Dunia hari ini ialah dunia yang telah terbiasa dengan wang ringgit, pernah dengar, org menuturkan kata-kata "No Money, No Talk !!" uh sombong & angkuh sungguh bunyi-nya. Cukup untuk menggambarkan keperibadian seorang insan. Hmm aku kekadang bingung memikirkan sikap manusia hari ini hampir 80%, tidak kire peringkat umur & latar belakang pendidikan, tersangatlah bias dlm bab ini. Andai mereka ade sedikit kelebihan ILMU tentang sesuatu perkara, dan kite sebagai manusia yang masih perlukan tunjuk ajar memohon untuk diberikan sedikit Idea berkenaan sesuatu, Jangan haraplah, lebey-lebey lagi klu mereka ini digolong-kan sebagai "Expert Advisor". Harapan tinggal harapan ajela klu ko nk idea free2 dari diorang ni... Pelik tapi Benar, itulah realiti kehidupan di alaf baru ini... Siapakah yg patut dipersalahkan..? Salah Ibu mengandungkah..? Salah guru2 di sekolah..? aku sendiri No Idea dlm hal ini.
Terkadang termenung jauh aku memikirkanye, kenapa manusia hari ini tersangat mengutamakan Wang. Tidak terdetikkah di hati mereka sedikit rasa Ikhlas untuk mengajarkan sesuatu kepada manusia muda seperti aku ini dgn penuh Ikhlas tanpa mengaharapkan untuk di sogok dgn wang ringgit. Aku ni bukan "Tokei Balak" hari-hari nk kene paw.. xkanlah setiap kali ingin bertanya sedikit Idea, mahupun pendapat mengenai sesuatu perkara yg Mereka lebey arif & berpengalaman harus berkira-kire untuk dibayar service-nya. Agak2lah... Quote yg sering diutarakan "Sama-sama cari makan !! adooiii pecah kepala den. Setakat belanja makan tu consider ok-la lagi, klu sampai nk suh aku bayar riban2.. please-laa.. kawan2 Ma.. xpayahla poyo sgt, aku bukan nk ko prepare report bagai pun, aku just nk tanye pendapat yg aku sendiri dah tau pun, cume nak-kan kepastian aje. Agak2la Dol.. kate org Pata Timo "Berat 66 gini..!!" huhuuhu
Walaubagaimanapun, aku tersangatlah menghargai semua Lecturer & tenaga pengajar School of Architecture, Building & Survey UiTM Shah Alam. Lecturer yang paling aku respect sampai sekarang, yg amat komited mencurahkan segala Ilmu terhadap pelajar adalah Associate Prof Salmiah Hassan & juga Mr Nazim Alias. Sejak zaman dulu sampai sekarang mereka ni xpernah jemu mencurah-kan segala ilmu yg dimiliki tanpa mengaharapkan sebarang balasan.
Walau apepun, kata pepatah Melayu " Org Berbudi Kite Berbahasa.."
Guru adalah tugas yg paling mulia jika segala bakti dilakukan dgn sepenuh hati.. PERCAYA-lah setiap perkara yg dilakukan dgn penuh keikhlasan tanpa mengharap-kan ape2 balasan daripada manusia akan di balas dgn sebaik-baik ganjaran. Belajarlah untuk menjadi lebey Ikhlas. Sebuah KeIkhlasan tidak menuntut walau sakupang. Cukuplah sekadar anda melemparkan sebuah senyuman kepada yang selayaknya dgn penuh keikhlasan !!! kerana ada hati yang akan bahagia dek sebuah senyuman itu.
Selamat Malam & Assalamualaikum.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan