Alhamdulillah 20 Ramadhan telah dilalui. Mungkin ada banyak cacat dan celanya. Hanya Doa yang mampu dipanjatkan moga segala amalan dibulan Barakah yang dilimpahi berbillion Rahmat ini di pandang Allah SWT.
Cerita yang ingin di kongsikan harini ialah dengan menginfakkan Harta yang dikurniakan Allah dapat membuka pintu2 rezeki. Samada kawan2 muslimin dan muslimat di luar sana percaya atau tidak, PERCAYALAH. .. kerana itulah hukum Allah. Sunnatullah yang telah digezetkan di dalam Alquran yg mulia.
Bila Sahaja Ramadhan tiba arwah umi akan mengajak aku ke Pondok Hj. Abdul Hadi Awang di Marang Terengganu untuk menunaikan zakat Emas dan mewakafkan beberape meter persegi tanah untuk tujuan pengajian islam dan pembesaran Masjid HJ. Hadi. Mulanya aku hanya menganggap itu adalah perkasa biasa. Ape yg peliknya, sekadar membayar zakat dan membeli beberape meter tanah untuk diwakafkan. Bukan banyak sgt pun. Paling banyak habislah RM700 camtu. Tahun demi tahun, begitulah rutin tahunan arwah.
Kalau nak dibandingkan pendapatan bulan yang di terima adalah terlalu sedikit. Tapi aku sering bertanya. Dari mana umi dapat duit untuk simpan dlm Tabung Haji. Duit simpanan arwah Bukan sedikit klu nak di nisbahkan dengan gaji yang di perolehi. Tiap2 bulan duit poket untuk arwah nenek Wajib diberikan RM100. Duit simpanan umi di Lembaga Tabung Haji ada sebanyak RM120,000. Gaji Seorang kakitangan kerajaan biasa berapalah sangat. Tp itulah kenyataan. Sepanjang hidup, arwah umi sempat menunaikan 2x Rukun Islam ke5 dan menjalankan 4x Ibadah Umrah. SubhanAllah yang Maha Mengurniakan Rezeki.
Apabila usiaku semakin meningkat kini, aku mulai menganalisis segala maklumat yg telah aku timba sejak zaman kanak2 bersama arwah umi. SubhanAllah yang menjaga Seluruh petala Alam, aku dengan sepenuh hati meyakini bahawa Pintu Rezeki itu akan terbuka antaranya ialah Lahirnya Zuriat, Berkahwin, Menunaikan Zakat & Bersedekah/menginfakkan Harta ke jalan Allah. Sesungguhnya tidak akan miskin sesorang hamba apabila mereka membelanjakan Hartanya ke jalan Allah.
Beberapa hari yg lepas, aku baru shj berniat untuk memberi sedikit sumbangan kepada tabung Aman Palestine. Baru shj memasang niat, belum lagi aku laksanakan tetapi Allah telah memberikan aku rezeki tanpa aku sedari. Sejumlah wang dalam nilaian USD telah terkumpul di account sejak beberapa minggu yg lepas, demi Allah aku benar2 kagum dengan setiap Kejadian yg telah berlaku. Klu para sahabat membaca kisah2 yg pernah aku ceritakan sebelum ini. Pasti ramai yg tidak percaya. Tetapi percayalah wahai sahabat2ku. Ringankanlah tangan2mu untuk membantu makhluk Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan sebaik2 balasan.
Salam Jumaat & Salam Ramadhan.
Khamis, 17 Julai 2014
Jumaat, 11 Julai 2014
Persediaan Raya 2014
Menyambut raya bukanlah sesuatu yang menarik untuk aku. Bagi aku Ramadhan adalah bulan yang sentiasa di tunggu2 berbanding menunggu syawal. Walaubagaimanapun Ramadhan Pasti berlalu dan Syawal akan menjelang.
Baju raya pun aku blum beli. Just belikan baju raya utk Nuha je. My hubby pun Dah beli baju raya cume baju melayu je blum beli. Tapi untuk aku sehelai pun xbeli lg. Bukan kerana my hubby x belikan, tp kerana aku yg xnk beli lg. Coz mood nak raya macam x berape nk ade. Cuti untuk raya pun aku blum apply. Hmm mungkin keseronokan utk balik kampung hanya kerana My Doter. Klu harapkan aku, aku lagi seronok Beraya di Langkawi je. Tp mana blh camtukan. Hari raya mesti lah balik kampung jumpe umi & abi. Walaupun ummi Dah xde tp my abi masih ade. Aku tau dia selalu menunggu kepulangan aku. Walaupun dia xpernah berkata apa2. Tapi dari riak di wajahnya jelas kelihatan sebuah perasaan gembira melihat anak Perempuan tunggal yg di kasihi telah pulang.
Untuk Abi pun aku Dah belikan baju raya. Hopefully Abi happy. Klu masa aku blum kawen dulu, setiap kali balik ke kampung untuk cuti semester, aku Pasti akan belikan abi sehelai TShirt crocodile. Peruntukkan duit belanja sebanyak Rm150 Pasti aku asingkan utk Abi. Tapi jarang aku belikan baju untuk arwah Umi. Bukan kerana aku Xsyg umi tapi kerana aku tahu klu corak yg aku pilih nnt mesti xkene dgn citarasa umi. Sebab tu aku jarang beli baju utk umi. Walaupun begitu untuk arwah Umi aku selalu belikan barang dapur.
My Late umi adalah Seorang yg sgt berjimat cermat. Klu sodek Dah patah sekalipun still dia boleh pakai sampai bertahun2. Nak harapkan dia buang mmg tak lah. Dari kecik aku duk perhatikan, umi mmg xpernah membazir. Selagi boleh guna dia akan guna. Semua barang2 dia mmg tahan lama. Coz arwah Umi adalah Seorang yg sgt cermat dalam menjaga barang. Sikap umi dan abi mmg jauh bezanya, mungkin latar belakang keluarga yang agak susah membuatkan umi sgt menghargai setiap barang yang dimilikinya. Pernah kt umah aku tu pisau yg ada semua Dah tercabut pemegang, tapi umi masih pakai yang dah tercabut pemegang tu. Klu aku cakap nak buang mesti dia bising. Katanya pisau tu elok lg, masih tajam dan sedap pakai. Punyalah "beralus" kata org terengganu ehehehe.. Last2 aku belikan 1 set pisau (6pcs) untuk umi. Siap dengan tempat letak skali. Umi... umi... banyak duit di gunakan untuk anak2. Untuk diri dia sendiri selalu dilupakn. Kekadang2 aku menangis sendiri setiap kali teringatkan arwah Umi. Seorang hamba dan ibu yang sangat mulia dan rendah hati.
Sedikit sebanyak Sikap arwah umi turut ada dalam jiwa aku. Walaupun kekadang aku ni xdela berjimat sangat, tapi aku selalu belikan barang2 untuk org lain dulu. Untuk diri sendiri selalu aku lupe nk beli. Seronok dapat gembirakan anak dan ahli keluarga. Rasa kepuasan tu berbeza berbanding belikan hanya untuk diri sendiri. Lagi seronok Jika melihat mereka pakai pakaian yg kite beli. My family always come 1st.
Khamis, 10 Julai 2014
BMW E60 :: Hadiah Birthday Hubby & Ramadhan Kami
Rasa sudah berbulan aku tak sempat untuk update ape2 cerita di sini. Kekangan waktu & juga kerja yg sentiasa tak pernah habis dan meeting yang berderet membuatkan aku tidak sempat untuk berkarya di sini. Bila ada masa aku terpaksa menyiapkan logbook VE aku tu. Klu ikutkan bulan 10 ni aku mesti submit logbook ke Board of Valuer untuk dinilai, lepas tu baru akan di panggil interview. Tapi nmpak gayanya, macam takde harapnye je aku nak pergi interview hujung tahun ni. Coz untuk tahun ni punya logbook pun satu perkataan pun aku blum tulis lagi. Yang tahun lepas pun belum habis tulis lagi. Adoiiiyaaii... Sindrom Kemalasan melanda !
Harini aku just nak share tentang serba sedikit cerita Ramadhan dan juga ringkasan kisah2 yang telah dilalui selama beberape bulan ni. Nak mula kan dari mana entah. Sepanjang 13 hari Ramadhan ni, Alhamdulillah Semuanya baik2 belaka. Aku masih berkesempatan untuk masak iftar for my beloved family. Puasa tahun ni ahli keluarga bertambah coz my younger brother stay kt rumah kitorang untuk habis kan praktikal dia selama 3 bulan. Agak meriah skitla bile dapat berbuka ramai2. Aku hanya beli kuih di luar. Lauk pauk semua aku masak. Lauk simple2 je pun. Paling kurang 3 lauk. ayam or ikan goreng adalah menu Wajib. Ehehe lagi satu sayur. So yang ke3 tu lauk yg berkuah skit.
Alhamdulillah seronok bile dapat masak untuk keluarga dan semua masakan habis sejurus bersahur. Pendek cite tiada pembaziran. Cume yang kurang menarik, aku tidak berkesempatan untuk bertarawih di masjid or surau. Memandangkan si kecik Nuha yg agak aktif bimbang akan mengganggu jemaah lain nnt. So aku hanya solat sedirian di rumah. Hanya hubby yang ke surau Taman. Kadang2 lewat jugak hubby balik. Sambung bertadarus sekali katanya. Once hubby balik aku n Nuha mmg Dah di alam mimpi. See u tomorrow dear. ;)
Alhamdulillah seronok bile dapat masak untuk keluarga dan semua masakan habis sejurus bersahur. Pendek cite tiada pembaziran. Cume yang kurang menarik, aku tidak berkesempatan untuk bertarawih di masjid or surau. Memandangkan si kecik Nuha yg agak aktif bimbang akan mengganggu jemaah lain nnt. So aku hanya solat sedirian di rumah. Hanya hubby yang ke surau Taman. Kadang2 lewat jugak hubby balik. Sambung bertadarus sekali katanya. Once hubby balik aku n Nuha mmg Dah di alam mimpi. See u tomorrow dear. ;)
Sempena Bestday hubby yg ke 32 tahun haritu aku telah berikan hadiah paling istimewa untuk hubby. Memandangkan musim hujan dan juga cuaca yang tidak menentu. Atas dasar keperihatinan & kasih sayang, aku telah memberi cadangan kepada hubby untuk membeli sebuah kenderaan ke-2. Alhamdulillah Semuanya di permudahkan Allah. Aku hanya bayarkan deposit dan uruskan pinjaman di bank. Bulanan punye payment macam biasa... :))
Walaupun telah lebih 10 bijik kereta p tengok satu pun dia tak berkenan.
Last2 jumpa yg ni terus jatuh Cinta pandang pertama.
So Hadiah untuk Hubby tahun ni adalah sebuah intelligent machine yg menjadi impian my hubby. Sebagai Seorang isteri yg sangat prihatin dengan kehendak suami, aku telah penuhi impian hubby sebaik mungkin dengan izin Allah yg Maha Besar. Mmg nampak ke"exicited-tan" hubby bile aku suh dia test drive. I'm happy when u're happy. LCI 523i The Ultimate Driving Machine yg mmg mengujakan. Untuk aku yg suka race tgh highway ni mmg tiptop. Cume service n maintenance mmg kene prepared budget every month. Aktiviti jalan2 terpaksa di perlahankan. Pusing2 dlm Mesia jela dulu. Next 2 yr after salary increment baru blh start enjoy skit. Hehehehe... opportunity cost nama dia.
Happy Bestday sayang. Semoga dirimu sentiasa mendapat rahmat dan kasih syg Allah. Harta hanyalah Alat untuk membahagiakan tapi rasa cinta dan keikhlasan dlm perhubungan adalah asas kebahagiaan. I Love U till the end of my life.
Label:
Best-Day,
Family,
HubBy,
Kurniaan Allah,
Ramadhan
Langgan:
Catatan (Atom)