Isnin, 3 April 2017

Travel :: Jelajah Negara Balkan !

Alhamdulillah, pada setiap kesusahan itu ada kemudahan ...

Homestay kami di Putera Suite @ Putrajaya  mengambil masa hampir 4 bulan untuk di siapkan sepenuhnya. Walaupun masih ada beberapa item dekorasi yang belum sempat aku masukkan, tapi itupun dah macam rumah contoh untuk jualan.. hihihihi... (perasan der). Kos renovasi & segala peralatan untuk homestay telah memakan kos hampir RM30,000 Ringgit Malaysia. Bajet asal hanya RM15,000 dah lama burst. So aktiviti Travel menjadi sedikit suram & terpaksa diperlahankan. Even my HP pun masih pakai galaxy tab yang dah retak 1000 tu. Belum ada bajet untuk pikir pasal beli HP baru semenjak Note 5 aku hilang di IKEA Cheras haritu Boleh bace di sini

Kata orang tua-tua, tidak semua benda boleh kita dapat dalam satu masa. Adakalanya banyak benda yang perlu kita lepaskan untuk memenuhi sesuatu tujuan yang lebih utama. Walau apapun aku sangat bersyukur atas segala rezeki & kurniaan Allah terhadap diriku & keluarga. Hidup di dunia ini hanya sementara, tiada apa yang perlu dibanggakan, hanya cukup sekadar rasa syukur & gembira atas pencapaian diri sendiri yang telah dimakbulkan oleh-NYA Yang Maha Esa. Semua tu hanya pinjaman sementara, ia perlu di urus selia dengan seadanya. Adakalanya ia juga membebankan si pemilik. Maka berhati-hatilah dalam membuat hitungan padanya, moga ia tidak memberi beban di sana nanti. 




Berbalik kepada usul untuk menjelajah ke negara-negara di rantau Balkan untuk tahun 2017 nampaknya mungkin terpaksa di tunda ke tahun 2018. Rencana untuk trip Balkan ini telah di utarakan ketika kami masih dalam pengembaraan di Europe pada 2016 yang lalu. (cerita jelajah Europe pun belum sempat aku update sepenuhnya kerana faktor masa sangat terhad). Negara di rantau Balkan tidaklah semaju negara2 di Benua Eropah, tetapi ia tetap punyai tarikan tersendiri yang aku rasakan sangat unik & indah untuk di terokai sejarah-nya.


Cadangan Route Jelajah ke Rantau Balkan bermula dari :-

1. Istanbul Turkey - Hungary Budapest - Bratislava Slovakia - Vienna Austria - Slovania - Crotia - Bosnia - Montenegro - Kosovo - Macedonia - Albania - Rome Italy

2. Istanbul Turkey - Athens Greece - Albania - Macedonia - Kosovo - Montenegro - Bosnia Crotia - Slovania

Kami mempunyai masa kurang lebih 24/25 hari untuk memenuhi jadual pengembaraan untuk kali ini. Walau bagaimanapun, faktor pengangkutan awam menjadi topik penting untuk kami menjangkau dari satu negara ke negara yang lain. Kali ini kami merancang untuk menggunakan sepenuhnya public transport untuk bergerak. Sewa kereta hanya untuk jelajah dalam lingkungan negara saja. Kami mengambil kira faktor masa yang tidak mengizinkan jika kami memandu sendiri merentasi negara. Ia sudah pasti amat menyeronokkan tetapi faktor keletihan pemandu juga perlu di ambil kira. 

Kepada kengkawan backpakers yang pernah membuat trip ke Balkan mohon kongsikan segala tips & pengalaman anda untuk dirujuk. Cadangan pengembaraan adalah pada hujung tahun 2017 jika keadaan kewangan mengizinkan, jika tidak mungkin terpaksa di postpone hingga ke musim bunga 2018. 

Merencanakan pengembaraan tanpa agen adalah sangat mencabar kekuatan minda serta skill pengurusan masa yang baik. Banyak perkara & kerja perlu dilakukan, tetapi hasil-nya amatlah memberangsangkan. Trip kembara Europe Nov 2016 yang lalu telah di rangka dalam tempoh kurang lebih 4 bulan. Walaubagaimanapun Poket masih tebal masa tu, berbanding 2017 ia sedikit "tight" kerana bajet "Trip Balkan" terpaksa dialihkan untuk bajet "Homestay". Moga dipermudahkan segala tabungan kami InsyaAllah. Moga DIA memberi keizinkan buat kami. Allah-humma... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan