Setiap kali si kecik Nuha tengok perut ibu dia yang macam ibu mengandung 4, 5 bulan ni maka bertalu-talu soalan cepu emas akan keluar. Hmm walaupun sedikit terhibur dengan kerenah si kecik yang macam-macam tetapi ibu pun agak sedih juga sebab sampai sekarang belum dapat kasi baby untuk kakak.
Setiap kali aku sakit perut (period pain) si kecik dengan baik hati akan letak minyak panas tolong sapu perut aku, sambil membebel macam aku bebel kat dia hari-hari..bla..bla..bla... Ibu terharu sangat dengan sikap kakak, kadang-kadang bergenang juga air mata ibu melihat bertapa tulusnya hati seorang anak kecil yang begitu sayang-kan ibu. Kalau aku cakap, "Nanti kalau ibu mati camne, kakak nak duduk dengan sapa? terus buat muka sedih & peluk aku sambil mintak maaf. Kakak.. kakak... sekejap jek masa berlalu. Semoga kakak akan sentiasa sayang & doakan kesejahteraan untuk ibu sampai bila-bila ye sayang.
Bila si kecik tengok aku dah tak sakit perut lagik, maka dia akan tanya, "ibu, baby dalam perut ibu dah keluar ke ?" adeehh nak jawab macam mana pun tak tahu, alih2 aku cakap belum keluar lagik, ada ni dalam perut ibu. Sejak dua tiga bulan ni si kecik Nuha seperti sangat desprate nak ada adik. Hari2 tanya pasal baby dalam perut ibu bila nak keluar. Mudah2n Allah makbulkan kehendak kakak untuk ada baby boy yang comel & sempurna sifat & akhlak. InsyaAllah....
Kalau kitorang jalan-jalan kt Mall, then dia nampak baby dalam stroller maka si kecik akan cakap kt aku, "ibu..ibu.. tengok tu baby .. comel sangat baby tido". Kalau ke taman permainan pula, if terserempak dengan kumpulan family yang ada anak2 kecil yang ramai maka si kecik akan terkedek-kedek nak join the group. Tapi adakala-nya diorang buat tak layan & tak nak geng dengan si kecik. So merajuk la budak kecik tu, sambil buat muka sedih datang kat aku.. olooo... siannya anak ibu, kawan2 tak nak geng yea. Kalaulah kakak ada adik 2, 3 org mesti kakak seronok nak main & tido dalam bilik sendiri kan. Sob.. Sob.. Sob...
Walaupun aku cuba juga, untuk membuatkan si kecik berasa gembira dengan melayan dia main masak-masak, main sorok2 belakang pintu or celah katil, main playdoh sampai bersepah serumah dengan pasir playdoh & macam-macam lagik layan dia nak bermain, tapi kadang-kadang memang tidak di nafikan kehendak naluri anak2 yang ingin berkawan & bermain dengan rakan yang sebaya dengan mereka membuatkan mereka lebih seronok & berasa lebih puas berbanding bermain dengan kitorang. Paling lama boleh layan kakak main pun hanya 30 minit, after that semua pakat malas nk layan dah coz sibuk dengan macam2 hal. Sian kakak.
Doa ibu semoga baby dalam perut ibu ni cepat keluar, kalu boleh keluar 3 sekaligus lagi bagus. Pastu ibu boleh tutup operasi... :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan