden ni, coz my cousin yang mengajak kitorang. Tapi last2 dia plak yang cancle maka terpaksalah kitorang meneruskan niat untuk Ber"steamboat" kt Seoul Garden ni. Kalau tak kerana dah terbeli 2 keping voucher Groupon tu xde maknanya nk melepak lunch kt sini. Tapi okla.. ubah tempat & citarasa sekali-sekala.
 
 
 
Hubby dah xsabar nk makan...  
 
Restaurant ni betul2 bersebelahan dengan kedai Ayam Penyet. Lokasi dia adalah di Main Entrance Festival City Mall. Carpark pun banyak, so boleh je park kete kt bawah. Harga per 3 hour cume RM1. Okla tu kan... berbaloi-baloi. Macam2 kedai makan jugak yg ade kt dlm Mall ni, macam meriah. Ini adalah 1st time aku memanjangkan kaki ke Setapak, kesimpulan-nya mmg menarik, mungkin next time kitorang boleh shot terus ke Setapak Town untuk Lunch.  Hubby pun suka tempat ni.
 
 
 
Kt Seoul Garden ni ada banyak pilihan makanan. Standard restaurant Steamboat macam tulah. Lebih kurang je dengan Tupai-Tupai or RedWok tu. Cumenya suasana kt Seoul Garden ni macam selesa skit la. Lagi satu kepada yang bercadang nk melancong ke Korea tapi belum dapat pergi lagik tu, bolehla cuba di Seoul Garden ni. Xdapat ke Korea pun xpela, at least dpt jugak rasa makanan Korea. ehehehe :)
 
 
Air asam pun ada...
 
 
Macam2 ade, nak sebut satu2 macam banyak sangat. ada udang + sotong + ayam + daging + Tiram + Kerang & etc. Semua telah di perap dengan ramuan rahsia Korea. Agak sedap jugak pada aku. Tapi kitorang hanya makan Seafood je. Daging & ayam mmg xsentuh langsung. Coz makanan darat mana boleh bercampur dengan makanan laut. Itu mmg Rule no. 1 untuk my family. Air pun ada macam2 pilihan air. Dari soft drink sampai ke ABC. Sendiri amik bahan & sendiri kisar ais yea. Service ok je, xde masalah lambat ke apa. coz kite nk makan, kite sendiri pergi angkat. Self service la... kebersihan kedai Alhamdulillah bersih & nyaman. Status Halal.. yer Halal. Pendek kata okla semua. Aku kasi 4 star.  
 
 
Pandangan dari luar kedai
 
My hubby dah surrender awal lagi. Siap ke Toilet lg, penuh sangat katanya, hehehe... aku macam biasalah maintain. Lagi pun aku hanya makan sayur & Udang bakar je. Mee & nasi goreng tu tolak tepi. Strategi makan buffet, aku selalunya makan lauk je, jarang sangat aku makan nasi, klu amik pun dalam kuantiti yang sedikit. mungkin 3 sudu besar shj. Just untuk rasa.
 
Lebih kurang sejam setengah jugak kitorang melepak kt sini. Masing2 dah naik mamai nk makan. tengok jam dah kul 3.15 ptg.  Cepat2 kitorang bangun & bergerak balik. Aku dahla tengah banyak kerje sekarang. seronok plak berjimba macam hari cuti. Hubby mmg half day. Siap blh ajak aku tengok wayang lagik. Amboi2.. mentang2 xmasuk opis dah petang tu. Saje la tu nk kene-kan aku.
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan