Setiap benda yang terlihat elok dari luaran-nya belum tentu elok & sempurna juga di dalamnya. Manusia tidak kira tua atau muda, semuanya berpura-pura. Berlagak baik bile berhadapan dengan sesuatu kepentingan tetapi hakikat yang sebenarnya jahat lagi busuk hatinya.. wa'iyazubillahiminzalik. Jauhkanlah aku & keturunan-ku dari manusia jenis begini.
Aku seorang manusia yang banyak diam dari bercakap. Klu ade sesuatu perkara berfaedah yang ingin di share atau di kongsi baru aku membuka mulut. Tapi klu mengharapkan aku bukak cerita utk bergosip mintak maaflaa. Aku bukan seramah itu. Aku adalah seorang manusia yg hanya suke membuka cerita & berkongsi ape shj kisah tentang hari-hari yang aku lalui hanya dengan insan terdekat seperti ibuku. Tapi kini manusia yg sentiasa menjadi pendengar setia cerita hari-hariku adalah my hubby setelah arwah ibuku pergi buat selama-lamanya.
Aku sentiasa meletakkan "Gap" antara aku dan org lain. Aku tidak senang, apabila orang lain memecah masuk sempadan yang telah aku tetapkan. Samada dari segi kata-katanya mahupun perbuatannya. Aku cukup benci jika berhadapan dengan manusia yang tidak diundang ini. Org lain yang di maksudkan adalah semua manusia kecuali Ibu-Ayahku serta suamiku.
Tapi itu bukan bermakna aku seorang yg ego dan tidak boleh ditegur jika melakukan kesilapan. Bukan begitu maksudku. Aku gemar org lain menegurku. Tapi mungkin cara teguran yang hendak di sampaikan itu perlu kene pada tempatnya. Bukan menjerit satu kampong. Did U thing U are to perfect to judge some1 else Like this & Like that. Please respect other person if u want others respect U... !
Entah ape aku merapu hari ni pun aku xtau, tiba2 mood ingin merapu datang hari ini, mungkin rentetan beberapa peristiwa yang agak menikam hati.. Oh ya aku juga seorang yang lambat marah. Klu org lain memalukan aku di hadapan org ramai samada secara sengaja atau tidak, aku sedikit lambat untuk bertindak balas. Slalu-nya aku perlukan masa selama beberapa jam hingga satu hari untuk respon. Aku akan diam & berfikir. Mungkin juga hairan, mengapa begitu & begini. Mmg agak lembab bile berhadapan dengan situasi begitu. Tapi jangan ingat aku terlalu sabar untuk dimalukan begitu sahaja.
Pesanan ringkas dariku, jadilah manusia yang positif & menghormati hak orang lain, sungguhpun kau punya hak untuk berkata-kata, tapi gunakanlah kata-katamu itu dengan baik jangan sampai memalukan manusia lain. Kerana kau pun manusia yang terlalu banyak dosa & aib-nya. Jangan terlalu laju berbicara sampai lupa dengan siapa kamu berbicara. Jangan terlalu memandang rendah kepada insan lain, Bimbang nnt kamu sendiri yang menerima padahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moga angin lalu menyampaikan risalah ini kepada manusia yang berbicara tanpa akal itu.
Allah memberi kelebihan harta & pangkat kepada-mu bukan kerana hebatnya kamu, tetapi kerana Allah ingin menguji-mu. Jadi janganlah takabbur & besar diri xtentu pasal... baca surah At-takasur banyak skit, jgn baca saje, bace makna-nya skali, mudah2n kamu sedar diri.
wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan