Harini Genaplah usia kandunganku 11 minggu mengikut perkiraan hari pertama haid terakhirku 13 April 2011, beberapa harini aku mengalami sedikit pendarahan. Risau juga hatiku bile memikirkan pendarahan dlm usia kandunganku masih awal. hmm ade2 saje dugaan yg datang, ya Allah tabahkanlah aku dlm melalui liku2 hidup ini, Doaku moga baby selamat dilahirkan. Ini adalah kandungan kedua ku setelah aku mengalami keguguran pada 5 April 2010 yg lalu, harapanku moga kandunganku kali ini berada dlm keadaan yg selamat & sihat hendaknya, memana ibu pun dlm dunia ini sentiasa mengharapkan yg terbaik & mendoakan kesejahteraan utk anaknya selagi hayat dikandung badan.
Aku mengajak hubby ke klinik untuk mengenal pasti punca pendarahan di samping meninjau keadaan janinku, samada masih selamat atau dlm keadaan yg kritikal. seperti ape yg berlaku pada tahun yg lalu, jantung janinku tetiba hilang dr kantungnya. doktor yg membuat check up pun tiada sebarang jawapan utk masalah itu, cume dia mengatakan kemungkinan janin aku tidak normal. ape2 pun aku terima dgn hati yg terbuka & redha, ada hikmah atas semua perkara yg berlaku. kesedihan & rase hampa semestinya tidak dapat lari dr bersarang diruang hatiku, namun itulah takdirnya. yg pergi xkan kembali.
Alhamdulillah setelah melakukan medial check up dgn Kpt Dr. Muzammil Ozair di RSAT alhamdulillah dia mengatakan janin dlm keadaan yg sihat & aku juga sihat. Pendarahan yg berlaku mungkin disebabkan aku banyak berjalan ataupun melakukan aktiviti luar secara berlebihan. Keadaan rahimku juga stabil, cume sedikit lemah, aku disarankan untuk mengambil ubat penguat rahim dan juga asid folic bagi menjaga kesihatan kandunganku. kata doktor aku dijangka bersalin lebih awal, iaitu pada 9 January 2012, mengikut perkiraan asal dijangka pada 20 Jan 2012, 11 hari awal dr jangkaan. janinku sudahpun mulai bergerak, mempunyai tangan kaki & kepala. Ahhhh tersentuh aku melihat kejadian Tuhan yg agung ini "Subhanallah" moga anakanda menjadi Insan Kamil yg mulia & terpuji akhlaknya lg bijaksana, yg taat perintah agama, yg mendirikan solat 5 waktu serta menghormati kedua ibu bapa.
Hubby aku begitu teruja bile melihat janin sudah mempunyai tangan & kaki, dr raut wajahnya begitu gembira dia nampaknya, sibuk dia berkira-kira tarikh kelahiran n menjangkan kelahiranku pada 1 jan 2012, katanya klu awal seminggu lg ok, awal tahun depan da bergelar "abi" la dia, mudah2n abg menjadi ayah yg bertanggugjawab, pengasih & penyayang, doaku moga segala2nya berjalan dengan baik. semoga dengan kalahiran chenta hatiku ini, akan menambahkan kebahagiaan sebuah keluarga. kul 2.30 ptg ni aku ade appointment dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar berkenaan jangkaan awal kelahiran. aku sendiri pun xpasti ape masalah yg sebenarnya sehinggakan doktor Muzammil mengarahkan aku membuat check up susulan dgn doktor pakar di situ. xmengapalah, asalkan semuanya baik2 belaka...
Firman Allah SAW :-
" Allah telah mengamanatkan kepada manusia supaya tidak menyembah kecuali Allah dan sentiasa berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, lebih2 lg apabila keduanya telah menginjak usia tua, janganlah sesekali berkata Cis ataupun bersuara keras kepada mereka, melainkan berkatalah dengan penuh hormat.
Rendahkanlah seluruh anggota tubuhmu, sebagai tanda kasih sayang kepada keduanya dan sentiasalah berdoa " Ya Rabbi, kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku".
(surah al-isra' ayat 23-24)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan