Jumaat, 26 Jun 2015

Ayahanda Kesayanganku :: Pergi Tak Kembali :'(

Pada 29 April 2015 yang lalu, Abi telah kembali menemui pencipta-NYA. Harini sudah hampir 2 bulan Arwah Abi pergi meninggalkan kami. Aku sangat terasa dengan pemergian Abi. Aku hanya sempat menjaga abi selama 3 hari pada 2 minggu lepas. Walaupun keadaan abi ketika itu sudah agak kritikal, tapi aku betul-betul tidak menyangka Abi akan pergi seawal itu. Abi telah disahkan mengidap Lung Cancer stage 4 oleh doktor Pakar paru-paru Hospital Tengku Ampuan Zahirah Kuala Terengganu. Patutlah beberapa bulan sebelum tu, abi ada mengadu kepada aku yang dadanya terasa sangat sakit & dia agak sukar untuk bernafas ketika itu. Doktor hospital Dungun suspect Abi dijangkiti TB pada mulanya, so abi terpaksa dikuarantinkan, entah ape2la doktor ni, asal boleh cakap je, padahal abi mengidap cancer stage 4 da masa tu.

Kalau ikutkan perancangan yang telah aku aturkan, pada tarikh 29 April tu abi & juga mokde (my step mother) akan ke rumah aku di kajang dengan menaiki flight dari Kuala Terengganu ke KLIA. Kerana pada 30hb April abi akan menjalani rawatan kimo paliatif bagi mengurangkan sedikit kuantiti sel kanser di Institut Kanser Negara Putrajaya. Tapi kite hanya merancang, Selebihnya Allah yang menentukan, pada jam 2.00 pagi 29 April 2015 abi telah kembali kepada penciptanya. Adik & abg khabarnya ada di sisi abi ketika abi sedang nazak.

Manakala aku pula pada ketika itu sedang nyenyak tidur dirumahku bersama my beloved doter di atas tilam. my husband pula berkursus di Melaka. Bertubi - tubi panggilan masuk pagi tu, tapi semuanya hanya dalam mimpi, lebih kurang jam 4 pagi my hubby sampai di rumah & mengetuk pintu bilik sambil memanggil aku supaya membukakan pintu bilik. Sayup-sayup suara itu aku dengari, tapi aku masih mamai, tiba-tiba hubby ade dirumah pulak, kan hubby ke Melaka tadi malam, kenapa tiba2 pagi2 buta ni dah ada depan pintu bilik pulak ni. Rasa seram tiba2 menerjah ke jantungku. betul ke hubby yg panggil ni, serba salah aku nak membuka pintu bilik, bimbang pencuri ataupun perompak. 

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik, hubby terus meluru & memeluk aku, katanya Abi telah tiada. perlahan saja suara tu hinggap kegegendang telingaku. aku kaku seketika, benar ke berita ni, aku bermimpi lagi ke ni. Allahuakhbar, aku terduduk di katil. Aku tersentap seketika menerima berita yang amat tidak terduga itu. Allah... air mata satu persatu jatuh ke pipi. Padahal aku telah merancang untuk mengambil unpaid leave bagi menjaga abi di hospital Putrajaya nanti. Tapiiiii abi terlebih dahulu pergi sebelum aku sempat membalas segala jasa2-nya. Setelah hampir 7 tahun arwah umi kembali kini abi pula pergi meninggalkan kami. Rasa kehilangan arwah umi masih belum pudar kini abi pula pergi mengadap Ilahi. Terlalu cepat masa berlalu, seolah-nya hidup dunia ini hanya beberapa ketika. Aku masih terasa sepertinya aku ini masih anak-anak, baru shj beberapa tahun melepasi zaman universiti, baru shj ingin merasa adanya duit untuk di beri kepada umi & abi, Semuanya begitu pantas berlalu.

Sekitar jam 5 pagi, Aku dan hubby bergegas balik ke Dungun Terengganu untuk memastikan kami sempat sampai sebelum jenazah di kebumikan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna. Tepat jam 11 pagi arwah abi selamat disemadikan di sebelah pusara arwah umi. kini tinggallah kami 4 beradik bersama keluarga masing2 untuk meneruskan hidup ini hingga tiba ke suatu masa yang ditentukan. Semoga Allah mengampuni segala dosa abi & umi. Mudah2n abi & umi ditempatkan dikalangan hamba2-NYA yang mendapat Rahmat & kasih Sayang Allah 

Al fatihah.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan