Selamat Hari tua hubby ...
Hari ni tanggal 9 Ramadhan hari jumaat adalah bestday my hubby, aku dah plan nk belikan dia purse coz dah nak hampir 7 tahun purse hantaran perkahwinan kitorang tu xbertukar, walaupun masih lagi dalam keadaan yang elok dan boleh tahan lagi 7 tahun :) hihihihi...
Last month dengan muke selamba badak hubby cakap kt aku :
"klu Ayg ada rancangan nk belikan Abg hadiah, belilah purse..."
Aku yg masa tu mmg tak terfikir langsung nk belikan apa2 hadiah utk pakcik perasan ni. Tiba-tiba sentap sat... dalam hati aku berkata "amboi2 sedaapppnye order, ingat mesin ATM ke .." sambil main HP & buat2 tak dengar. Aku ni mmg suke buat muke xde perasaan je selalunya tapi jauh dalam hati aku tu xdela kejam sangat. Dah terbiasa camtu kot, yerla xkan nk tunjuk beria sangat pulak kan... like :
"Ok... sayang nnt I belikan utk U, lagi U nak ape sayang, xkan purse je syg.."
Gile ke ape camtu. buat xtau je dahlaa kan. Lagipun pakcik perasan ni time dia nk buat muka manis bukan main tersusun bahasa, tapiii time mulut nak mengZaass aku, amboiii2 boleh tahan ayat dia "rasa terbakar sebulan" aiiisshhh sabor ajela.. hurrmm....
Gile ke ape camtu. buat xtau je dahlaa kan. Lagipun pakcik perasan ni time dia nk buat muka manis bukan main tersusun bahasa, tapiii time mulut nak mengZaass aku, amboiii2 boleh tahan ayat dia "rasa terbakar sebulan" aiiisshhh sabor ajela.. hurrmm....
Memandangkan opis aku tu sebelah aje dengan KL sentral & NU sentral maka xdela susah sangat aku nk g tunaikan impian pakcik perasan yg nak kan purse tu. Dahla semalam dia mengZass aku, klu ikutkan hati malas aku layan pakcik mulut lazer ni, tp itulah aku, nk buat xtau camtu je macam xsampai hati, pergila jugak menapak ke Parkson Nu Sentral tu. pusing punye pusing terjumpelaa purse yg pada aku mesti pakcik suke ni... ala2 askar gitu.. pakcik lazer kan pegawai tentera. Hmm okla tu kira jadi jelaa. Ok dah settle hadiah nk kene carik kad pulak. Cashier advice aku ke kaunter customer service kt bahagian atas, kt situ ade service bungkus hadiah & kad skali. Ok settle semuanya.
Hadiah tu aku letakkan aje dalam almari tempat pakcik lazer selalu letak kunci kereta dia, nnt klu dia nk letak kunci kereta dia taula yg ade insan mulia yang baik hati ni kasi hadiah. Tak reti-reti nak say sorry & say thanks ke pakcik... aaiiisshhh geramnye rasa, dah melazer aku pastu buat muke tak bersalah, pastu buat ayat baik. ala2 macam xde ape2.. haaiiisshh awatlah aku lembut hati sangat, padahal dalam hati tu berkobar-kobar xnak layan da, aleh-aleh xterdaya nk let it go camtu je, hati selembut salju camnila, nampak macam aku yg buli dia, tapi sebenarnya dialaa yg paling banyak buli aku...
Okla sempena birthday pakcik mulut lazer ni, saya nk wish :-
1. Semoga sihat & bahagia selalu
2. Semoga sentiasa jadi sahabat saya yg terbaik.
3. Semoga Allah ampunkan dosa pakcik mulut lazer yang telah lalu & yang akan datang
4. Semoga Dipanjangkan usia yang berkat.
5. Semoga dimurahkan rezeki & diberi kejayaan yang besar dalam hidup.
6. Semoga pandai menjaga hati ur wife yg suci hati ni & kurangkan ayat2 sentap entah ape2.
sekian ... bye2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan