Khamis, 13 Mac 2014

Kesesuaian Gadjet Untuk Anak-Anak

Adakah gadjet merupakan keperluan kepada anak2 ? Sudah tentu tidak, tapi kebanyakan ibu-bapa masa kini menjadikan pelbagai gadjet seperti Ipad, Samsung Galaxy & bermacam-macam lagi brand gadjet di luar sana sebagai hadiah kepada anak2. Aku juga antara segolongan ibubapa yang tidak ketinggalan. Bukan niat di hati untuk melalaikan anak2 dengan permainan dan Video game tetapi hanya sekadar bahan bantuan yang dapat membuatkan si anak duduk diam seketika.

 
 
Selalunya Nuha akan menggunakan HP aku untuk melihat Upin & Ipin di Youtube. Maka tidak sampai 2 minggu, quota data internet aku telah mencapai limit. Aduhaiii... dah 2 bulan aku terpaksa beli quota internet dari Digi. Sesekali terfikir juga untuk meng"download" cerita-cerita tu, tapi macamne? aku ni bukannye tahu sangat tentang application yang berjuta dalam downloader tu. Yang aku tau mesej, whatsapp & call. Paling kuat pun bukak Facebook or bace emel di Handphone itu sahajalah yang aku tahu. Sehingga pada suatu petang my hubby tolong downloadkan aplikasi "VIDEODER" & "MX Player" lahaaiii rupanya sangat mudah nak download semua cerita or lagu dari Youtube.



Handphone S2 yang dah lama xpakai. Tetiba-tiba terfikir untuk download cerita Upin & Ipin untuk Nuha. So xpayahla nk pakai HP aku. Cuma Bateri S2 tu ada masalah skit iaiutu cepat habis. Nampaknya nk kene beli bateri barula pulak untuk anakanda kesayanganKu ini. Aku download cerita tu masa kt Office coz pakai wifi je. Klu nk pakai Internet Data aku mmg masakla. Ok Nnt petang dah boleh kasi hadiah untuk adik. Hopefully ada manfaat dengan menonton cerita Upin & Ipin tu. Sepanjang pemantauan aku, cerita animasi Upin & Ipin tu banyak jugak yang positif. Ada cerita tentang puasa, tentang mengaji al-quran & sebagainya.

Mudah2n dengan adanya alat bantuan ini akan memudahkan Nuha memahami perkara yang patut & tidak patut di lakukan. Walaubagaimanapun Gadjet yang seumpama ini perlu juga di kawal bagi mengelakkan anak2 hilang sifat beramah mesra (Friendly). Kadang-kadang apabila terlalu asyik dengan video & game yang terdapat di dalam gadjet berkenaan membuatkan mereka menjadi pasif & lebih gemar menonton video atau bermain game daripada berinteraksi dengan ibu & ayah.

Tapi sekiranya ibu-bapa dapat membuat jadual pemantauan yang baik, InsyaAllah ia dapat seimbangkan pemikiran anak-anak. Dalam sesetengah keadaan ibu-bapa juga sepatutnya ikut serta menonton video bersama anak-anak.

Wallahualam...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan