Jumaat, 11 Oktober 2013

Bercuti Ke Krabi :: Tup Island & Chicken Island

Pakej 4 Island kitorang ambik dengan Anne. Dia adalah staf kat kaunter Lada Krabi Residence Hotel. Harga untuk pakej untuk 2 org dewasa & my cute baby hanyalah 900 Bath shj. Harga sangat murah & tersangatlah berbaloi. Pakej ni menggunakan khidmat Green Planet Tour. Kitorang naik longtail boat. Knp x pilih speedboat ? untuk makluman kawan2, untuk menikmati keindahan sebenar untuk pakej 4 island aku mencadangkan korang amik loangtail boat, sgt enjoy. 4 island ni jarak antara pulau ke pulau adalah dekat. So memadai dengan hanya menggunakan longtail boat. Tp makesure dengan Green Planet Tour ye, Boat diorang besar, selesa & cantik. Klu Long tail boat Baracuddas buruk skit, ala2 boat nelayan .. ehehehe... Tp Klu Speedboat better amik dengan Baracuddas. Oklaa jom layan gambar yang sempat di ambil.
 
 
Budak paling Xcited...

 
Muka kelaparan semua ni, menunggu breakfast sebelum pick up truck dtg amik utk nk ke Jetty Aonang

 
Tawaf se-café...
 
 
Ok dah sampai pun hidangan pagi kitorang. Asalnya ada 4 tp dah kene songlap sekeping. Harga set ni berserta minuman 120 bath. Oklaa sedap & halal. Cukuplaa buat alas perut dulu.. (12.00 MYR)
 
 
Jom makan.. cepat2..

 
Inilah Pick-up truck yg angkut pelancung utk ke Jetty, Kitorang adalah org pertama yg naik, after that dia g angkut lg 10 org mat salleh german. dah macam sardine kt dlm ni... Oh ya inilah Krabi Town.. ala2 pecan kecik je..
 
 
Budak baik yang sgt cool & enjoy bile bawak jalan2... muahaha
 
 
My cute baby yang ibu sayang muahahaha...
 
 
Mmg muke sepesen betul 2 beranak ni... isk..isk..isk... cubala senyum skit..
 
 
 
Yeay dah sampai di Tup Island. Gambar dekat Jetty xsempat di ambil memandangkan battery DSLR aku cuma tinggal 40%. Lupa nk cas battery semalam. :)) mana Abi ni, Adik dah siap pakai baju nk mandi dah ni...

 
Pulau yg kitorang duduk skrg adalah Tup Island, yg sebelah sana adalah Chicken island. 2 Pulau ni boleh di seberangi  jika air laut sedikit surut. Nampak X org duk seberang ke pulau sebelah tu. Air dalam la jugak, dekat paras dada aku jugak, tp sgt best & seronok.. Kt sini kitorang hanya ada masa selama 1 jam shj.

 
Pulau2 yang sangat cantik, membuatkan aku xberhenti utk shoot the view. hubby angin je coz aku duk sibuk buat photoshoot. ehehe Abi-abi, ade-ade je, xleh tengok aku happy skit, dah lama aku x tambah shutter count DSLR aku ni, dah hamper setahun kot duk berkurung dlm beg tu, sesekali pegang Xcited lebey skitlaa... hikhikhik

 
Pengunjung pulau

 
Nampak X pakcik baju merah tu, Lahaaii kt situ rupenye dia. Pergi belikan pisang untuk bekalan adik. Ehehehe bagus betul Abi, untuk adik je di beli-nya untuk Ibu.. Harraam... huh..

 
:)
 
 
Gambar berlatar belakangkan Chicken island
 

Gambar berlatar belakangkan Tup Island
 
So after bergambar situ sini, maka kitorang pun terjunla ke laut, si kecik tu dah xnk naik, penat duk memujuk dia suh naik... adeehh budak kecik ni klu dah berendam mmg payah nk suh naik. Masa sejam yg di bekalkan untuk kitorang berlalu begitu cepat. lahaiii baru beberapa minit duk main air dah nk kene naik boat. Hmm xpelaa.. banyak pulau lagi nk menyinggah ni, lg nk snourkling bagai plak pasni ni. So kitorang bergerak naik ke boat & bertolak ke destinasi pulau yg seterusnya.
 
 
 
View Chicken Island dr sisi belakang. kt sebelah sana xleh nk turun coz xde persisir. so tengok dr atas boat je laa. Nampak macam ayam x..?

 
Bye2 Chicken Island, mungkin jumpe lg di lain masa. Mek salleh duk bertengek kt bahagian depan boat. Ala2 berjemur gitu.. :)

 
Ibu dan Adik dlm boat.. basah kuyup after duk berendam kt Tup Island td.. tengok si kecik yg steady & cool.. xbuat perangai langsung dia. Enjoy... !! 
 
Okla nnt aku sambung citer next week plak, dah nak balik da.. next week dah nk sambut Aidil Adha. Semoga membawa seribu rahmat kepada kawan2 islam-ku semua. Salam Aidil Adha... Jom balik, nk g amik my baby plak ni, lambat2 kang jam berejam kt Sg. besi tu...  Zaaaassss... :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan