Rabu, 5 Mac 2014

Di Hempap Syiling Kapur Ketika Tidur

Seperti biasa tepat jam 10.30 malam kitorang sekeluarga akan bersiap untuk tidur. Selalunya aku akan lena pada jam 11.30pm & ke atas. Nuha pulak cepat pulak tidurnya pada malam itu.  My hubby pun sama. Kalau dah letak kepala & tutup lampu tak sampai 20 minit berdengkur la dia. Aku plak mmg jenis payah nk lelap. Macam-macam benda bermain dalam kepala. Tapi berlainan pula pada malam kejadian..  After letak je kepala sekejap, entah bila pun aku tak sedar yang aku telah hanyut di alam mimpi.
 
 
 
 
Tepat jam 1.30am tiba-tiba bunyi Berdegang !! Auch terasa amat sakit di bahagian mulut. Hubby turut  terperanjat. Bingkas dia bangun & bukak-kan lampu. Apa yang berlaku ..??? Dalam terpinga-pinga kitorang sangat terkejut. Cornice di bahagian kepala katil telah jatuh menghempap kepala hubby. Nasib baik Nuha tidak ape-ape. Alhamdulillah Allah selamatkan adik dari sebarang kecederaan terkena cornice. Lena-nya Nuha tidur hingga tidak sedikit pun dia terganggu dengan bunyi tu... 
  
 
 
 
Dalam keadaan yang agak pening & masih terkejut, aku & hubby bersihkan serpihan cornice yang berteraburan di atas katil. Aku masih mencari-cari sebab mengapa cornice tu boleh jatuh. Adakah sesiapa ada di atas bumbung rumah & menyebabkan tekanan pada syiling..?? Sejak akhir2 ni banyak kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan aku ni. Walaupun ada pengawal keselamatan tapi entah macamne diorang masih boleh menerobos masuk ke kawasan perumahan & memecah masuk ke dalam rumah.
 
After dah siap2 bersihkan sisa-sisa kapur & habuk di lantai aku mintak hubby turun ke bawah untuk usha keadaan. Rasa takut begitu kuat mencengkam dada. Dalam pada itu aku jugak tidak lupa memanjatkan syukur kepada Allah kerana tiada kecederaan teruk yang di alami. Aku hanya terkene sedikit torehan di bibir. Hubby pula berjalur di tepi kepala. Nasib baik cornice tu tidak jatuh menjunam ke atas muka, jika tidak nauzubillah. Mungkin berkat aku selalu menmaca  doa tidur & surah 3 KUL serta menghembus kiri & kanan sebelum tidur.
 
Sesekali terdetik juga, Syukur ajal-ku masih panjang. Di tempat tidur di rumah sendiri pun belum tentu kite selamat. Malang datang tidak berbau. Di mana-mana sahaja bala bencana ada. Samada kite bernasib baik atau tidak itu semua di atas kehendak Allah. Allahuakhbar... !!!
 
 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan