Cinta, Kasih, Rindu, Benci, Dendam, Gembira, Bahagia, Sepi..... Adalah secalit perasaan yg akan menemani setiap insan, sesiapa sahaja pasti merasakannye walau sesaat dlm hidup. Tetapi adakah kite mampu melabel-kan setiap perasaan itu sebagai sesuatu yg indah mahupun sesuatu yg menyakitkan, aku sendiri tidak pasti, bagaimanakah rasenya Bahagia bile sepi berlabuh dihati, dan bagaimana rasenya Rindu bile benci membuak di kalbu. Sedang lidahku mengatakan benci, tapi jauh di kanvas naluri, aku rindu.. rindu yg teramat..
Seringku dengar kata2 indah, luahan rindu & madah2 cinta singgah ke saraf auditori-ku sekian lama, aku telah tepu dengan semua itu, bosan mendengarnya, semuanya dongengan semata-mata, mainan perasaan yg membawa aku jauh dari duniaku yg nyata. Namun setiap kali itu aku tidak mampu menolak kehadirannya, sedalam mane benci, sejauh mana pun aku pergi, ingatanku, rinduku, cintaku, kasihku tetap ada. Seperti bayang2 yg sentiasa mengekoriku setiap ketika, aku diam, aku lari dari semuanya, dengan harapan aku mampu menolaknya dari jiwaku, sedikitpun tidak hilang, walaupun sedikitpun, cinta itu tetap disitu seperti telah sebati, sebuah ikatan yg bersimpul mati.
Kata pujangga, membina mengambil mase, meruntuh sekelip mata. Menjalinkan sebuah ikatan, "Sehari untuk mengenali, seminggu jatuh cinta, seminit untuk membenci & selamanye untuk melupai.." Mencintai seseorang bererti kite telah membuka ruang untuk dilukai. Memang benar kata2 itu, pernah seseorang mengingatkan aku tentangnya, berhati2 dlm memberi cinta, walau ape pun kini, aku cube untuk bahagia, cube untuk memahami jiwaku sendiri, cuba menghargai semua insan yg ade disisiku.
Kisah lalu akan menjadi memoir dlm hidupku, walaupun rindu tetap ade, biarlah aku shj yg tau, dengan sekuat hati, sepenuh jiwaku aku ingin merasakan hidup yg bebas dari ingatan kepadanya. sungguh aku hilang panduan, segala-galanya hilang dr hidupku kerana dia. Saat ini, bila aku menoleh kembali pada tinggalan mase silamku, sungguh banyak perkara yg telah aku abaikan, berapa ramai insan yg mengasihiku seikhlas hati telah aku korbankan dan berapa banyak kasih syg yg telah aku curahkan, berapa banyak mase yg telah aku habiskan semata-mata untuk memenuhi hasrat hati seorang insan namun harini segalanya lenyap seperti debu. Aku tau cinta manusia tidak pernah abadi, cume cukuplah sekadar menjaga hati seorang insan yg pernah melupakan semua kepentingan diri, menggadai segala-galanya, demi memenuhi hasrat hatimu yg xpernah puas dgn keduniaan.
Aku sedar segala-galanya telah terlewat. Walau sekuat mana aku menrintih, walau selautan air mata aku titiskan segalanya hanyalah sia-sia belaka, yg pergi xkan kembali lg, yg terpisah xkan sudi bersama lg, aku menyesali atas semuanya, Cume ape yg aku harapkan kini, moga Tuhanku masih sudi memandangku, masih ade ruang untukku kembali kepadanya, moga2 dengan Rahmat dan kasih syg-Nya hatiku yg suram kembali bersinar. Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku Ummi, aku lupa siapa diriku, aku lalai menuruti nafsuku, aku jauh tersasar dlm mencari erti kehidupanku.. maafkan aku.. maafkan aku.. :.(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan