Mahkamah Tawau
Plaza Sabindo
Naik Bas ke Semporna
Perjalanan dr Pekan Tawau ke semporna lebey kurang 2 jam menggunakan bas, klu teksi dlm sejam lebey skit je, maklumla bas berenti turunkan org, so take time skitla. Tambang bas RM10/pax, klu naik taxi RM90 sehala. so ini adalah cara paling menjimatkan kpd yg merancang utk bercuti ke Tawau. Pemandangan sepanajang perjalanan diliputi bukit bukau & hutan2 kecil. Ia adalah pengalaman yg paling berharga apabile dapat melihat makcik2 yg mengengdong bakul2 di atas kepala, kemiskinan masih lg berleluasa di Tawau, majoriti penduduknya melakukan aktiviti pertanian.
Setelah 2 jam berlalu kami akhirnya sampai di Pekan Semporna, keadaan di Semporna tidakla semaju di Tawau, ia cume sebuah pekan kecil yg pekerjaan utama penduduknya adalah nelayan & bertani, setelah turun dr bas kami berjalan kaki lebey kurang 25 minit ke Dragon Inn Hotel, hotel terapung di atas air. Harga bermula dari RM99/night, paling mahal RM180/night. Oleh kerana penat berjalan, kaki aku tetiba tersadung, walaupun xberapa teruk cukup untuk membuatkan kulit betisku bertukar warna. agak sakit sebenarnye. Adoooiiilaa.. :(
Dragon Inn, Semporna
Pekan Semporna
Setelah check in kt Dragon Inn Chalet, hubby ajak aku jalan2 pusing bandar Semporna, lagipun dia nk cari bank, coz besok kitorang nk ke pulau Mabul, kt sana nnt xde bank ke ape, so better bawak duit lebey skit. Actually aku da malas nk kemana2 coz jam pun da menunjukkan pukul 4.30 petang, sat g kul 6.30 da gelap. tp memikirkan esok pagi da nk ke Mabul island terpaksala aku gagahkan jugak kaki aku yg da cedera ni, lagipun perut nk kene isi jugak ni, lapo da ni.. so kitorang jln kaki pusing2 pekan semporna yg xsebesar mana tu, banyak betul org kampung jual makanan laut yg da siap di bakar, macam udang bakar, sotong bakar, ikan bakar & macam2 lg, tp aku xbape selera nk beli, memandangkan keadaan tempat jualan yg agak meloyakan, yg si penjual tu plak kuku nye ya rabbi, adeehhh sabo ajelaa.. terus mati selera aku di buatnye.
selepas 2 jam lebey berjalan2 kitorang singgah kt sebuah restoran tepi pantai, kire ok jugakla kedainya, keadaan kedai tu bese2 je, xdela besar mana pun, besela kedai kampung.. aku makan nasi goreng kampung n sotong goreng tepung. harga nasi goreng mmg da standard kt Tawau, sepinggan 6.50 paling murah. so xkisahla yg penting aku dapat makan n perut kenyang. hmm rase makanan pun ala2 aje, xabar nk balik semenanjung n melantak puas2.. selepas siap2 makan kitorang balik bilik, mandi2 n tido..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan