Isnin, 9 Disember 2013

Samsung Note II VS Huawei Ascend Mate

Ape yang best tentang kedua-dua model smartphone ni. Satu brand dari Korea satu lagi dari China. Yang menarik tentang Brand smartphone ni ialah kitorang dapat beli dengan harga yang murah ehehehe..
 
 
 
Last weekend aritu aku ajak my hubby ke Plaza Lowyat. Sebelum tu aku ade tengok dlm Newspaper tentang carnival jualan hebat. Semua model handphone dijual dengan 50% discount. Entah betul entah tidak. Biasala iklan mmg gempak memanjang. Apepun after Asar kitorang bersiap ke Plaza Lowyat. Sesampai je kt Ground Floor kt dalam Lowyat tu aku tengok org ramai duk berkumpul. rupe2nya ada acara lelongan gadget. Huh aku ape lg terus join sekaki, mana boleh terlepas peluang. Nk juga join.. ehehehe.. Hubby dengan my little doter duk kt blakang.

Bila tiba giliran Smartphone Huawei Ascend Mate di lelong maka aku tanpa sedar dah terjebak dalam acara membida Smartphone tu. Padahal pada mulanya aku nk beli Smartphone Samsung Note III, Xterlintas plak pasal Huawei ni. Sekali tanpa sengaja aku Berjaya mendapat bidaan tertinggi. Hubby kt blakang tu buat muka pelik bile pembida di pentas mengumumkan "Smartphone Huawei Ascend mate dimenangi oleh kakak dengan Harga RM780" sambil semua audition mengarah kepada aku. Fuuuhhh Glamour sekojap ko. hehehe...
 
Hubby pun datang dekat dengan aku "Kenapa tetiba bid Hp Huawei..? bukan kate nk beli Note 3 ke..?" dengan selamba aku pun jawablah "Hmm bukan aritu abg kata nk beli Huawei tu kan..Xpela yang tu org kasi kt abg, org beli note II jelaa, kalu nk amik note 3 dah lari bajet..." my hubby terus terdiam. Xsangka plak aku kasi HP Huawei tu kt dia agaknya. hehehe.. aku pun xsangka jugak. Entahla semua berlaku begitu pantas.
 
selapas dah buat bayaran aku lepak lg kt situ, dalam fikiran ingat nk bid Note 3 plak. Klu ade rezeki boleh dapat murah. Tp sayangnya xde rezeki aku untuk menang Note 3 secara lelong. So kitorang terus naik ke tingkat atas untuk beli Note 2. Lebih kurang sejam duk memusing akhirnya tercapailah impian aku utk menukar Smartphone samsung Galaxy S2 aku yg dah berusia 2 tahun tu kepada Samsung Note 2. Walaupun pada asalnya aku nk beli Note 3 dengan bajet RM2300 tp nk buat camne tetiba aku dah terjoin lelongan Huawei tu plak, ape nk di kato, Kita hanya merancang tuhan yg menentukan. Walaubagaimanapun mmg berbaloi join acara lelongan tu. Harga pasaran Huawei Mate tu adalah RM1250 sedangkan aku beli dengan harga RM780 jimat lagi RM470... Mmg terbaik..
 
Note II tu aku beli original set dengan harga RM1500. Siap dengan screen protector & juga cover ala2 kulit.Total perbelanjaan untuk 2 ketul smartphone adalah RM2280.00 shj mmg under bajet. balance lg RM20 boleh buat makan McD ehehehe.. semua org happy haritu, aku pun happy coz dapat beli HP baru & juga dapat Happykan my hubby dengan membeli smartphone juga utk dia. hehehe... klu sesorang je happy xdela happy sgt.. So klu boleh happy bersama kan lagi seronok. :)) malam tu kitorang pakai tido jam 1.30 pagi, laki bini duk excited menggodek smartphone masing2. ehehehehe... Bangun pagi dah mamai...:))
 
 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan