Hidup ini tidak dapat lari daripada 1001 dugaan. Dan setiap ujian yang Allah swt berikan itu adalah dalam lingkungan kemampuan hamba2NYA. Allah tidak membebani setiap manusia itu diluar daripada kemampuannya untuk menanggung setiap ujian mahupun dugaan.
Ujian yang Allah berikan bukanlah kerana Allah benci kepada hamba-NYA tetapi ujian mahupun dugaan itu adalah untuk meninggikan darjat seseorang serta menjadi kifarah kepada dosa2 di masa lalu dengan syarat haruslah dia bersabar ketika menghadapinya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan ArRahman & ArRahim terhadap sekelian makhluknya.
Kadang2 kita berasa sudah cukup sempurna kesabaran kita melalui hidup ini. Tetapi bila Allah datangkan seseorang untuk menguji diri kita, sejauh mana kita kuat untuk terus istiqomah bersabar dengan sempurna ??? Ia seperti dicabar & terus dicabar. Walau sekalipun engkau sudah keletihan, kesabaranmu akan terus dicabar & dipersendakan. Semakin engkau lemah semakin kuat pula ia mendesak dibenak jiwamu. Bukan sekali, bukan 10x malah beribu2 kali engkau akan terus diuji & di diuji. Sehingga satu ketika engkau akan berasa kesabaranmu sudah berada dipenghujungnya. Penghargaan yang diberi, sampah yang dipulangkan. Sabarkah engkau ??? kerana orang yang mampu bersabar walau ape jua yg datang, Syurga sudah terjamin untuknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Mengadu & bergantung haraplah hanya kepada Tuhanmu ALLAH. Hanya Allah saja yang akan mendengar setiap keluh kesah jalan cerita hidupmu dengan penuh cinta & rasa kasih sayang yang tidak terhingga. Dan Simpanlah cerita duka-mu bila bersama manusia. Kerana tiada apa2 manfaat untuk kau hadapkan keluhan mahupun dukamu kepada hamba yang juga miskin & mengharapkan ehsan Tuhanmu. Senyumlah & lemparkan kebahagiaan pada dunia moga jiwamu kembali bernafas.

ALLAHumustaan.... Mahal sungguh harga sebuah kesabaran. Walaupun sudah engkau pahatkan di dalam hati untuk ikhlas & istiqomah atas jalan kebaikan tetapi tidaklah ia membawa makna melainkan setelah engkau diuji dengan-nya.
2018 bermula dengan Rahmat yang besar. Sekalipun ia terlihat seperti satu malapetaka besar yang akan melenyapkan sebuah empire kehidupan, tetapi aku berasa tenang2 saja melewatinya. Tidak dinafikan kesakitan itu tetap terasa, yer sungguh bisa sekali pedihnya, cumanya hati ini terus dipaksa untuk berlapang dada & redha atas segala usaha.
Semua kesakitan itu hanya kecil nilainya untuk sebuah Syurga yang diharapkan. Moga hari2 yang mendatang doaku hanya satu, moga2 ujian kesabaran yang bakal tiba menjadikan aku seorang hamba yang Sabar & sentiasa bersyukur. Kerana nanti aku akan terasa hina bila berhadapan Tuhanku dengan membawa dosa2 yang memenuhi alam jagat ini. Moga2 di akhir kehidupan ini, saat aku ingin bertemu Tuhan, tika lembaran amalku dibentangkan, aku berharap dosa2ku telah padam.

Allahumma antarobbi
Lailaahailla anta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan