Harini Kedah public holiday, cuti kerana menyambut Israj Mijraj. aku n hubby plan nk kemas bilik yg berselerak ngan barang2. da naik rimas aku tengok barang2 yg xtersusun, nk kemas sendiri xlarat, so sempenan cuti ni, kitorang plan nk ubahsuai bilik ni agar kelihatan kemas n menarik skit.. :))
Aktiviti bermula dengan sarapan pagi pada jam 8 pg, pagi ni kitorang makan ns lemak, bihun goreng n kuih2 skit. lepas siap sarapan, aku da siapkan plan susun atur barang2. katil, TV, almari, rak makanan, penyidai baju, meja study carpet & ruang utk memasak skit (masak nasi n telur goreng) maklumlah duk kt Mess ni cam duk kt asrama jugak, x dibenarkan memasak, tp aku bantai aje, setakat masak yg ringan2 ajelaa. Lg pun ramadhan xlama lg da. persediaan sedikit sebanyak mesti difikirkan jugak, aku xkisah ape2 pun boleh, cukup aje dgn ape yg ade. yg penting aku dapat tido y lena, makan secukupnya n rehat dengan baik. yg lain2 tu klu ade kire extra laa.
Hidup ni kekadang kite kt bawah kekadang kt atas, walau dimana pun kite berada semangat untuk hidup adalah amat penting, kesabaran & kekuatan mental untuk menghadapi semua ujian bukanlah semudah yg kite fikirkan, kata org lama, berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Aku dah biasa hidup camni, hidup ala2 cukup je. ape yg penting bagi aku kebahagiaan & rahmat allah sentiasa ade, time duk umah besar dulu, duit xhabis pun, camtu jugak, hati xdela happy mane pun.. kekadang lg terseksa dr sekarang rasenye. Klu diberi pilihan, semestinyala aku nk kan kemewahan dlm hidup, tp bukan sekadar mewah shj, aku juga inginkan suami yg memahami & penyayang serta anak2 yg comel, soleh lg solehah. buat mase skrg ni, ape2 pun aku terima. untuk bangkit semula aku perlukan kekuatan. arwah ummi slalu berpesan, walau ape pun rintangan, halangan, dugaan yg datang dlm hidup, walaupun kesakitan itu tidak tergambar lg oleh kata2, percayalah, dengan kekuatan hati, ketabahan, kesabaran & percaya pada yg maha kuasa Insya'Allah segala2nya akan kembali pulih seperti biasa. Jiwa perlu sentiasa kental & utuh. Mmg xdinafikan kini, aku yakin pada kata2 manusia agung itu, kerana ape yg terucap dibibirnya semuanya telah menjadi nyata dlm hidupku, kata2nya seperti sebuah script lakonan hidupku. cume bile & dimana semuanya akan terjadi hanya waktu yg akan menentukannya.
Tadi aku da siap mengemas 3 beg baju, semua telah kususun kemas di dlm almari, da nampak lapang skit ruang legar kt tengah2 bilik ni, yg lain2 tu agak berat, aku xberani nk angkat, tunggu hubby balik dulu la, sian dia angkat buku2 n rak TV sesorang kt umah lama, aku xleh nk tolong angkat, sorry syg.
Hamster aku y sekor ni, terpaksala aku jual kt kedai apek kt pekan Jitra, walaupun aku syg dia, tp itulah buat masa skrg keadaan mmg xmengizinkan aku utk bela dia lg, keadaan bilik yg sempit di tambah lg dgn bau dia yg agak menusuk lubang hidungku, tiada air circulation yg baik, nnt baby kt dlm ni plak kene affection. xpelaa klu dia duk kt kedai apek tu, mesti dia dpt hidup ramai2 dgn kawan2 baru, happy la tu lama2 nnt. aku pk nk jual skali ngan sangkar2 skali, bape hinggit la apek ni nk amik, aku beli dulu siap dengan sangkat 175 MYR, aku harap paling kurang pun apek amikla 50 MYR, walaupun xsampai separuh harga, xpelaa, bukan nk jual sngt pun, sekadar nk lepaskan dia n memastikan keadaan bilik lebey selesa.
hmm okla aku nk sambung kemas skit lg..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan