Khamis, 29 September 2016

Bila Baby Dalam Perut Ibu Nak Keluar ?

Setiap kali si kecik Nuha tengok perut ibu dia yang macam ibu mengandung 4, 5 bulan ni maka bertalu-talu soalan cepu emas akan keluar. Hmm walaupun sedikit terhibur dengan kerenah si kecik yang macam-macam tetapi ibu pun agak sedih juga sebab sampai sekarang belum dapat kasi baby untuk kakak.

Setiap kali aku sakit perut (period pain) si kecik dengan baik hati akan letak minyak panas tolong sapu perut aku, sambil membebel macam aku bebel kat dia hari-hari..bla..bla..bla... Ibu terharu sangat dengan sikap kakak, kadang-kadang bergenang juga air mata ibu melihat bertapa tulusnya hati seorang anak kecil yang begitu sayang-kan ibu. Kalau aku cakap, "Nanti kalau ibu mati camne, kakak nak duduk dengan sapa? terus buat muka sedih & peluk aku sambil mintak maaf. Kakak.. kakak... sekejap jek masa berlalu. Semoga kakak akan sentiasa sayang & doakan kesejahteraan untuk ibu sampai bila-bila ye sayang.

Bila si kecik tengok aku dah tak sakit perut lagik, maka dia akan tanya, "ibu, baby dalam perut ibu dah keluar ke ?" adeehh nak jawab macam mana pun tak tahu, alih2 aku cakap belum keluar lagik, ada ni dalam perut ibu. Sejak dua tiga bulan ni si kecik Nuha seperti sangat desprate nak ada adik. Hari2 tanya pasal baby dalam perut ibu bila nak keluar. Mudah2n Allah makbulkan kehendak kakak untuk ada baby boy yang comel & sempurna sifat & akhlak. InsyaAllah....

Kalau kitorang jalan-jalan kt Mall, then dia nampak baby dalam stroller maka si kecik akan cakap kt aku, "ibu..ibu.. tengok tu baby .. comel sangat baby tido". Kalau ke taman permainan pula, if terserempak dengan kumpulan family yang ada anak2 kecil yang ramai maka si kecik akan terkedek-kedek nak join the group. Tapi adakala-nya diorang buat tak layan & tak nak geng dengan si kecik. So merajuk la budak kecik tu, sambil buat muka sedih datang kat aku.. olooo... siannya anak ibu, kawan2 tak nak geng yea. Kalaulah kakak ada adik 2, 3 org mesti kakak seronok nak main & tido dalam bilik sendiri kan. Sob.. Sob.. Sob...  

Walaupun aku cuba juga, untuk membuatkan si kecik berasa gembira dengan melayan dia main masak-masak, main sorok2 belakang pintu or celah katil, main playdoh sampai bersepah serumah dengan pasir playdoh & macam-macam lagik layan dia nak bermain, tapi kadang-kadang memang tidak di nafikan kehendak naluri anak2 yang ingin berkawan & bermain dengan rakan yang sebaya dengan mereka membuatkan mereka lebih seronok & berasa lebih puas berbanding bermain dengan kitorang. Paling lama boleh layan kakak main pun hanya 30 minit, after that semua pakat malas nk layan dah coz sibuk dengan macam2 hal. Sian kakak.

Doa ibu semoga baby dalam perut ibu ni cepat keluar, kalu boleh keluar 3 sekaligus lagi bagus. Pastu ibu boleh tutup operasi... :))











Selasa, 27 September 2016

Lunch Pizza Hut With My Beloved Doter


Hari Jumaat adalah hari outing dengan si kecik. Port yang menjadi pilihan untuk Jumaat kali ni adalah Pizza Hut. Selepas amik si kecik dari Little Caliph after 1230pm, kami terus ke tempat tujuan. Sambil tu aku berbual-bual dengan si kecik, bertanya soalan standard setiap hari "Kakak buat apa kat school tadi?" pastu mulalah dia cerita panjang berjela-jela. Dari kisah teacher & juga kawan-kawan dia. Aku pula bukannya dengar sangat, sekadar mengiakan saja. Sambil bawak kereta sambil layan budak kecik berceloteh. Tujuan dia hanya untuk mengelakkan si kecik asyik main HP. Kalau dia dah mula bercerita tu memang makan 15 minit jugak nk habis. hihihihi... <3




Kami lepak di Pizza Hut sebelah Metro Kajang je. Dah tanya dia beberapa hari lepas, Nanti nak makan kat mana ? So dia cakap nak makan pizza, sebagai ibu yang perihatin maka aku bawaklah dia lepak dengan syarat. Antara syarat yang aku tetapkan ialah kene baca quran dulu. Kene baca buku yang teacher ajar kat school. Alhamdulillah si kecik telah hafal beberapa surah pendek seperti Al-fatihah, An-nas, Al-falaq, Al-Ikhlas, Al-kafirun dan Al-quraish. Selain tu Nuha juga sudah tahu waktu solat & berapa rakaat bilangan solat. Moga menjadi budak yang beragama & berakhlak mulia yea sayang ibu. Ibu sentiasa sayang kakak.




Makan pisang dulu, pisang tu ibu kasi suh makan kt school pagi tadi, tapi dia tak makan pun. Asyik nak kene paksa makan baru nak makan. Letih kadang-kadang nak layan perangai si kecik yang macam-macam. Sebab itulah kadang-kadang ibu terpaksa bertukar menjadi singa atau serigala buat seketika dengan harapan Nuha Safiya membesar dengan sihat & bijak. 

Tidak mudah untuk mendidik anak. Dulu masa belum ada anak macam-macam planning nak buat camtu camni. Tapi bila dah ada anak, Ya Allah tak mudah nak menjaga  & mencorakkan seorang manusia. Kalau setakat nak kasi makan sampai bulat itu mudah, tapi untuk membentuk akhlak & menjaga adab amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Dan aku adalah manusia yang sentiasa kurang sabar bila berhadapan dengan sikap anak yang kurang menyenangkan. Tetapi kadang2 aku lupa, dia hanyalah seorang budak kecil yang perlu  dididik dengan sabar & berhemah. Seorang khalifah kecil yang baru hanya beberapa tahun mendiami bumi tuhan. Sebagai seorang manusia yang di pilih untuk menjadi ibu kepada khalifah kecil ini seharusnya aku mengambil amanah & tanggungjawab ini dengan penuh rasa bersyukur. Tidak mudah membina generasi yang hebat dunia & akhirat. Mudah2n aku mampu mendidiknya dengan adanya bimbingan Ilahi. 





Membina Cinta & Keserasian

Mencari cinta... !

Dalam hidup berumah tangga kadang-kadang banyak perkara yang membuatkan kita hilang kesabaran untuk terus mengekalkan cinta & kasih sayang pada tahap yang sepatutnya. Bukan mudah untuk maintain perasaan dengan sentiasa bersangka baik walaubagaimana pun ia bukanlah mustahil, cuma kita perlukan sedikit kekuatan jiwa untuk sentiasa mendidik diri supaya positive dalam apa jua keadaan. Hubungan baik dengan pencipta adalah faktor utama menyumbang kepada hubungan baik sesama manusia. Hanya insan yang mempunyai hati yang bersih akan mendorong mereka untuk berkelakuan baik.   

Mencari keserasian itu amatlah payah. Walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama, dalam erti kata hidup berumah tangga, tetapi masih banyak benda yang belum kita fahami sepenuhnya, tentang bagaimana cinta hati kita itu boleh berubah dari ketawa menjadi duka. Walaupun pada dasar-nya, kita berasa bahawa kitalah insan yang paling memahami sikap & perangai mereka, kerana hubungan antara dua jiwa yang sangat intim berbanding org lain. Tetapi itu adalah anggapan peribadi kita semata-mata, adakah pasangan kita merasa benda yang sama atau sebaliknya. Hanya dia & yg maha pencipta sahaja mampu untuk merungkaikan segala persoalan di hati.  

Setiap manusia akan berubah mengikut masa, samada berubah semakin baik mahupun sebaliknya. Cara & tanggapan kita terhadap pasangan adalah perkara paling utama. Sebagai seorang teman yang baik, kita seharusnya tahu menjaga hati sesama kita. Menjaga aib & menjaga nilai diri sesama kita. Jika ada yang terkurang kita lengkapkan, jika ada yang terlebih kita kongsikan, bukan saling menjatuh & menghina sesama sendiri. 

Berapa lama tempoh kita bersama pasangan bukanlah satu tanda aras yg betul untuk kita mengukur tahap keserasian. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menjaga hubungan baik, menjaga maruah & rasa kebersamaan yang tinggi bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kira terasa sakitnya. Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata, kita hidup sebagai hamba tuhan, menumpang secebis kasih sementara nyawa di kandung badan. Tiba masanya semua-nya kita tinggalkan. Kita hanya menumpang sesama kita. Menumpang kesenangan, menumpang jiwa untuk dicurahkan rasa cinta & kasih sayang. Maka apakah yang kita harapkan dari sebuah kehidupan yang hanya cuma menumpang buat seketika. 

Kadang2 kita terluka, kadang2 kita menzahirkan rasa cinta mahupun rasa benci. Kadang2 ada yang terluka lantaran kata yang menusuk kalbu. Tetapi bila di kenang kembali tentang hakikat kehidupan, tiba2 sahaja hati menjadi kosong. Kosong tanpa ada apa2 rasa. Kerana pengharapan yang sebenar-nya itu adalah mengharap kasih sayang Robbal'alamin. 

Semoga kita bertemu juga di Syurga nanti. salam sayang, salam kasih buat yang tersayang. 









Ahad, 18 September 2016

Salam Aidiladha !

 
 
 
Raya Aidiladha tahun ini kami tidak balik kampung mahupun jalan-jalan keluar kota. Kami hanya duduk di rumah & ziarah saudara mara yg ada sekitar Kajang & Putrajaya sahaja. Tempat wajib singgah di pagi raya adalah ke Rumah Opah di Putrajaya. Meraikan pagi raya dengan hidangan nasi dagang, rendang daging, lemang & juga lontong. Pada sebelah tengah hari pula kami menjamu selera dengan Sup Tulang lembu hasil korban Opah.. Alhamdulillah. Seharian kami di Putrajaya.  
 
Memandangkan cuti hujung minggu bersambung dengan Sambutan Aidiladha, kami pada awalnya ingin jalan-jalan ke Melaka tapi akhirnya kami hanya lepak di rumah sambil mengemas mana yang patut. Walaupun sebenarnya agak kebosanan juga tidak kemana-mana apabila cuti panjang tapi kami terpaksa mengawal perbelanjaan & membuat tabungan travel untuk beberapa bulan ini. berjimat cermat lorr... duit banyak mau pakai nak travel nanti. hihihihi... :) 
 
Walaupun dalam mood catuan perbelanjaan tetapi kami tetap mengagihkan sedikit daripada tabungan kami untuk tujuan melaksanakan ibadah korban untuk tahun ini. Jimat-jimat juga, tuntutan ibadah harus juga diutamakan.
 
Life to Hereafter ! 
 
Kami menggunakan Yayasan Amal Terengganu sebagai perantaraan untuk ibadah korban di Sudan. Pada perkiraan kami mereka (Warga Sudan) lebih memerlukan & lebih utama untuk menerima daging korban berbanding kita di Malaysia. Doa kami, semoga amanah yang di berikan kepada Yayasan Amal Terengganu itu dapat di laksanakan dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 
 
Salam Aidil Adha untuk seluruh muslimin & muslimat semoga Rahmat & kasih sayang Allah sentiasa melimpahi diri kita hendaknya. Amin Ya Robbal'alamin.