Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Petang kelmarin aku disentap dengan berita kematian ibu tiri yang sangat baik hati & banyak membantu kami adik beradik, terutama dalam hal2 menguruskan segala perkara yang berkaitan harta pusaka arwah umi & abi. Banyak juga dia membantu abg & adik-ku dari segi kewangan. Adik bongsu-ku Ahmad Naziruddin atau lebih mesra di panggil Sadiq masih lagi menuntut di tahun ke-2 UKM. Yuran semester selalunya Mokde yang tolong bayarkan, walaupun tiap2 bulan budak kecik tu dah dapat duit pencen arwah umi beriban2. Masa Sadiq masuk Hospital Putrajaya awal tahun haritu pun mokde juga tolong bayarkan bil hospital yang mencecah hampir 3 ribu tu, klu tidak memang masak jugak dibuatnya jika aku nak kene bayar, maklumlah budak kecik tu bukan ada duit. Tidak dinafikan Mokde memang tidak pernah berkira jika ada yang minta bantuan. Dia selalunya akan bersangka baik saja.
Dulu aku jarang bercakap sangat dengan dia. Tapi sejak arwah abi telah tiada aku semakin rapat dengan dia. Perasaan tanggungjawab untuk ambil berat terhadap dia sedikit menebal dalam diri, kerana dia hanya tinggal seorang diri di rumahnya di Kuala Dungun tu. Walaupun rumah adik beradik dia hanya selang beberapa rumah saja tetapi dia lebih senang duduk sendiri katanya. Lagipun mokde tiada anak, hanya anak saudara saja yang selalu datang menjengoknya. Perkara itu menambahkan lagi rasa hiba dihatiku terhadap nasib mokde. Ya Allah engkau menguji hamba2mu sesuai dengan kemampuan mereka. Sejak pencen dari menjadi cikgu, Mokde menghabiskan masa terluang-nya dengan menghadiri kelas agama. Pernah juga aku mengajaknya untuk ke Rumah-ku di Kajang mahupun Putrajaya tetapi dia menolak, katanya sayang untuk meninggalkan kelas agama yang sudah diikuti hampir setahun itu.
Setiap kali balik ke kampung aku pasti singgah sebentar di rumahnya untuk melihat keadaan dia. Last aku jumpe dia adalah ketika pulang ambil Muiz pada awal bulan 7 haritu. Banyak perkara yang diborakkan. Dia seorang yang memahami & sering memberi kata2 positif kepada aku. Walaupun hanya ibu tiri tetapi rasa prihatin terhadap anak2 (adik beradi-ku) masih juga diambil perhatian. Aku melihatnya sebagai seorang guru yang tegas tetapi baik hati. Masih teringat kata2 arwah abi kepada-ku, "buat baikla dengan "ummi" tu, tak jumpa lagi dah ibu tiri baik macam dia" yer abi... ade benarnya kata2 abi tu. Memang dia seorang perempuan & ibu yang baik. Maka tidak hairanlah jika kematian dia pun dalam keadaan yang baik.
Kali terakhir aku berhubung dengan mokde adalah pada 26 Nov 2017. Memaklumkan tentang pencapaian Muiz untuk peperiksaan akhir tahun 2017. Dia bertanya juga mengenai bila due date aku & turut mendoakan semoga urusan hidup-ku dipermudahkan. Itulah doa & kata2 terakhir yang sempat dibualkan bersama mokde. Rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu mokde buat kali terakhir sebelum Mokde bertolak untuk menunaikan umrah pada 8 Dis 2017 haritu. Mungkin takdir Allah telah tertulis. Semoga Allah merahmati & menempatkan Mokde dikalangan hamba2NYA yang Mulia.
Setelah mendapat berita mengenai kematian mokde aku tidak dapat lelap walau seminit pun pada malam semalam. Terasa benar kehilangan-nya. Belum sempat aku mengenalinya dengan lebih dekat, dia telah pergi menemui sang pencipta. Setelah arwah abi meninggal genap setahun 8 bulan, akhirnya semalam mokde pula menyusul. Maka hilanglah tempat adik2 meminta belas ehsan. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian & juga aku untuk terus hidup dengan segala amanah yang dipikul sendiri.
Arwah mokde meninggal ketika transit di Jordan sebelum ke Madinah. Aku difahamkan, cuaca di Amman Jordan begitu sejuk iaitu sekitar 8 darjah celcius & mokde ada mengadu sesak nafas kepada rakan jemaah sebelum jatuh pengsan. Rombongan Umrah mereka bertolak dari KLIA pada 8 Dis 2017 sekitar jam 10pm waktu malaysia dan sampai di Amman sekitar jam 5am waktu Jordan. Jenazah arwah mokde tidak dibawa pulang ketanah air. Semua ahli keluarga bersepakat untuk kebumikan jenazah disana saja.
Dalam Doa yang penuh ikhlas dari lubuk hati ini, aku memanjatkan doa kepada Allah swt semoga urusan mokde dipermudahkan sebagaimana mokde telah mempermudahkan segala urusan kami adik-beradik selama ini. Saya mungkin akan merindui mokde sebagaimana saya merindui arawah ummi & juga Abi. Semoga kita sekeluarga akan bertemu nanti di Syurga Allah. Amin Ya Robbal a'lamin.